kimcy lover, tekan sini !


Tekan like

Monday, March 14, 2011

Jahatnya Cinta Part 9

Cawan dihadapannya dihirup perlahan, menyedup air Nescafe 3in1 yang dibuatnya sebentar tadi. Stacy membuka tingkap seluasnya, melihat hujan renyai2 pagi itu. Hujan semalam belum redah, pagi kelihatan masih gelap, segan silu membuka tirai sang mentari. Yang pastinya keluarga akim sudah bangun dan menunaikan solat subuh berjemaah bersama. Stacy termenung jauh kedepan, melihat tirai langit. Tiba2 airmata bergenang, hatinya seolah dicubit kasar menyebabkan airmata ini bergenang. Argh! Aku penat meragui cinta Akim! Penat! Kitorang masih muda kan? Tapi kenapa kuat sangat cinta ni? Ya Tuhan, bantulah aku. Sakit sangat rasanya. Sakit.

            “stacy..”, ibu Akim mendekati Stacy perlahan dan memegang bahu Stacy yang sedang berdiri didepan tingkap.
            “ya makcik ?”, Stacy meletakkan cawannya tadi di meja yang berdekatan. Ibu akim memegang dahi stacy dan tengkuk stacy, seolah belaian seorang ibu kepada anaknya. Andai makcik tahu anak makcik ngan saya dengan menyulam kasih, adakah lagi belaian lembut macam ni? Bisik Stacy sendiri.
            “masih panas ni, pagi nanti pergi klinik k ? ibu risau ni, badan stacy ni panas sangat ni”, Stacy mengangguk pantas.
            “makcik janganlah risau, saya okay je ni”,
            “nanti ibu suruh farid temankan okay?”, Stacy terkejut. Abang Farid? Hurm. Maybe tu yang terbaik buat masa sekarang, aku kurangkan jumpa Akim, rasa macam tertusuk-tusuk jantung ni. Hmm.
            “okay makcik~”
            “asyik panggil makcik je, panggil ibu ja..”, ibu Akim tersenyum memandang raut wajah pucat milik Stacy.
            “takpelah  makcik, rasa segan pula”
            “semua kawan2 akim panggil ibu dengan panggilan ibu, stacy panggil ibu je kay? Ibu pun dah anggap stacy macam anak ibu sendiri, sama macam adira”, Ya Tuhan nama itu lagi! Stacy menelan liurnya. Stacy, bertenang. Lupakan saja.
            “Terima kasih mak...eh~ ibu”
            “haha! Akim takpulang lagi ni, langit dah makin cerah”,
            “akim pergi mana bu?”
            “akim pergi masjid”
            “oh”, ringkas jawapan Stacy.

********************

Sepanjang perjalanan ke klinik, Stacy Cuma memandang keluar tingkap kereta, mood percutian yang sememangnya harus HAPPY dah jadi serabut, dipenuhi airmata. Dia lebih memilih diam, menenangkan diri. Kepalanya yang pening seakan tidak terasa kerana sakit hatinya masih kuat mencengkam.

            “orang tua2 selalu ckp, gadis comel macam stacy ni takbaik selalu termenung!”, Stacy tidak memberi respon yang banyak dengan usikan Farid itu, dia hanya tersenyum sinis dan tetap memandang luar tingkap. Farid membisu seketika.
            “stacy nak tanya sikit”, Farid terus mencuba menarik perhatian Stacy.
            “hmm .. apa?”, bicara Stacy kelihatan acuh tak acuh.
            “stacy Nampak akim ngan dira kat depan sungai tu ke?”, Stacy terkejut. Dahinya berkerut.
            “macammana abang tahu?”, Stacy memandang straight kedepan. Dengan sekelip mata Farid memusingkan strengnya mengubah hala jalan, Stacy terkejut hampir2 badannya terhumban ke sebelah.
            “kenapa ni?”, soal Stacy cemas. Farid membisu dan terus memecut kereta.

FARID memandang Stacy serius, Stacy tunduk.
            “saya bingung bang. Sekarang saya rasa macam saya yang beriya-iya nak kat akim, akim macam..hmm”, jawab Stacy teratur.
            “Stacy sayang akim lagi?”, soal Farid. Ceh! Soalan bonus!
            “memanglah..”,
            “stacy kena percaya kat Akim, abang kenal sangat ngan Akim”
            “Percaya? Saya selalu percaya kat dia tapi kalau benda Nampak depan mata , takkan saya nak pura2 buta, tak Nampak, macam tu?”, Farid mengeluh. Ternyata Stacy memang terluka.
            “Saya kadangkadang rasa macam dah nak kehilangan dia”, ada sebak disuara Stacy, airmatanya bergenang. Getar suaranya meresap keanak telinga Farid.
            “stacy, kena kuat. Pertahankan cinta ni, abang bantu”, Stacy tersenyum melihat kesungguhan Abang Farid.
            “abang janji tolong saya?”,
            “janji!”, Abang Farid mengangkat jari kelingkingnya tanda untuk berjanji.
            “yeay! Janji!”, Stacy menyambungkan jari mereka.
           
BERUSAHA ! KEKALKAN CINTA INI.

****************************

Gelak tawa Stacy dan Farid memecah suasana sebaik sahaja mereka keluar dari kereta. Stacy sempat memukul tampar bahu Farid. Riang, lucu. Akim melihat dari pondok , cemburu! Farid menyedari Akim berada nun di sudut sana terus menyisyaratkan Stacy tentang keberadaan Akim. Pantas Stacy mendekati Akim.

Akim memetik-metik gitar dihadapannya. Bunyinya kedengaran sumbang, mungkin sesumbang perasaan Akim kala ini. Stacy tersenyum paksa, rasa sakit itu masih berbekas. Tapi Stacy nekad mahu berdiam, berpura-pura tidak tahu kejadian hitam malaam itu.
           
            “hai!”, sapa Stacy ringkas, mengambil tempat dihadapan Akim.  Akim meletakkan gitar disisinya.
            “pergi klinik asal takbawa akim je?”, soal Akim seoalah polis.
            “urm..ibu suh bawak abang farid”, ringkas jawapan Stacy. Kali ini jarak antara Akim dan Stacy agak jauh, tak seperti selalu.
            “oh!”, acuh tak acuh jawapan Akim dan terus memetik-metik gitar kembali, seolah tidak excited dengan kehadiran Stacy. Stacy mahu memujuk tapi still ada rasa geram, ish! Akim ni dating ngan Adira saya boleh je sabar, saya baru kluar ngan abg farid pun dah nak angin. Hmm.
            “oh je?”, soal Stacy berbisik. Akim memandang Stacy dua saat dan terus memandang ke  tempat lain.
            “urm. Itu je la agaknya!”, sayu mata Stacy memandang Akim. Akim..Akim..Macamna nak pujuk kau ni?
           
Pertahankan cinta ini..

Bait-bait kata Farid ternyiang2 ditelinga Stacy. Stacy berdiri dan mengambil tempat tepat disebelah Akim. Stacy mengelap sedikit peluh didahi Akim secara spontan. Akim terkedu, lantas memegang tangan Stacy,seolah menghalang atau sengja nak pegang? =p

            “marah sangat kat saya sampai nak lapkan dahi awak pun dah tak boleh ke?”, soal Stacy dengan tanggannya masih dipegang Akim.
            “taklah sayang”, bisik Akim perlahan, dia meleraikan tangan Stacy. Taksampai hati okay nak buatkan pwincesh sakit hati! Tapi belum menolehpun kemuka Stacy. Stacy mengelap peluh didahi Akim lagi. Matanya memandang mata Akim yang melihat kearah lain.  Akim makan hati giler kot tgk Stacy mesra semacam dengan Farid. Sebelum ni Stacy takpernah semanja tu dengan mana2 lelaki, tu la cuak giler kut!
            “awak..”, bisik Stacy lembut, tangan Stacy keduanya kini berada dibahu Akim.
            “hmm”, baru Akim menoleh kearah Stacy, taksanggup kut biarkan pwincesh macam tu.
            “jom ke pantai, lama takpegi pantai!”, Stacy mengajak , sebenarnya memujuk! Sebab taktahu nak cakap apa lagi kan? Haha!
            “berdua?”
            “hmm, yela kut!”
            “skrg?”
            “jadi?”
            “okay!”
            “Jika ada yang bilang ku lupa kau
            Jangan kau dengar
            Jika ada yang bilang ku tak setia
            Jangan kau dengar
            Banyak cinta yang datang mendekat
            Ku menolak
            Semua itu karena ku cinta kau..”, Stacy menyanyikan sedikit dari lagu Bunga Citra Lestari- Kerana ku cinta kau . Akim tersenyum sendiri dibelakang Stacy, Stacy berjalan dihadapan , manakala Akim mengekori. Stacy menyanyi sepanjang perjalanan itu. Tujuan sebenar nak luahkan rasa. Ala ! biasalah ! orang seni , dah pandai nyanyi, nyanyi je la. Yang pastinya Akim memang terharu menghayati bait-bait lirik lagu itu, sweet je.

************************

Stacy berjalan lebih laju dari Akim, motif tak jelas! Kenapa? Akim terasa seperti terkejar-kejar pwincesh. Aduh! Asal laju sgt jalan ni. Merajok ke? Dah macam system barter pulak, lepas akim merajuk giliran pwincesh merajuk! Akim memotong kelajuan Stacy, macam merempit pula! Akim memegang tangan Stacy dan terus berjalan seiringan, seoalh memujuk dengan aksi. Stacy menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Akim yang buat2 monyok! Aduh, cepatlah jalan! Panas! Dahlah hati ni panas, makin panas pula !
           
            “tenang kan tempat ni?”, suara itu mengejutkan Akim dan Stacy yang diam tanpa bicara. Suara itu kedengaran rutin dipendengaran. Akim mengisyaratkan Stacy untuk diam, dia meletakkan jari telunjuk di bibir Stacy. Stacy lantas memukul lembut tgn Akim.
            “janganlah hendap orang!”, marah Stacy dengan berbisik.
                        “tu macam suara shahir kan?”, bisik Akim perlahan, lagak Akim dan Stacy seolah pencuri yang sedang menyorok. Akim membawa Stacy berselindung disemak samun.
            “aha. Macam suara dia!”, jawab Stacy! Suaranya sedikit menjerit, Akim terus mencubit pipi Stacy , cepat! Kenapa semua orang suka cubit pipi aku ni? Err!
            “err. Shhh.. nanti dorg dengar!”,
            “takyah nak cubit kot!”, Stacy memegang pipinya.
            “alala..sempat lagi nak majok. Ok, bak sini!”, Akim mencium pipi Stacy dimana dicubit tadi. Stacy terkesima. Wah! Akim memposisikan Stacy membelakanginya, dan terus menyorok  untuk mendengar perbualan Shahir dengan seseorang. Yang pastinya Stacy masih terkejut dan urm.. susah nak ckp! Akim Cuma tersenyum memandang Stacy dari belakang, amik kau! Bom atom dari Akim! Amacam? Sakit jantung tak? Akim memaut pinggang dan mendekatkan mukanya dengan Stacy sambil memasang telinga.
           
            “urm. Aha! Tenang.. “
            “dira suka?”
            “sukalaa juga, shahir suka tempat macam ni ke?”
            “urm..bolehlaa. hee..”
            “dira..”
            “aha..”, Shahir mendekati Adira dan memberikan sekuntum bunga raya kepada Adira. Adira bingung! Bunga raya? Tak romantic langsung! Aku tau lah kau tu nak tackle aku!
            “hmm”, Adira mengambil bunga itu dan merenung Shahir meminta jawapan.
            “bunga raya tuk awak. Kan bunga raya bunga kebangsaan, bunga yg martabat tinggi sikit dr bunga yg lain!”
            “so?”, Adira semakin bingung! Dasar anak orang kaya, suka berkias2 dengan fakta! Bosan wey !
            “awak umpama bunga raya, special sikit dr pompwan lain dalam hati saya..”, bisik Shahir ketelinga Adira. Semestinya Adira terkedu.
            “shahir..”
            “dira..dira tak perlu cakap apa2..shahir just nak dira tau, shahir akan tunggu dira sampai hati dira terbuka tuk shahir..”, luah Shahir bersungguh. Adira tunduk bingung, Shahir ? Maaf, Akim aku nak letak kat mana ? Aku tahu mungkin aku ni Nampak keji sangat kan? Suka pada Akim? Tapi aku takboleh paksa hati aku ni, aku sayang sangat ngan Akim. Taktahu mana mulanya. Kau igt tak sakit ke memendam rasa macam ni. Kau igt tak sakit ke tengok kebahagian Stacy tu? Maaf. Adira meminta diri untuk berlalu dan terus balik. Shahir dibiarkan bersendiri.

            “ya ampunn..romantik giler shahir!”, Akim mencebik mulutnya mendengar ucapan Stacy.
            “ish! Macamtu pun kira romantic ke?takpaam laa ngan perempuan ni!”,rajuk Akim.
            “romantic lar!”
            “tak!”
            “romantic!”
            “takkkk!

Parghh! Stacy tergelincir kerana tertolak dengan tangan Akim yang sedaritadinya memaut bahunya. Akim turut terjatuh, malang! Akim terjatuh diatas Stacy. Stacy menjerit kesakitan!
           
            “auchhH!”,
            “aww! Kan! Sebab awk kita jatuh! Awak mmg suka kan jatuh2? Supaya saya leh angkat awak!”, usik Akim berpura2 marah! Nafas Akim dan Stacy seiring kedengaran, muka Akim betul2 berhadapan dengan Stacy.
            “what? Plizz la! Awak tu yang gtal suke peluk saya!!”, Stacy tidak mahu kalah!
            “huh? Saya peluk awak sebab awk tu manja sangat!”, balas Akim.
            “URGHH!”, Stacy merengus kasar dan menolak Akim dengan kasar yang dari tadi seolah menindihnya.
            “aduhh. Sakitlah!”
            “amik! Tau sakit!”, Stacy memuncungkan mulutnya kedepan. Akim tertawa melihat gelagat Stacy. Stacy mengusap ngusap lengannya yang kemerahan akibat jatuh tadi.
            “awaklah tu. Lain kali hati2, asyik2 jatuh, takstabil betul pwincesh ketot ni!”, usikan Akim semakin menjadi.
            “errr. Ketoot lagi! Hem! Okay! Sorry sorry. Saya mmg takstabil sampai buat encik afiq hakim ahmad ni terjatuh! Minta maaf kay!”,
            “urm. Maaf diterima. Takrugi apapun. Haha!”, Stacy mencebik mulutnya! Memanglah takrugi apa2, jatuh kat badan pwincesh kan! Gedik giler akim! Haha !
            “sengal!”
            “eh awaklah sengal! Amik kesempatan kat saya!”, usik Akim sambil menyapu2 pasir yang terkena dibaju.
`          “saya? Memang taklah!”, Stacy just melayan kerenah Akim.
            “bukan awak? Urm! Adira kut!”, Stacy menelan liurnya mendengar nama Adira.
            “aha! Memang Adira!”, Stacy berdiri marah dan terus berjalan laju menuju tepian pantai. Takde nama lain ke? Akim tersenyum dan terus mengejar Stacy.
            “Saya gurau jelaaa”, Akim memegang tangan Stacy dari belakang .
            “memanglah gurau. Tp agak2 la. Jgn guna nama Dira..”, Stacy tidak menoleh kearah Akim pun.
            “kenapa ar? Awak takut sangat kan kalau sebut nama Dira..”, Akim mengambil tempat berdiri dihadapan Adira, tanggannya masih memegang tangan Stacy.
            “ntahlah wak..”, Stacy duduk diatas pasir didepan pantai. Dia menguak rambutnya yang sedikit melepasi bahu perlahan menampakkan batang lehernya.
            “Dira tu macam ada aura nak rampas awak dari saya”, jujur Stacy berbicara sambil mengecilkan matanya menahan silau sang mentari sambil memandang Akim disebelahnya kini yang tersengih taktentu pasal. Err!
            “dia rampas saya macammana pun, akim Cuma akan sayang pwincesh sorang je”,
            “itu kata awak, kata takdir?”
            “saya xsuka laa cakap pasal pisah2 ni..”,
            “hmm”, Stacy mengiyakan sahaja. Akim melihat Stacy termenung terus mengambil langkah drastic. Dia melabuhkan kepalanya dipaha Stacy yang sedang duduk dengan kaki yang melurus. Stacy terkejut dan tersenyum.
            “berat tak?”, soal Akim sambil tertawa.
            “umm.. berat! Tapi tuk awak , takpe kut!”, Stacy meletakkan dagunya diatas kepala Akim. Manja.
            “aduhh! Berattnyaa daguu pwincesshh!”, usik Akim sambil bangkit dan terus duduk kembali.
            “ish! Takde maknanya!”, Stacy memuncungkan mulutnya. Tanda protes. Ketawa pecah.
            “alaala..ni Akim makin cayang ngan pwincesh ni,suka sangat majok, makin majok makin comel, meehhh.. abang akim pujuk!”, Akim menepuk2 dadanya, Stacy tertawa dan terus memukul bahu Akim. Akim bahagia melihat Stacy tertawa riang kini.
            “Pwincessshh!”, nada suara Akim memikat kalbu.
            “ahaa?”
             “nak pelok!”
            “haha! Sengal!”, Stacy ketawa sambil memeluk batang lututnya. Akim turut ketawa. Keadaan senyap seketika.
            “sayang, pacik akim yg guru sekolah tu nak cari sukarela tuk program remaja tunas dorg. Kira mcm facilaltr mcm tu, jom join!”, ajak Akim.
            “eh! Boleh gak tu , interesting~!”
            “series?”, soal Akim sambil merenung Stacy.
            “yelar? Apesal tgk saya mcm tu?”
            “haaha! Saja! Awak kan kiut sangaatt! Tu la saya suka tgk!”, ketawa pecah.
            “yeke? Awak tengok sebab saya cute je la?”
            “urm. Taklah!”, Akim duduk dekat disebelah Stacy. Mengikut gaya duduk Stacy. Sama!
            “saya sayang awak sebab awak kan pwincesh ketot saya, memang takda orang lain pwincesh kat hati saya, awak je”

******************

            “dira, kau betul2 nak join ke ni?”, soal Acha sinis. Adira mengangguk pantas.
            “takdelah, aku tanya je. Kau kan susah sikit. Kang sakit itu sakit ini.”, Lancar sungguh Acha menembak Adira. Adira diam. Stacy memandang Acha tajam, memang Dira tu kadang-kadang buat aku sakit hati tapi dia tu tetap kawan baik aku!
            “takpela dira ikut, hari tu dalam hutan. Kali ni tak. Taksalah kan?”, luah Stacy bersungguh-sungguh. Adira masih kaku.
            “kim, berapa minggu program ni?”, soal Stacy tanpa menoleh.
            “2weeks! hebat kan? puas student2 kat sana.”, ketawa pecah.
            “bolehh carii awekk cunnn!”, Hafiz ketawa sambil memukul bahu Aril. Adira tersenyum, namun matanya kadang2 mencuri pandang kearah Shahir yang berdiam diri dan terus memandangnya. Hmm, shahir..shahir..
            “choi! Niat tak betul!”, gurau Stacy pula, giliran Acha ketawa.
            “ek el leH! Kau senang la, asyik berkepit ngan kekasih hati..kami ni siapalah kan.. hahaha”, Hafiz membalas! Stacy dan Akim ketawa. Adira pun turut ketawa tapi yang pastinya dia memang makan hati. Rasa macam dah kena bom atom pula? Hmm!
            “guyyss! Aku nak tanya something?”, semua mata tertumpu kearah Acha. Acha berdiri memandang kawan2nya. Stacy yang sedang duduk dilantai yang sedang menyandar di kaki Akim, Akim pula duduk dikerusi rotan dibelakang Stacy. Hafiz duduk berhadapan dengan Stacy, begitu juga Aril dan Adira. Manakala Shahir dan Farid selalu duduk di tangga.
            “what?”, soal Shahir.
            “lepakk aa. Yang korang tgk aku semacam tu apesal? Rasa seram pula!”, Acha mengambil pennya yang jatuh dan terus kembali duduk. Ketawa pecah.
            “alahai.. igt nak umum bila mak.joyah nak kawin ke..haha!”, lawak Aril pula. Dalam pada gelaktawa itu berderai, Akim tunduk dan membisikkan sesuatu ketelinga Stacy. Stacy tersenyum memandang Akim yang tunduk memandangnya dan terus berpindah. Mulanya duduk dilantai, kini Stacy duduk disebelah Akim. Akim membisikkan lagi sesuatu di telinga Stacy. Stacy tersenyum-senyum, Stacy duduk memandang Acha dan membelakangi Akim atau lebih tepat bersandar dibahu Akim.
            “macam mana awak tawu?”, bisik Stacy perlahan. Mereka yang lain masih rancak bercerita.
            “aril bagitau la. Tapi dorang sesuai kan?”, bisik Akim pula.
            “aha! Sesuai sangat. Act, acha pun ada minat2 aril tu..hmm xsangka pula Aril dah start suka Acha kan..”, Stacy mengecilkan lagi suaranya.  
            “tu la pasal..”
            “giler! Macam tak percaya. Sweetnya!”, Akim tertawa mendengar kata Stacy. Stacy pun tertawa sambil mendongak sedikit kebelakangan memandang Akim. Kalau orang taktahu dorang kapel, sure fikir dorang ni kawan baik. Bercerita macam tak kapel. Almaklumlah lumrah kehidupan ber’kapel’ ni, dalam SMS ayat punyalah power, bila jumpa sepatah haram taknak cakap!
            “ehem3. Yang kat hujung tu dengar tak soalan saya ni? Asyik ketawa je!”, Acha mengusik Stacy dan Akim yang berpadangan sambil ketawa.
            “haha. Sorry2. Apa soalan ko tadi?”, Stacy memandang Acha. Akim tersenyum membuat muka innocent.
            “cis!aku tanya, apa syarat tuk mencintai seseorang tu..”
            “rasanya takda syarat. Cukup rasa cinta tu hadir, okaylah!”, luah Aril sambil tersenyum kambing.           
            “semudah tu?”
            “kalau nak cari cinta semudah tu, mmg senang. Nampak je pompwan lawa terus suka n terus kapel . but finally break juga sebab x betul2 in kan?”, jawab Stacy jujur.
            “yeah true. But kononnya kalau prempuan yang MEMILIH ni selalu kawin lambat, lelaki pun taknak dekat!”, Adira menambah. Shahir tersenyum di kejauhan. Nampak Sangat kegedikan!=p
            “tu la perempuan . macam2 sangat criteria dia nak . itu la ni la!”, usik Aril sambil tertawa. Acha membulatkan matanya dan ketawa pecah. Dia memandang Stacy!
            “haaha. Aril.. ada maksud ke ayat kau tu? Haha!”, kata Acha. Aril  membuat muka kerana Acha faham maksudnya! Aril tu takdapat hati Stacy dulu sebab tak menepati criteria orang yang Stacy suka ! =P
            “takde maknanya!”
            “btw, tuk pengetahuan korang Stacy ni memang sangat MEMILIH okay!”, ketawa pecah. Stacy menghumban satu kulit rambutan kearah Acha! Amboi Acha, nak pecahkan tembelang aku ke??
            “okay sorry sorry. Hahaa”, Acha ketawa. Hafiz blurr. Akim control. Abang Farid curios.  Shahir ketawa. Adira tekun mendengar.
            “ala.. bgtau jelah!”, paksa Aril. Stacy memandang Aril tajam! Er. Korang ni!
            “okay.. actually stacy ni..”, hampir saja Stacy nak bangun nak tutup mulut Acha tapi Akim pantas menahan Stacy. Giliran Akim terima pandangan maut dari Stacy. Err. Akim ni! Akim ketawa. Tapi tangannya masih menahan Stacy. Hafiz turut ketawa sambil b’pindah sebelah Stacy. Stacy duduk ditengah2, dihimpit sempit oleh dua teman baiknya. Memang takleh gerak, kalau nak gerak mesti dorang tahan punyerr! Stacy akur dan terus menyandar kasar ditengah2 akim dan hafiz.
            “line clear!”, Akim memandang Stacy yang monyok! Ketawa pecah.
            “stacy ni sebenarnya susah jatuh cinta! Dia very choosy, kalau nak jadi BF dia kena jadi itu, kena jadi ini, baru boleh jadi! Haha!”, luah Acha. Ketawa sekali lagi berderai.
            “oh . dari raut wajah innocent kau ni rupanya memilih!”, Hafiz mengusik Stacy sambil mencubit pipi Stacy dengan kuat! Nakal ! Abang Farid ketawa puas! HAHA. Pipi Stacy yang comel tu memang layak kena cubit! Muhaha!
            “sakitlah apis!”, Stacy memegang pipinya, merah dah kut! Jahat Hafiz.
            “bagi contoh criteria tu!”, usul Shahir pula. Dalam pada tu memang pwincesh tgh hangin, rahsia dah bocor , hafiz pula cubit pipi! Akim ketawa memandang pwincesh dan terus membelai pipi Stacy yang dicubit Akim sambil mendengar bicara Acha. Tangan dan telinga Akim berkerja serentak! Series, memang Akim memanjakan Stacy sangat. Orang yang taksuka , sila makan hati !
            “dia mesti nak yang hensem, mesti nak yang pandai main muzik, mesti boleh menyanyi tuk dia, mesti ada hot temper sikit, mesti ada ciri2 pak lawak ! and paling penting lelaki tu mestilah romantic!!”,mereka ketawa berjemaah! Haha! Stacy tersenyum memandang Acha. Senyuman paksa! Acha! Awas kau!
            “kira okay la okay la tu. Akim memang HENSEM..PANDAI MAIN GITAR..SUARA SEDAP..HOT TEMPER..PAK LAWAK...cukup pakej tu! Tp bab romantic tu aku taktau la kan, tu Stacy sorang je rasa! Haah!”, ya ampun! Kata2 Hafiz betul2 menderaikan ketawa yang terbahak2. Stacy pun terketawa sama, tapi tetap control protes! Akim Cuma tertawa kecil, kalau ketawa banyak sangat kena serang oleh pwincesh nanti! Control Akim! Control! Kalau tak bukan takat bom atom Akim dapat mungkin tsunami melanda!
            “jappp! Japp!”, Akim berdiri. Semua memandang Akim.
            “biar tuhan je tau akim sayang pwincesh sangat2..”, Akim melutut depan Stacy dan terus mengucup jemari Stacy. Lagaknya tak ubah seperti seorang putera berjumpa puteri raja. Semua terkedu! Giler akim! Slumber je dia ni! Haha! Stacy terdiam sebentar. Adira menarik nafas dalam2 , Akim ni melampau! Shahir, Hafiz, Aril ketawa! Farid Cuma tersenyum kelucuan. Acha yang pastinya dah menjeritt!
            “soo sweet! Sah! Akim romantic!”, Acha membuat andaian!
            “dah la tu !”, Stacy menarik tangan Akim sambil tersenyum. Alahai,bahagia giler kot ngan Akim ni!
            “so, skrg percaya kan im the only mr.right cik pwincesh ketot ni kan?”,Akim duduk kembali dan mencuit hidung Stacy Semua ketawa!
            “you deserve it! Stacy memang tuk kau, akim mmg untuk stacy!perfect!”, Acha ketawa semasa meluahkan itu. Mengambil hati stacy la tu! Lepas kenakan pwincesh tadi!
            “satu je aku nak cakap!”, Akim menambah. Hafiz dah menahan ketawa..
            “kalau suatu hari nanti, takdir kitaorg xmemihak pada kitaorang, Akim sumpah. Cinta dan kasih sayang Akim ni tetap akan jadi milik pwincesh walaupun terpaksa hidup dengan orang lain”, Akim memegang kedua tangan Stacy. Semua mata memandang. Akim betul-betul berterus terang didepan semua kawannya. Biar mereka jadi saksi. Stacy betul2 terkedu. Sebelum ni belum pernah Akim menunjukkan rasa sayangnya depan kawan kwan mereka.
            “saya akan jaga hati awak baik2”, Stacy ketawa. Yang lain turut ketawa tapi yang pastinya kata-kata Akim tadi merupakan sumpah berani mati! Kalau mereka terpisah, takkan Akim nak masih hidup dalam bayang-bayang Stacy? Sumpah tu wey! Sah Akim memang dah cop Stacy ni cinta mati dia!  Aril memandang Acha, mencuba menjadi seperti Akim, membuang rasa cinta dari ‘teet’ kepada Acha. Shahir memandang Adira, mengharap cinta itu melekat terus kehati Adira. Hafiz memandang Abang Farid. Bingung, nak pandang sapa lagi kan? Haha. Bang farid, cinta hati kita kat mana ni? Hmm. Kesian Hafiz!

************************
Semua mata terlopong, Akim terkejut beruk. Shahir lagilah kecewa.
            “betul ke pacik?”, soal Akim.
            “betul la. 22hari. Ni program tuk bimbing budak2 ni, budak2 ni dari sekolah yang berbeza and mostly anak orang kaya, n anak orang terlalu miskin. Ada yang baik , ada yang taktahu nak cakap apa la kan. Tu la pacik tanya kamu balik2 hari tu. Terkejut juga sebab ingatkan kamu tak kerja”, jelas pacik razak kepada mereka.
            “kami yang girls okay je. Adira pun cuti, acha ngan saya masih boleh tangguh kan urusan tu. So, boys?”, Stacy memandang ‘geng bas sekolah’ kat depannya. Hafiz menggaru-garu kan dagunya. Aril menunggu jawapan Hafiz. Dah tempat kerja sama. Tunggu keputusan bos jelah.
            “i call my dad bgtau hal ni”, cadang Hafiz sambil membuat panggilan.
            “shahir?”, soal Stacy.
            “hurmm..”,
            “kalau boleh ambik cuti, ikutlah.”, pujuk Adira. Alamak ! Sah termakan pujukan itu. Hatinya yang mula2 ragu2 dah bertukar ‘nak’. Nak ! nak! Nak!
            “awak?”, Stacy mendekati Akim. Akim diam. Agak lama.
            “saya dah lama cuti. Kerja kat studio melambak lagi!”, luah Akim lembut.
            “ala.. takbest lar takde awak.. “,
            “hmm. Jap”, Akim berfikir. Matanya serius memandang Stacy didepannya. Stacy pun sama. Memandang Akim.
            “kalau pakcik bagi surat rasmi dari pihak penganjur rasanya approve tak kat bos korang?”, saran Pacik Razak.
            “Allahukabar pakcik. Apesal takbagitahu tadi? Ingat takde surat rasmi!”, Akim menepuk kepalanya.
                        “almaklumlah dah tua., lupa nak cakap!”
            “rasanya approve tu sebab ni kerja amal kan? Macam ni Akim batalkan cuti 3hari ni”, semua mengangguk.
            “saya pula dah buat keputusan!”, shahir pula bersuara.
            “saya nak jadi sponsor tuk program amal ni? Amacam. So,memang ada alasan tuk ada kat sini kan? Nanti saya inform my dad. Tapi sama macam Akim gak, kena balik KL dulu. Bincang”, jelas Shahir panjang lebar.
            “Alhamdulillah. Terima kasih semua.”, ucap syukur Pakcik Razak.
            “korang ni otak geliga tahap angkawasan laa!”, gurau Acha. Ketawa pecah.
            “boyfriend sape?”, gurau Shahir pula.
            “boyfriend Adira laaa!”, sambung Acha. Adira tersipu malu. Shahir ketawa kegembiraan.
            “hah! Mamat dua orang ni amacam?”, Aril memandang Hafiz dan terus ketawa terbahak-bahak.
            “kenapa wey!”, soal Adira.
            “kau tau apa parents Hafiz kata? Dia kata ‘syukurrr, anak daddy dah tau nak buat kerja amal’..”, Aril mengajuk kata2 ayah Hafiz. Ketawa pecah!
            “hahahahaha, ada kemajuan tu! Abang ni on je. Menganggur lar katakan.”, Abang Farid menepuk-nepuk belakang Hafiz.
            “plan siap. Tinggal nak jalankan lagi!”,Acha tersenyum puas.

********************************
Azan subuh belum pun berkumandang, Akim suda siap memakai kemeja moden berwarna merah. Bersiap untuk kembali berkerja. Memilih untuk jalan awal nak siapkan kerja2 yang melambak-lambak. Takda sesiapa lagi kot yang bangun. Akim keluar dari bilik dan terus memandang dirinya didepan cermin. Memperbetulkan butang-butang baju.
            “mencintaimu~ semuumur hidupku..
             Selamanya~ setia denganmu..”, Akim menangkap satu alunan suara merdu mendendangkan lagu MENCINTAIMU-krisdayanti. Hmm. Akim membiarkan, mungkin jiran. Selepas itu, suara itu terus mengalun lagu, kini lagu Aku sudah jatuh cinta dari Liyana Jasmay. Akim mengerukan dahinya. Hantu mana sibuk menyanyi kat luar ruma. Akim membiarkan bajunya tidak berurus. Dia mencapai telefon bimbit, kunci kereta, dompet dan jaketnya sekaligus. Mahu keluar dan melihat siapa empunya suara.
Akim menguak pintu perlahan. Bayangan wanita sedang duduk di pondok kecil itu. Sedang memegang lututnya sambil menyanyi-nyanyi. Akim menggeleng kepala lantas mendekati suara itu. Hantu ketot yang comel loteh rupanya. =p
            “belom tido lagi?”, soal Akim. Stacy menoleh kebelakangan, matanya kelihatan sedikit bengkak. Tak tido semalaman, memanglah bengkak! Dah macam panda. Stacy tersenyum malas. Stacy mendekati Akim yang berada dihujung pondok.
            “jangan selalu macam ni, mata tu dah mcm panda tau!”, Stacy buat2 takfaham.
            “morning!”, Stacy tersenyum mengucapkan ‘morning’. Langsung takpedulikan nasihat Akim tadi. Akim menggeleng perlahan, memang degil pwincesh ni!
            “hmm..monink~~”, Akim mencium dahi Stacy, melayan kedegilan Stacy. Stacy tersenyum semasa kucupan itu sampai kedahinya. Memang sah, Stacy ni dimanjakan! Tapi Akim memang suka dengan manja2 Stacy! Manja Adira? Sila decide sendiri.
            “dah breakfast ke?”, soal Stacy.
            “belom laa”
            “asal takgitau semalam nak jalan seawal ni?kalau gtau boleh buatkan breakfast”,
            “takpelah. Akim makan kat sana je nanti, nak tgk2 gak rumah bujang kat sana. Dah lama terbiar”
            “lain kali bgtau k! Jangan degil!”, Stacy membuat murah garang! Sambil memperbetulkan kolar baju Akim. Memang sweet sangat dorang ni.
            “okay!okay!kang tak ikut kena serang dengan peluru berpandu pulak ngan pwincesh kan?”, ketawa pecah.
            “hmm”, Stacy sedikit menguap. Dah nak subuh baru nak menguap. Insomnia betul!
            “dah2 , pegi tido! Akim pegi keje”
            “hmm..okay..awak tak sembahyang dulu ke?”, soal Stacy.
            “azan pun belum , macamna nak sembahyang sayangg oi.. haha”, Stacy membuat muka. Manalah pwincesh tawu ! err.
            “awak tu tido kay!”, Akim dan Stacy berdiri serentak. Mata Stacy dah layu, dia memegang tangan Akim.
            “okay~ bagus2 kerja tu okay putera pujaan hati sayaaa..”
            “okaayy puteri cinta hati saya a.k.a pwincesh ketot akim!”,
            “okay. Akim jalan dulu kay”, Stacy mengangguk dan menolak Akim kedepan kereta. Akim tertawa.
            “bye!”, ucap Akim sambil mengucup tangan Stacy.
            “EH! Jap jap!”, Stacy menahan.
            “napew?”
            “awak belum cubit pun pipi sayew?”, Stacy membuat muka comel. Akim ketawa dan terus menarik Stacy dekat dengannya. Akim menyandar dikeretanya. Stacy tersenyum sendiri. Stacy betul2 didepan Akim.
            “awak ni nak kena cubit pipi ke nak Akim pujuk cam masa kat pantai?ehem3”, Akim mengusik Stacy. Okay, Stacy sangat tenang sambil tersenyum.   
            “taktak! Saya yang nak pujuk awak mcm kat pantai tu!”, Stacy mencium pipi Akim. Dan terus mencubit pipi Akim lembut. Stacy ketawa. Okay, Akim diam. Senyum! Takperlu kata apa2! Stacy mengisyaratkan Akim untuk masuk kekereta. Cehwah! Guna mata jew tau! Akim masuk ke dalam kereta dengan senyuman menawan bahagia! Stacy melambai tangannya. Nasib baik pondok dan garaj ni terlindung dari rumah Akim. Taknampak sangat adengan romatis Stacy dan Akim. Stacy ketawa sendiri.


Hari yang ditiba sudah muncul. Menjadi facilitator untuk Program Tunas Remaja adalah satu aktiviti yang menjadi pilihan Stacy, Akim , Acha, Aril, Shahir, Adira , Hafiz dan Farid. Masing2 setuju untuk berkhidmat. Dihadapan mereka lebih seratus orang murid sedang khuyuk memandang mereka, ada yang tersenyum ada yang duduk lepak dibelakang sambil tertawa. Memang nak kena! Biadap!

Encik.Daus menepuk tangannya mengambil perhatian para pelajar dihadapannya. Semua mata memandang, senyap. Aril memandang depan dengan muka PANAS! Paling benci bila terpaksa berhadapan dengan budak2 hingusan yang perasaan dah cukup matang. Contohnya group lelaki2 yang duduk dibelakang tu asyik melalak taktentu hala! Siot!

            “Minta perhatian semua!”, Encik Daus berbicara.
            “hari ni program kamu bermula, program yang mak bapak kamu hantar kamu ke sini. Tolong ambil perhatian. Semalam da dengar taklimat pertama dan hari ini saya perkenalkan barisan facililator kamu. Ini dia..”, En.Daus menlebarkan tangannya mempersembahkan barisan facilitator. Bukan sahaja terdiri daripada geng Akim tetapi ada beberapa orang luar.
            “perkenalkan diri”, bisik EncikDaus kepada Hafiz. Hafiz mengangguk.           
            “assalamualaikum. Hye! Saya hafiz suip. Berasal dari Sarawak dan cara saya senang je. Fokus”, Hafiz memandang semua didepannya , pelajar2 yang terdiri daripada pelbagai latar masyarakat, miskin dan kaya.
            “saya Acha Septriasa dari Kuala Lumpur. Hormat yang tua tu yang paling penting k adik2”, Acha menundukkan sedikit kepalanya. Malas nak bercakap banyak, dah ada bibit menyampah tengok jantan2 nakal kat belakang tu. Ada yang bersiul2.
            “Khairil Azam Pilus , korang semua panggil saya Aril. Cara berkerja dengan saya tutup mulut bila tidak d perlukan dan jangan main2.” , semua mata memandang Aril tajam. Ada bisik2 suara Nampak Aril garang! Err! Stacy menepuk belakang Aril sebelum menymbung sesi perkenalan itu.
            “Nama saya Siti Adira , panggil Adira je. Kita berkerjasama tuk mencapai matlamat program ni ok!”, bicara Adira mengundang tawa sesetengah pelajar.
            “kecik gileerr! Comelll!! Pewwiiit!”, ada bunyi2 suara mengacau. Adira mengetap bibirnya. Stacy yang dari tadi tersenyum telah tiba giliran memperkenalkan diri.

Semua mata memandang Stacy, Stacy Cuma tersenyum kelat memandang semua pelajar didepannya. Yang riuh rendah sekarang dah senyap. Stacy masih tersenyum apabila keadaan kembali senyap.

            “nama saya Stracie Angie panggil saya stacy. Konsep berkerja dengan saya mcm geng. Senang. Focus dan komitmen itu penting!”, Stacy menundukkan kepalanya tanda hormat sambil tersenyum.
            “asal?”, soal pelajar perempuan didepan Stacy.
            “peka! Tahniah! Saya berasal dari sabah. Tinggal d Kuala Lumpur. Anything?”, Stacy menyoal pelajar didepannya , budak itu tersenyum sambil menggeleng.
            “status!”, satu suara di belakang menjerit! Yang lain tertawa. Stacy memandang kebelakang.
            “sape2 nak masuk line okay je!”, dengan slumbernya Stacy menjawab sambil tersenyum 5 saat. Dewan kembali bingit. Akim dihujung tersenyum senyum. Hafiz ketawa di hujung sebelah kanan. Okay! Sangat nakal! Bisik Hafiz.
            “Sudah2. Sabar2”, semua kembali senyap apabila Shahir mengganti memegang mic.
            “saya Shahir dari Perak. Konsep kerja saya serius dan pada yang suka bising2 tu , kurangkan sikit dan yang dibelakng tu tolong jangan terlalu biadap dengan cara duduk lepak okay.”, Shahir terus kebelakang selepas menyerahkan mic kepada Akim yang sedang menguruskan laptop bersama Farid. Shahir terus memarahi beberapa pelajar yang duduk tak serupa duduk. Sangat Nampak ciri2 kepimpinan yang diwarisi dari ayahnya Tan Sri Iwan.
            “hmm..”, Akim beralih disebelah Stacy dari meja PA SYSTEM. Semua mata tertumpu kearah Akim.
            “hm..okay saya Afiq Hakim.. ble pnggil sya Akim , anak jati Johor. Kerja dgn saya kena be on the right track tak kisah dgn cara papun. Ok?”, Akim memandang semua pelajar didepannya.
            “Suda berpunya?”, suara seorang pelajar perempuan lembut berkumandang.
            “choi!”, satu suara lelaki menyampuk!
            “takpelah tanya!”, ramai pula yang membalas.
            “sudah! Saya belum berpunya..”, kata Akim dan terus mendekati meja PA System untuk memberi peluang kepada Farid memperkenalkan diri. Stacy disebelah langsung tidak menoleh Akim, tersenyum sinis.
            “tapi saya sudah mempunyai”, Akim tersenyum dan terus memberi mic itu kepada Farid. Semua dewan hingar bingar! TEET! Dasyat abang Akim! Wooahh! Ada suara2 bising menjerit. Stacy yang pastinya terus tersenyum dari jauh. Okay, rasanya Akim start bagi bom atom tahap ‘sweet-tak-ingat’ ngan pwincesh! SUDAH MEMPUNYAI TAPI BELUM BERPUNYA? Stacy tersenyum.
            “oke guys. Saya Farid, dri Perak. Kita ikut program ni bagi sempoii!”, Farid tersenyum puas dan pelajar2 pun gempak gempita bersorak! Happy dengan cara Farid! Sempoi! Itu diaaa!
            “sudah mempunyai belum?”, satu suara menyampuk!
            “haha! Saya tgh mencari selepas ditolak tanpa sya memberitahu”, semua blur? Apekejadah Abang Farid ni cakap? Err =,= dia kelas sastera kot dulu. Stacy memandang Farid sambil tersenyum manis,terasa ayat tu lucu ! Farid membalas pandangan Stacy sambil tersenyum manis.

 ************************* 

Stacy menguak rambutnya, mengipas2kan mukanya kepanasan dek terik mentari pagi. Baru sahaja habis ber’joging’ bersama ‘girls’ di program ini. Ada pelajar yang duduk disebelah Stacy, yang lain berkeliaran duduk merata tempat bersama kakak2 pilihan masing. Stacy dikeliling lebih kurang 10 orang. Stacy menghela nafas sambil melujurkan kakinya.
            “penat kan”, Angel berbicara.
            “yeah. Akak pun penat giler! Lama tak jog!”, Shiha tertawa.
            “yup!”, Shiha menyambung. Stacy tersenyum sambil memandang seorang budak perempuan yang menangis disebelah Adira.
            “kenapa budak tu?”, Stacy mengikat rambutnya sambil bertanya kepada budak2 dihadapannya.
            “hmm. Homesick laa tu sis!”, Jen menjawab.
            “anak orang kaya?”, soal Stacy.
            “haruslah sis!”, Jen menyambung. Yang lain mengangguk.
            “eh kak~”, Aishah menyibuk.
            “hmm”, Stacy meniyakan tnapa menoleh. Stacy menekan2 screen i-phonenya.
            “kak dira ngan abang akim tu kapel kew?”
           
PARGGHHH! Jatuh satu botol air yang bawa oleh Acha. Stacy dan 10orang pelajar itu memandang kearah Acha. Acha pantas memungut botol itu dan duduk diantara pelajar2 itu.
            “kenapa ecah tanya macam tu?”, Acha menyoal pantas, rasa ragu dengan pertanyaan itu. Stacy control.
            “Yelar, kak dira tu selalu je citer sal abang akim. Pastu kak dira taksilap ada lepak ngan abang akim kat belakang surau semalam!”, cerita Aisha bersungguh-sungguh.
            “Akim lepak ngan Adira?”, soal Stacy sambil memegang tangan Acha. Meraih kekuatan.
            “yup. You guys Nampak kan?”, semua mengangguk.
            “dorang kapel ke sis?”, soal Jen lagi.
            “ntah la pula Jen”, ringkas jawapan Stacy. Semua nya ditaip di I-phonenya terus dibiarkan tidak di save. Makan hati. Apa lagi Akim ni? Lepak ngan Dira belakang surau? Aku takfaham la! Adira..Adira. Susah sangat nak faham Akim tu milik aku?
            “taksuka tau abang akim kapel ngan kak dira. Tak sesuai! Ngan abang hafiz sesuai!”, Shiha memberi usul. Stacy dah moody dah.
            “abang akim sesuai ngan kak stacy laa. Dua2 sempoi! Senang nak dekat. Takyah control2 sangat”, Nad yang duduk disebelah Stacy menyambung.
            “saya suka abang farid ngam kak stacy! Comel!”, Aishah pula menyambung.
            “amboi korang sesuka hati nak pasangkan orang aaa”, Acha membuat muka garang. Mereka semua tertawa. Stacy pun join sama, dalam hati rasa nak baham si Akim dan Adira sekarang.
            “kakak!”, seorang budak lelaki termengah2 mendekati kumpulan Stacy dan Acha. Dia memegang lututnya termengah2, membongokkan dirinya. Semua memandangnya.
            “kenapa kau ni reza!”, marah Aisha.
            “ni haaa.”, Reza memberikan surat itu kepada Stacy.
            “apa ni?”, soal Stacy.          
            “abang akim bagi! Abang akim kata kalau surat ni taksampai dalam masa 30saat saya akan didenda!okay, saya kena stay balik tmpt dorang, saya ada 30 saat untuk pulang . byee!”, Reza terus berlari. Ketawa pecah! Siot betul Abang Akim. Stacy dengan malas membuka lipatan kertas itu. Banyak sangat lipatan!
           
Sejurus lipatan pertama dibuka, Stacy terus menutupnya kembali. Dan memandang Nad disebelahnya, sure NAD  dah Nampak! Choi betul anak ni!
            “nad Nampak apa sayang?”, Stacy dengan senyuman paksa tahap jelas lagi bersuluh memandang NAD-mengisyaratkan agar DIAM!
            “ER...number telfon pacik razak!”, Nad membut helah. Pelajar lain pun, ‘ohh, igtkan apa’
            “bijak adik akak!”, Stacy membelai kepala Nad dengan muka tersenyum.Acha turut tersenyum sambil membuka cerita Adira kembali. Melupakan kejadian Stacy dan surat 30 saat. Haha!
           
LIPATAN PERTAMA ::
I LOVE YOU

LIPATAN KEDUA ::
I MISS YOU

LIPATAN KETIGA::
YOU’RE MINE

LIPATAN BESAR::
Pwincesh ada masa 30saat nak baca!

Buat puteri pujaan hatii, pwincesh ketot pengarang jantung, princess charmingku. Asal x balas mesej? Akim dah rindu walaupun baru 30saat tau!

With love, prince charming.

TERSANGATLAH SIOT BILA KAU PAKSA REZA BERLARI DALAM 30SAAT SEDANGKAN REZA TU SUSAH NAK LARI SEBABKAN BADANNYA DIA YANG COMEL TU, JUST BECAUSE NAK SAMPAIKAN BENDA NI? AKIM2 ! SURAT 3O SAAT? haha~

************

Dewan makan kedengan hingar bingar dengan bunyi sudu garfu dan macam2 bau makanan yang sedap. Akim meliar mencari pwincesh ketot , taknampak2 . Akim mendekati seorang student perempuan.

            “tahu tak sape rapat ngan kak stacy or acha?”, soal Akim kepadanya.          
            “nad, jen, shiha”, Akim  tersenyum.
            “sudah!thanks”, Akim berlari mendapatkan Nad. Memang Nad je Akim kenal sebab budak ni rapat ngan student lelaki dan Akim sendiri.
            “nad!”, Akim melambai Nad yang sedang mengambil makanan.
            “YES? CAN I HELP YOU ABANG?”, Nad tersenyum.
            “kak stacy mana?”, soal Akim. Nad tersenyum sambil berjalan melimpasi Akim.
            “ek el leh, abang tanya, kak stacy mana?”, Akim menahan lengan Nad.
            “Nampak tak makanan ni and air ni?”, Akim melihat makanan ditangan Nad.
            “tak Nampak buta”, jawab Akim ringkas.
            “ni makanan pwincesh awak cik abanng!”, Nad meletakkan makanan di atas tray dan terus memberikan kepada Akim. Nad berlari keluar. Akim mengejarnya!
           
Stacy seperti biasa duduk mengelamun disebuah Gazebo di luar dewan makan. Akim menggelengkan kepalanya.
            “tadi lg ke dia kat luar ni?”, soal Akim kepada Nad.
            “aha. Bad mood hari ni, belum makan apa2 pun.”
            “huh? Kenapa?”, soal Akim sambil berjalan menuju gazebo.
            “hmm, you better ask kak stacy sendiri k.chayok2”, Nad memberhentikan langkahnya dan meninggalkan Akim.

Akim mendekati Stacy. Perlahan. Memang xda bunyi. Stacy Cuma memandang bintang dan menyedari kehadiran Akim apabila Akim meletakkan tray makanan dilantai gazebo.
Stacy memandang belakang, ingatkan Nad. Matanya tajam memandang Akim dan terus menoleh kedepan kembali. Akim bingung. Okey. Salah apa lagi?
           
            “okay. Cer citer kat akim apa sebab musabab xnak makan satu hari ni?”, Akim duduk disebelah Stacy sambil membuka jaketnya dan memakainya kepada Stacy. Stacy Cuma diam, diam, diam.
            “tak lapar”, Stacy memandang langit sambil memperbetulkan posisi jaket Akim. Memang sejuk pun! Kalau ikut hati nak campak je jaket ni ke tanah!
            “jom makan. Akim lapar”, Akim mendekatkan tray makanan itu.
            “urmm. Seddappnya masakan student ni!”, Akim merasa sedikit makanan itu. Stacy masih tidak menoleh. Akim meletakkan sudu dan terus memandang Stacy sayu. Akim menguak rambut Stacy dan menutupi mukanya.
            “kenapa ni sayang?”, bisik Akim ketelinga Stacy. Rasa nak nangis! Akim kata sayang tapi kenapa masih kena berdua-duan ngan Adira? Hmm! Okay, Stacy , wake up! Jadi matang sikit okay? Faham situasi Akim. Diam, rahsiakan je. Jaga hubungan ni.
            “hmm..nothing..period pain je..mood hilang..”, bisik Stacy tanpa menoleh. Akim masih tunduk memandang Stacy, muka mereka bertentang.
            “makan la sikit. Kang lagi sakit. Makan k..”, pujuk Akim.
            “nanti je laa. Masih pening ni..”, baru Stacy memandangnya dengan mata sedikit berair.
            “alala. Napa ni sakit sgt ke sampai nak nangis?”, ye akim! Memang sakit sgt bila tau adira takhabis2 nak kacau hubungan kita. Paling teruk bila dia tu kawan baik aku!
            “jgn nangis, akim temankan pwincesh makan k..”,
            “sikit pun takpe”, tegas Akim sambil menyuapkan makanan kemulut Stacy. Stacy memandang Akim lemah dan terus membuka mulut!
            “jahat!”, suapan itu tadi bukan hinggap kemulut Stacy tapi Akim dah makan!
            “Gilerr sedapppp!”, Stacy mencubit tangan Akim. Akim ketawa!
            “awak mmg jahatt kan!”,
            “saya jahat tuk awak je!”
            “errrr !”
            “okay2. Meh makan!”, Akim menyuap Stacy kembali.
            “no thanks!”
            “betul2 laa kali ni!”
            “tak nak!”
            “kalau taknak Akim cari ular malam2 ni!”
            “ish! Jahat!”, Akim terus menyuap kemulut Stacy sambil ketawa.
            “haha..”, Stacy turut ketawa. Banyak giler kot Akim suap ni!
            “sejuk!”, Akim meneruskan suapan sambil mendengar celoteh Stacy.
            “dah pakai jaket pun sejuk?”
            “hmm..takfaham2 laa dia ni”, rajuk Stacy sambil mengambil piring dari tangan Akim dan makan bersama.
            “meh sini!”, Akim memeluk Stacy selepas meneguk air. Stacy tersenyum.

Dulu kan awak..
Cikgu selalu ajar sejam ada 60 minit
Cikgu juga cakap seminit ada 60 saat

Tapi kan awak..
Cikgu tak ajar pun sesaat tanpa awak umpama 100 tahun

Saya sayang awak sangat.

************

PARGHH!

Farid menendang tong sampah dihadapannya. Hatinya terasa panas membara. Dia menggenggam jemarinya.

            “argh!”, satu tendangan lagi tendangan hinggap untuk kerusi dihadapannya. Bertabur mngikut rentak.
            “wey! Relaks bro!”, Aril menahan Farid dengan kecang. Farid menolak Aril kasar. Dia menghembuskan nafas kasar.
            “aku tau apa masalah kau. Tapi bang relaks suda laa.”
            “kau tau apa ha?”, Farid menolak dada Aril dan terus menoleh kebelakngn dengan hati yang panas. Aril terundur kasar beberapa langkah.
            “aku tau kau suka stacy kan!!!jangan jadi bodoh la!”, Aril melemparkan tuduhan dengan dada yang masih sakit. Dengan kelajuan 240 km/j Farid menumbuk mulut Aril. Pantas Aril membalas tumbukan itu dengan tendangan maut dari Aril. Keduanya terjelepok di tanah. Bibir Aril berdarah dan kaki Farid pun turut terluka.
            “aku pun sama dengan kau bro”, luah Aril sambil mengelap darah dibibirnya.
            “aku rasa bodoh bila dia sanggup untuk terus dipermainkan bangal!”,
            “dia sayang akim”,   
            “arghh! Sudah!”
            “kau tak boleh dapat dia. Kau tau akim akan bunuh kau kalau dia tau kau suka stacy!”, Farid bangun dan menarik leher baju Aril.
            “maaf. Lupakan”, Farid melepaskan Aril. Dia menepuk2 bahu Aril sebelum berlalu. Aril mengetap bibirnya. Bro, aku cakap betul. Takmungkin kau dapat Stacy. Langkah mayat Akim dulu! 

8 comments:

  1. best la...romantik gile akim ngn stacy..apa2 pon best sgt2..

    ReplyDelete
  2. So sweet.. bengang ngan watak adira yg suka kacau hubungan akim dan stacy.. Akim syg stacy tp sbb adira stacy salah fhm.. Abg farid ngan aril mmg x boleh dptkan stacy.. Stacy dan akim saling menyayangi antara satu sama lain.. romantic sgt akim dlm ni.. So sweet.. =)

    ReplyDelete
  3. best glew!!tp x puas aty ngn ADIRA..asal ngn die uh??x tau ke yg AKIM dh ade STACY??saje nk putuskn hubungan AKIM n STACY..geram glew!!cm nk tumbuk jew si ADIRA uh..gediksss glew..dh tau si SHAHIR tu mnt kt dye asal x amik je SHAhir uh??sian SHAHIR!!!

    ReplyDelete
  4. best sngat2...
    ptot dterbitkn nie..
    cri la publisher...

    ReplyDelete
  5. sabar2 . jgn sampai nak tumbuk. ada masalah tu.. hahahahaha

    ReplyDelete
  6. thanks 4 saper y tls novel nih..
    mmg besh n sweet giler...
    hope novel nih berakhir dgn happy ending,..
    xsbar na bce bab y sterusnye..
    huhu

    ReplyDelete
  7. wah...suke laaa part nie....wah....akim sgt sgt sgt sweet....n stacy n akim sgt bahagia...aduh!!adira nie...geram laaa ngan watak dy...ngan pkwe kwn baik pown nk kebas..amek jela...shahir uw....n suke laa part nie..sbb maken byk konfliks...dimane ade scene farid menat stacy....suke2...cepat2 smbong part10 ok!!!:)

    sy sgt suke n berharap cite nie...dilakonkan...oleh mereka..mesti gempak!!:)
    mmg byk laa penonton yee...sbb jln cerite yg sngt menarik!!:)

    ReplyDelete