kimcy lover, tekan sini !

Tekan like

Thursday, February 17, 2011

Jahatnya cinta part 6

Matahari sudah berdiri separa tegak. Stacy sudah terpacak depan lappy kesayangannya, mencarut sesuatu di blog nya, “gadiskapsul” ! Jejari runcingnya bijak mengalun irama yg indah membentuk barisan kata2 yang mampu mengukirkan senyuman sesiapa sahaja. Dengan muka yang agak pucat, dan badan yang masih dingin, Stacy terus menaip apa yg terlintas di fikirannya. Alunan irama itu tiba2 dikejutkan dgn bunyi mesej !

Teet tett. [ phone msg ]

          ‘mownink wahai tuan puteriii.. saya dah smpi kt rumah awk ne. Breakfast jom?’

Blurrpp. [ s.k.y.p.e ]
         
          ‘heyy ! webcam jom! Miss u!’,

Dua bunyi berbunyi serentak. Stacy tertawa seketika.

          Akim :: ‘mownink wahai tuan puteriii.. saya dah smpi kt rumah awak ne. Breakfast jom?’
          Stacy :: bleuukkkkk

Stacy mengalihkan pandangannya pula ke skrin laptop dan terus ber’skype’ dgn Acha.
          “achhhaaaaaaaaaaaaaaaa.”
          “cy... i miss u do damnn much! Kau apa kabar cy? Makin kurus je aku tgk kau ne!”,
          “HAHA . oke jew. kurus eh? Over Bahgia kot!haha. Urm.. u know what cha..”
          “what?”
          “aku dh jmpa akim~”
          “biar betulllllllllllllll? Since when??”
          “xlama lar lama sgt..tp boleh la tahan.. haha”
          “how dare u tak bgtau aq lgsg kan? Eeee. So , uols kapel balik?”
          “haha. Soklan bonus. Haruslah kapel! Ngeee”
          “patutpun bahagia semacam. Oke la tuh~ miss gak nk tgk akim, korunx tak balik KL ke. Jomlah. Parents kaw pun masi kat KL kan?”
          “yeahh. Aku taknk balik.. urm.. let me think first. Byk sgt benda yg nk d tgglkan ne kalau aq kena g KL..”
         

TETT TETTT 1 TEXT MSG RECIEVED

          ‘urm. 15 mins dah i tunggu kat luar kot..bila nak kluar sayang? =,=’
          ‘err? Yekew? Takpe la awak tunggu la 15mins lagi. Cukupkan stgh jam? Amacam?’

Akim mengeluh membaca mesej Stacy! Err. Geramnya ngan dier ne.

          ‘alaa.. cayunqq. Msi marah ke? Oke, sya xpggl awak childish lg , janji!’
          ‘awk tunggu jelah.. saya tgh b’skype ne !’
          ‘skype lbh pntg dari saya ek? T_T’
          ‘urm. Yeah. Mcm tu la. Oke? Deal? Tunggu jew kat luar’, Stacy mematikan henfonnya utk mengelak menerima msg dr Akim lg dan terus menamatkan perbualan dengan Acha di skype. Stacy menyelak langsir dibiliknya, Jelas kelihatan Akim sedang menyandar di keretanya.
          ‘urm, dia betul2 tunggu la..takpe! sape suruh pggl kitew childish..’, gumam Stacy sendiri sambil menyiapkan dirinya untuk keluar breakfast bersama Akim.

15 MINIT yang dijanjikan bertukar menjadi 30 minit. Lengkap akhirnya 40 minit Akim menunggu. Akim menahan rasa geram namun dia cuba bertahan. Stacy keluar dari rumah dan terus masuk ke kereta Akim, Akim yg sudah berada di kereta kelihatan sugul dan tidak mengendahkan kehadiran Stacy langsung.
Stacy tersenyum sinis, rasa dirinya sudah menang! Yeaay.

          “ehem3x.. bila kita nak breakfast ne? Dah hmpir lunch dah ne!”, Stacy mendongak muka Akim yg sugul.
          “urgh”, Akim mengeluh keras lantas menekan pedal minyak. Stacy Cuma berdiam diri sepanjang perjalanan. Sesekali dia berdehem mengambil perhatian akim namun tiada reaksi apapun daripada Akim. Hampir 15minit perjalanan dan akhirnya terhenti di sebuah restoran tepi pantai. Cuaca yg redup pada hari ini betul2 sesuai untuk bersantai di tepi pantai.

Akim berjalan lambat keluar dari kereta. Sesekali anak matanya memandang Stacy yg memuncungkan mulutnya sambil turut sama keluar. Akim menunggu Stacy turun kemudian mereka menuju ke restoran tersebut. Tiada suara langsung dari Akim. Lantas Stacy memotong jalan Akim dan berdiri depan Akim.

          “saya taknak makan kat sini”, Akim mengeluh mendengar butir bicara Stacy.
          “saye taknak makan kat sini kalau awak tak cenyum!”, giliran Akim memandang Stacy. Sayu sahaja pandangannya dan terus senyum. Senyum paksa!
          “puas?”, Akim berkata.
          “urmm..tak!”, Stacy menggeleng, lagaknya tidak ubah seperti kanak2.
          “so?”
          “saya nak awak cenyumm sampai saya ckp ok”
          “awak mmg nak menang je kan? Saya ni asyik2 kalah?”, Akim mengeluh sambil memandang Stacy sayu! Stacy tersenyum sambil memegang bahu Akim, dia menjengkitkan kakinya untuk menyamakan tingginya dengan Akim dan terus mencium pipi Akim! Akim terkedu.
          “kalau mcm tu leh senyum x?”, Stacy kembali kepada ketinggian asalnya sambil mendongak keatas memandang Akim yg lebih tinggi darinya. Akim tersenyum melihat lagak Stacy.
          “hurmm.. wahai cik puteri yg kecik ketot..lain kali jgn nakal sangat tau! Saya ni leh lar tahan, nanti ngan owunx laen camne?”, Akim menasihati buah hati pengarang jantung yg sudah mengubati rasa tidak puas hatinya sebentar tadi.
          “org lain? Xyah kot ngan owunx lain. Saya nak ngan awak je!”, Stacy memandang Akim dgn bahagia.
          “urmmm... okaayy ! janji tau cik ketot !”, Akim mencubit pipi Stacy.
          “ishhh. Dahlah panggil kitew cik ketot , siap cubit lagi bah.. ishh..”, Stacy memegang pipinya yg merah dicubit Akim. Akim tertawa sambil memegang tangan Stacy masuk ke restoran. Kisah yg bermula dari sarapan akhirnya sudah menjadi lunch! Ini semua kerana kenakalan pasangan dua sejoli ini~ HAHA. Cukup indah . Memang indah! Kadang kala cinta itu harus ada jahatnya, baru terasa lebih indah dan manis. Dedaun di sekitar restoran itu seolah-olah menyiakan kejahatan cinta itu , manis !


* * * * * * * * * *  *

“arghhh! Apesal kepala ni teringat2 kan c tet jew ekkk ! adoooyyy”, luah Aril sambil menghancurkan ice ABC dihadapannya. Acha tertawa memandang Aril, begitu juga Hafiz.
          “apesal ramai sangat suka ngan stacy ni ha? Agaks bingung aku dgn kisah cinta dia tau!”, Acha menghirup juice orange dihadapannya. Hafiz menggeleng-geleng sambil ketawa .
          “Aisshhh.. ak rindu org lain la.. haha”
          “argghh.rahsia2 lagi.. haha. “, Hafiz pula berbicara.
          “jap jap.. fiz, kau tgk. Yg suka stacy ni DAFI ,  AKIM yg lain taktaw lagik tau..hahahahhaha”, Acha mengira-ngira jarinya sambil tertawa. Muka Aril kelihatan betul2 dalam mood rindu – rindu pada ‘tet’?
          “nasib stacy tu bkan playgirl law tak dah lama dier sapu smua tu..”,
          “HEY ! dah la. Korang ne! Aku sedang rindu-rinduan korang citer sal Stacy pulak, org yg xda kat cne.. huu”, Aril memukul bahu Hafiz dgn kasar.
          “yela..yelaa...”, Hafiz akur.
          “ouh ya, ada surprise ! Akim dah balik ng Stacy tau!”
          “APAAAa?”, Hafiz dan Aril serentak menjerit, orang sekeliling mereka berasa hairan namun itu bukan persoalannya.
          “CAMNA kau tau? Biar betul?”, Aril mengajukan soalan bertubi-tubi.
          “tadi pagi aku skype ngan dier.. dier sendri bagitau.. dia n akim kat sabah skunx ne..”
          “aishhh, melepas lagi...”, Hafiz memandang Aril sambil tertawa berdekah-dekah!
          “diamlah! Yg pntg dia bahagia..”
          “tu namanya jodoh. Macam2 dugaan dorg lalui, akhirnya bersatu kembali, kan?kuasa tuhan..”, hafiz menutur kata.
          “betul2.. i think aku takleh jadi cam akim..pencinta yg sangat setia..”, Aril memandang kedua sahabat karibnya itu.
          “yeah. Akim dah banyak berubah la sejak kenal stacy.. jadi penyabar, penyayang,,..paling pentingg kanzz dier jadi romantic gituee”, Hafiz tersenyum semasa meluahkan itu. Aril dan Acha tertawa serentak, Acha tersentak apabila merasai tangan Aril sudah bertaut d tangannya. Urm? Perkara biasa lah! Tapi kenapa hari ni, pautan tangan Aril macam sedikit berbeza? Heyy. Chacha, forget it  ~

JIKA pasangan bercinta melabelkan bergayut menjadi rutin harian mereka begitu juga pada Akim juga Stacy. Tapi komitmen kerja mereka tidak pernah jatuh.  Adakalanya perlakuan mereka mengundang senyuman yang lebar mencecah ke telinga, mungkin dilihat sebagai pasngan yg baru bercinta tapi hakikatnya cinta mereka sudah lama bertaut.

T%^&**))@### > lagu telefon bimbit Stacy mula brdering.

Stacy tersenyum dan terus memandang jam didinding biliknya.

          “14jam 25 minit”, belum sempat Akim membuka kata , Stacy sudah mendahului.
          “haha. Okay , im sorry. Ni kes betul2 rindduuu. Soorryy, tak tepati janji!”, Stacy ketawa mengingat janji Akim yg kononnya takkan telefon atau mesej
Stacy dalam  2hari !
          “Tawu diri tu takmampu jgn nak paksa diri laaa mister.poteto! Haha. Lena tak tido semalam?”, soal Stacy kepada Akim. Sejak kebelkangan ini Akim sering mudah rindu kepadanya, mungkin tragedy yg memisahkan mereka dulu membuatkan Akim semakin takut kehilangan Stacy.
          “hmm. Taklena lah.. sebab asyik igtkan awak je. Awak siyes kew xnak ikut balik KL? Ikutlah, jom~”
          “errr. Nak ikut tapi..”
          “tapi?’
          “hmm. Nantilah saya fikir , yg pntg urus diri awak tu dulu hokey b!”
          “b??”, Akim tersenyum mendengar dirinya di panggil dgn gelaran “b”.
          “errr. I mean awak ok..”, Stacy cuba berdolak dalik, Akim ditalian masih tersenyum.
          “hehe. Urm. Takpenah sy dgr awk pggl saya b..=p”
          “elehh. Baru pggl b belum lagi...”, belum sempat Stacy meneruskan kata2 nya, Akim menyambung..
          “belum lagi sayang? Baby? Orr...”
          “eh eh ..cukup2... haha”, Stacy tertawa mendengar kata2 Akim. Akim masih lg tersenyum dihujung talian.
          “asal cukup plak.. HAHA. Chayunnq, cepatt ulang laa lagii apa chayunq panggil akim td uh.. xpuas nk dgr..ngee”
          “urm. Sorry. Xleh Preview lg hokeyyyy?”,
          “alaa.. awak ne, asyik2 saya je mengalah! Nak majok pun xleh, nanti sendiri sakit rindu.. nak marah lg la.. nanti xtahan tgk si ketot tu cedeyh.. apalah malangnya nasibb”
          “eerrrrr..jahat!”
          “tgk! Saya lg jahat ek! Dahlah saya yg derita merindu..err”
          “um... haha. Motip derita merindu.. haha.. dahlah..tak bosan kew asyik berjiwang jew.. cuba matang sikit.. haha”
          “haha..ish! ngan awak takleh matang2 , nanti awak stress.”
          “wah kemain menyindir? Errrr. Ni dah ada ciri2 bt saya taknak kawan ne!”
          “sape kwan ngan awk?”
          “erk?”
          “saya nak kapel ngan awak jew? Hehe”
          “haha. Giloss lar awak ne, ni buat saya makin cayunq ne!”
          “sayang ek? Kalau sayang asal xpenah tunjuk pomm..” tawa mereka berdua semakin asyik dalam alunan cinta 
          “camne nak tunjuk? Sayang sya kat awak banyak gilerr kot! Smpi xleh tunjuk taw!”
          “hahaha. Oke3. Saya caya. Sbb saya mmg xleh menang pon law ngan awak...kan?”
          “err. Yeah.. awak takleh menang!”
          “agak2nya bila saya leh menang eeekk?”
          “urm.. ntah..awak nk bilew?”,
          “time awak sepenuhnya untuk saya!”
          “Haha. Oke, wait and see, sape yg menang nanti..”
          “aik? Cam taknak saya menang je?”
          “urm. Kita hidup berpegangkan takdir la awak, kalau takdir kata takmenang, takmenang.kalau menang itu bonus la wak..”, suara mula kedengaran sayu.
          “hmm. Saya akan cuba pertahankan takdir ini. Saya akan menang!”
          “good luck awak. Hehe”
          “urghhhhhhhhhhhhh..”
          “eh napew?”
          “rinduu sangattt.. nak jumpa, boleh? Before saya pulg?”
          “nk jumpa pun kena tanya saya dulu ke?”
          “hahaa. Haruslah! Eh, eh, alaamakk. Pacik jonas dah panggil dah ne sayang..ni mesti nk Akim tlg dia ni..”
          “jonas??”
          “haha. Pacik johan anas”
          “aduhh. Haha. Oke, take care!”
          “hehe. Oke chayunq, take care gak, jgn nakal2 , jgn lupa saya, ok?”
          “err. Oke, bye awak!”
          “byee..”, blum smpt Akim meletakkan telefon Stacy menyambung ayatnya.
          “awakkk....”
          “napew???”
          “saya just nak gtau, saya rindu awak sangad tau! Okelah bye!”, belum sempat Akim menjawab panggilan sudah terputus, Akim tersenyum sendiri.

          “Comel jew pwincesh ni , tambah sayang. Sayang. Sayang. Kalau nak curang pun rasa bersalah? Apa kes? Hahaha =p”, luah AKim sendirian.

          __________________________________________________________

“CERAMAH MELODI CINTA
Universiti Lim Kok Wing”

          “eh, jom pegi cy, mcm best jew”,  mulut Acha mula berbicara, makanan di mulutnya dibiarkan bersatu dgn nada suaranya.
          “ish, malasla. Aku dah la penat ne baru smpi, kaw ajak aq dgr ceramah..”, Hafiz tertawa mendengar leteran Stacy yg baru saja smpi dr airport pagi tadi.
          “akim tak join ke lepakingzz?”, soal Hafiz
          “jap g dia smpi kot, lek luu !”, Stacy menghirup air di hadapannya smbil menjawab persoalan Hafiz.
         
Dari jauh kelihatan satu jejaka tampan mendekati sekumpulan sahabat itu. Dengan berbekalkan sunglasses berwarna hitam pekat , Akim mendekati kawan2 lamanya itu.

          “Assalamualaikumm guys !”, mata Acha dan Hafiz tertumpu kearah suara tersebut tetapi tidak pada Stacy. Dia lambat-lambat menoleh.
          “waalaikumsalamm..bro !!!!!!!!!!!”, Hafiz memeluk Akim dihadapannya, rindu pada sahabat karibnya !
          “kau apa kabar kim?”, Acha berjabat tgn dgn Akim dan terus duduk kembali.       
          “Alhamdulillah, okay je. So, apa cer ne? Aril xdtg?”,
          “aril? Sibuk la..dia kimslm ngn ko”,ucap Acha smbil tersenyum.
          “kim, tgk kau ne makin encem cem cem je. HAAH =p jeles i ! hahahaha”
          “ish. Biasa2 je la..”, Akim memandang Stacy yg sedari tadi Cuma mendengar.
          “err. Diam plak yg sorg ne”, Hafiz menegur Stacy.
          “haha. Takde la. Na gi can korg ..”, Akim tertawa mendengar kata2 Stacy.
          “ah’ha.. yg org tu dah awal2 dah... kan pis..”
          “haha..hmm”, laungan tawa Stacy terhenti setelah menerima sebuah mesej.

          ‘pliz . tinggalkan akim. Jgn kacau dia lg. Ur not the right person tuk akim’

Nafas Stacy seolah tersekat, jantungnya tidak ubah seperti direntap kasar. Dari mana pula datang suara bisikan dajjal yg cuba2 menggoncangkan lg hubungan yg baru dibina semula ini. Mata Akim bijak menangkap keresahan Stacy, tapi dia mencuba untuk bersangka baik. Petang itu mereka habiskan dengan cerita indah membuai rasa. Riang dan tawa mengisi segenap ruang di restoran itu. Ketawa sentiasa terhidang di bibir munggil Stacy namun hati melonjak resah, fikiran masih terikat dengan baris kata2 yg diterimanya tadi. Bijak Stacy menutup keresahannya.

Tepat jam 6.30 petang , Akim, Stacy, Acha dan Hafiz menamatkan segala perbualan.

          ‘hurm. Lom ckp ng dier pon sehari ni.. rindu!’, Akim berbicara sendirian semasa melihat kelibatan Acha dan Stacy yg perlahan2 cuba hilang dari pandangan. Pantas dia menaip sesuatu di I-phone nya.

          ‘cayunq ;(‘
          ‘erkk? Napew wak?’
          ‘nak jumpew jap, jap jew’
          ‘urm.oke.’

Stacy mendekati Akim yg sedang menyandar di kereta Hafiz namun bayang Hafiz tidak kelihatan. Stacy dari jauh sudah tersenyum. Rambutnya terbangan ditiup angin senja. Stacy menyandarkan dirinya di kereta Hafiz , sebelah AKim! Akim memandang Stacy dgn matamata rindu. Alahai.. mukanya kelihatan monyok!
          “ehem3..janganlah camtu..”, bisik Stacy perlahan.
          “taktaw ~ arghh”
          “lama2 biasalah tu. Maybe bcs we spend lots of time together masa kt sabah. Tu la rasa camtu , awk balik relaks kay , chill”
          “hmm.okay..”, ringkas jawapan Akim, mata mereka berdua langsung tidak bertaut.
          “jaga diri baik2 , jgn nakal2 tau! Igt janji akim ..”, bisik Akim perlahan. Ada sesuatu mengganggu Akim, terasa berat hendak meninggalkan Stacy petang ni.
          “ok..ok.. awk 2 jaga diri bebaik, saya ni okay je.”, Stacy mendongak  ke atas mememandang Akim.
          “Hey ! jgn la mcm ni !”
          “er.. aduhh.. act, akim rasa berat sgt nk tinggalkan syg hari ni.xtau kenapa.. hurm..”, Akim tunduk memandang bumi dgn hati yg berat.
          ‘akim, aku pun sama... rasa berat sangat.. lagi2 dpt msg tadi tu..’, bisik Stacy sendirian. Mata hati mereka berbicara dgn sendiri. Masing-masing takut berjauhan.
          “maybe lama kot kita takjumpa lepas ni..”, ada sendu d suaranya.
          “takpelah. Awak pun jaga diri bebaik taw”, Stacy memegang tangan Akim yang masih berwajah sugul, digenggam tangan Akim erat disemadikan rasa kasih dan sayang itu dalam walaupun tanpa bicara. Memang hakikat berpisahnya mereka kali ini bersama cinta tetapi keraguan yang membungkam di hati Stacy tetap tebal. Mesej yg baru di terimanya tadi seolah-olah menandakan ada lagi angin taufan bencana yg mahu menduga cinta mereka. Terasa sakit sebenarnya, tapi dia tetap bersyukur kerana dikala ini, saat ini, Cuma takdir yg prnah memisahkan mereka dan bukan orang ketiga. Stacy Cuma mampu berdoa tidak akan ada orang ke-3 dalam hidup mereka.
          “okay..”, ringkas jawapan Akim lantas memandang Stacy. Tiada butir kata diluahkan, tidak lagi seperti sebelum ini. Akim membelai rambut Stacy yg berdiri didepannya kini dan mencium dahi Stacy sebelum mereka menghadapi perpisahan. Stacy tidak akan lama di Kuala Lumpur, mungkin lusa Stacy akan balik ke Sabah semula. J.A.R.A.K itu memang antara factor utama penyebab perpisahan, berbekalkan cinta dan rindu itu membuatkan mereka tegar. Bayang Stacy mulai menjauh dari pandangan, Akim mengetap bibirnya, rasa hatinya kurang sedap tapi cuba diasingkan jauh, dia mempunyai tanggungjawab yang harus diselesaikan.

STACY menghenyakkkan badannya di atas katil empuk yang berwarna ungu, dia mencapai Teddy Bearnya dan mencapai i-phone berwarna oren dihadapannya. Dia membuka kembali mesej yang diterimanya petang tadi. Dia mengeluh lantas melemparkan i-phone itu perlahan ke atas bantal dan terus memandang langit. Kadang kala dia tersenyum mengenang kisah cinta penuh jahat antara dia dan akim. Tak sangka seusia muda , mereka mampu mengenali apa itu cinta! Pelik tapi benar. Kasih sayang ini mengajar mereka untuk matang dan belajar dan menerima hakikat hidup.

Lamunannya tersentak. I-phone Stacy meminta untuk diangkat, satu panggilan telefon meminta jawapan.

          “hello”, ringkas Stacy mengucapkannya.
          “hai ! stacy?”, suara seorang gadis.
          “yeah? Its me. Ada apa”, soal Stacy .
          “u got my msg kan tadi? So, watch out!”, suara itu terus berbicara.
          “sorry la, i’ve no time untuk layan org berfikiran sempit mcm kamu.”, belum sempat Stacy menamatkan panggilan, gadis itu kembali berbicara.
          “tinggalkan Akim atau Akim yang akan tinggalkan kau! Cepat atau lambat itu pasti berlaku!”, dahi Stacy berkerut mendengar ucapan bodoh dari seorang gadis misteri. Tanpa menghiraukan ugutan gadis itu, Stacy menamatkan panggilan.

          ‘hmmm. Apa pula kali ni? Apa lagi? Urgh!’, luah Stacy sendiri. Kepalanya terasa berat . Dia cuba menenangkan dirinya sendiri. Stacy memandang jam lantas tersenyum , esok ada Ceramah Melodi Cinta~ Huwoo J smbil melupakn pggln bodoh yg baru d terimanya tadi.

* * * * * * * * * *

Pacuan kaki dua figura menawan ini mengundang siulan ramai, gelaran ex-student di LimKokWing menjadi bualan. Stacy dan Acha berjalan tidak ubah seperti model yg sedang memperagakan pakaian dengan semua mata memandang.

          “urmph! Lama x henjak kaky kat cne kan? Hua3”
          “yeahh, tp still ramai yg tego2 kitew..sah2 la kita ni femes dulu.. haha”
          “femes sbb selalu kena buli, kanzz?”, Stacy ketawa kecil dgn Acha.

Langkah mereka terhenti di hadapan dewan. Mata Stacy melekat pada poster Ceramah Melodi Cinta dihadapannya. Terkejut ! Lagak Acha juga sama sprti Stacy. Mata mereka seolah kehairanan.

          “disampaikan oleh Dafi ??”, Acha sedikit menjerit, terkejut!
          “urm.. cha.. xyah la ikut.. aku xnak la..”,
          “ala...cy, dah kita sampai.. kita ikut jew la, kita duk belakang2 ..sure dia taknampak..sayang tau~”, Stacy termenung dihadapan poster itu, masih bingung, kata-kata Dafi semasa di Sabah masih melekat di hatinya, dia belum berani berjumpa Dafi.
          “cy? Pliz ? kita ikut kaY?”
          “Hmm.. okay la..”, Stacy mengeluh kecil!

HENTAKAN kaki yg memecahkan suasana di dewan itu. Semua mata tertumpu kepada seorang lelaki berkulit putih, kemas memakai kemeja dan berjalan tampan menuju ke meja hadapan. Tanpa membuang sedikit pun masa, dia terus mencapai mikrofon yg tlh di sediakan dan memperkenalkan diri. Semua mata memandang penuh asyik, pesona lelaki dihadapan mereka itu mengundahkan jiwa. Tapi itu tidak pada Stacy, rasa bersalah , bersalah, bersalah. Itu yg dirasakannya.

Hampir sejam ceramah ini berlalu, semua pelajar begitu dibuai dgn inti2 ceramah yg mendedahkan tentang muzik serta disuntikkan dgn estitika cinta untuk menarik minta si pendengar.

          “apa itu cinta?”, terpacul soalan itu dari mulut Dafi, selaku penceramah.
          “cinta tu kebahagian, keindahan..”, Fitri, seorang budak tahun satu yg berkaca mata menjawab persoalan itu sambil berdiri.
          “bagus!tapi saya nak jawapan yg lebih spesifik mungkin?”, Dafi menyoal lagi. Seluruh dewan diam, semua yg hadir gugup untuk menjawab, itu sudah menjadi budaya orang kita, malu untuk menjawab.

          “ok.. kalau saya kata cinta itu buta! Mcmna?”, Dafi menyoal lagi, menguji tahap pemikiran sekelompok manusia dihadapannya.
          “betul encik! Tu saya setuju! Mmg buta. Kadang2 hanya kerana cinta manusia boleh lupa sgala2nya..”

Di tengah perbicaraan antara Dafi dan beberapa peserta yg mengikuti ceramah itu, Stacy dan Acha berbincang sendri.

          “apesal pula cinta tu buta? Manusia yg buta! Sapa suruh!”, Stacy meluahkan rasa tidak puas hatinya.
          “wei,, jgn la ckp kuat2..nti dgr encik.dafi engkau tu!”
          “encik? Hahahahahaha”, pecah gelak Stacy dan Acha. Dafi yg masih berbicara bijak menangkap detak suara itu, dia memandang jauh ke belakang dikala seorang peserta masih petah bercakap dihadapannya. Matanya betul2 terarah kepada Stacy, memang dia terkejut tetapi dia berlagak cool.

          “okay! Cukup ! terima kasih!”. Dafi menamatkan kata2 Fitri dihadapannya, baginya sudah terlalu panjang lelaki ini berjelah.
          “okay.. yang kat belakang tu.. mungkin anda ada papa nak cakap?”, Dafi menunjakkan jarinya ke arah Acha. Acha yg bergelak ketawa sejak tadi terkaku seketika. Terkedu! Ragu2 dia mahu berdiri namun disebabkan gelaran Ex-student LimKokWing , dia berpura-pura berani, Stacy disebelahnya Cuma tersenyum kelat, dia sudah menjangkakan perkara ini.
          “apa tadi soalannya tuan?”, Acha menyoal dgn gagap.
          “apa yg kamu fhm tntg cinta dan saya ckp cinta itu buta. What say u ?”
          “ehem.. hmmm..cinta tu satu yg indah sebenarnya..n bagi sya cinta tu universal..takterhad pada cinta untuk kekasih.. kalau part cinta itu buta.. bagi saya tak.. sebab cinta tak buta.. tapi manusia yg kurg bijak sehingga membutakan cinta tu..err”, Acha memandang Stacy meminta jawapan. Dafi melihat kearah Stacy.
          “yang sorg ni dari tadi muncung mulut tu, ada nak jawab ?”, Dafi mencabar Stacy sambil menyindir. Stacy memandang Dafi tajam, semua mata tertumpu kepada Stacy. Dafi dihadapan sekali memeluk tubuhnya memandang Stacy. Stacy menghentakkan pennya diatas meja dan terus berdiri dgn yakin.
          “bagi saya cinta itu tidak buta, tak pernah buta dan takkan pernah buta. Betul kata Acha..manusia yg bodoh akan dibutakan cinta, tapi hakikatnya cinta mmg xbuta. Mungkin yg buta adalah otak dan akal manusia yg sempit sehingga tertipu dgn khayalan cinta yg memang sementara! Itu baru buta namanya,”, tajam sahaja Stacy berbicara.
          “HAHA!”, keras suara Dafi mengucapkan perkataan HAHA.
          “apa yg awak tahu tentang cinta ? awak masih muda dan mmg tidak matang”, mata2 yg pada mulanya terlekat pada Dafi kini bertukar pada Stacy menunggu jawapan dari Stacy!
          “saya rasa saya lebih mengerti tentang cinta dari encik. En, cinta tu bukan terhad pada umur, takterhad. Cinta jgn gunaakan akal semata-mata, gunakan hati untuk merasa. Cinta untk d rasa, bukan untk d kaji. Kalau kita Cuma mengkaji tanpa merasa dari lubuk hati yg paling dalam, takmungkin kita faham apa itu cinta.. minta maaf tuan, saya rasa saya tak patut berada didalam dewan ini,”, Stacy mengangkat begnya dan cuba berlalu dari dewan tersebut diekori oleh Acha.
          “kalau awak faham apa itu cinta, awak takkan pernah menyakiti cinta!”, suara Dafi garau berkumandang didewan itu.
          “sakit?menyakiti?”, Stacy memandang belakang, berhadapan semula dengan Dafi.
          “eya. Menyakiti orang demi mengejar cinta yg kosong tanpa pengorbanan!”, Dafi meluahkan apa yg terbuku dihatinya dgn berkias-kias. Dia cuba menyampaikan kepada Stacy pengorbanan yg dia lakukan selama ini kenapa tidak berbalas? Malah Akim yg mendapat cintanya sedang Akim tiada ketika Stacy berduka!
          “cinta dan perngorbanan dua perkara yg berbeza. Jangan mempolitikkan cinta tuan, ingat ! perngorbanan bukan  kunci terbukanya cinta!”, Airmata Stacy mula bergenang. Masih terkedu dengan tusukan berapi dr Dafi. Menghina Akim seoalh merobek jantungnya!
          “tuan, cinta itu dalam. Bukan terlihat pada zahir, kalau tuan bijak bermain cinta, cuba tuan jelaskan apa yg ada di hati saya sekarang ni?”
          “mencintai lelaki yg tiada pengorbanan itu dgn separuh mati”
          “saya mencintai dia kerana hati dia , setiap garis2 halus dihati ini ada dia,setiap detak jantung ini melahirkan hembusan cinta untuk dia, setiap nota suara yg keluar dari bibir ini, hanya untuk dia. Kenapa saya harus menipu demi sebuah pengorbanan yg saya tak pinta? Cukup saya menghargai, tapi tidak untuk menyerahkan cinta saya. Cinta saya Cuma sekali. Untuk menipu memberi peluang kepada yg berkorban tadi, sya mampu tapi apa yg saya paling taksanggup apabila kita mempolitikkan cinta demi sebuah pengorbanan . Saya takkisah diktakan pentingkan diri atau dibutakan cinta sebab saya yakin...”, Stacy melepaskan keluhan. Suaranya bergetar.
          “sebab saya yakin smua rasa rasa cinta dihati ini..”, Stacy memegang dadanya.
          “semua rasa2 cinta dihati ini ada dgn dia, cuma zahir tidak kelihatan.. itu yg di namakan cinta ! maaf”, Stacy keluar dari Dewan , Acha trut sama. Semua mata yg berada di dewan itu tercengang dan kaku seketika. Apa yg sudah terjadi? Yg pastinya satu perbahasan yg hebat telah berlaku ! Dafi kaku disana, kerana lonjakan perasaan geram, keadaan ini berlaku. Akhirnya ceramah ditundah seketika untuk mengambil masa rehat.


Genap dua bulan Stacy dan Akim tidak bertemu. Usah dipersoalkan tentang rindu, itu memang sudah membuak. Syukurlah teknologi kini masih bijak mendekatkan dua sejoli ini. Stacy kini berada di Sabah, menjadi guru sementara di sekolah Mia di kampung. Hari ini rindu semakin menebal, Akim sudah tidak memberi panggilan selama dua hari, akhirnya , Stacy memutuskan untuk memberi miskol kepada Akim. Untuk bercakap terus terasa janggal. Mungkinkah kerana jarak dan masa?

‘urm.. kalau dia igt kat aq, mesti dia kol balik...er..takkan la aq yg nk kol !’
Deringan i-phone Stacy menamatkan lamunan rindu si gadis kecil ini, hatinya riang gembira, si putera idaman hati memanggil di talian.

          “ehem3x”, Akim memulakan bicara , yg pastinya kedua-dua mereka sedang tersenyum!
          “ehem.. ehem.. ehem.. ehemm.. ehemm..”, Stacy menyambung , lebih panjang.
          “hmm.. hmmm. Hmmmmm.”, Akim menyambung lagi, Stacy tertawa manja!
          “oke3..dah lar tu!”, luah Stacy smbil memuncungkan mulutnya.
          “aik? Haha”, akim ketawa.
          “..igt kat Akim ke?” Akim menyambung katanya.
          “errk... act, tadi saya nmpk Mia.. terus terigt kt Mia kat Johor tu..hm..rindulah dgn mia.. !”
          “alahaii..”, akim mengeluh.
          “pwincesh , nasibla ada Mia kat sana, kalau tak awak tak igt saya langsung kan?”
          “ermm.. macamlah awak igt kat saya!”, Stacy tersenyum ditalian.
          “kalau saya kata saya selalu igtkan awak mcmmana?”, suara Akim ditalian menggegarkan jantung Stacy, alahai. Ditambahkan dgn rindu yg membuak-buak menambahkan cinta dihati. Stacy tersnyum malah terus berdiam.
          “saya ni awak bukan stakat igt..Saya rindu kat awak..btul !saya tak gurau, sungguh..”, suara Akim kedengaran lebih serius berbanding tadi , kedengaran begitu indah ditelinga Stacy..
          “hmm” , Stacy putus bicara. Senyumnya sudah smpi ke telinga.
          “sumpah! Saya xtipu..”, Stacy tersenyum lagi.
          “awak?”, Akim menyapa Stacy yg dari tadinya diam tanpa kata.
          “er.. ya.. hmm..awak~... kita dah lama tkjmpa kan?”, Stacy mula berbicara.
          “2bulan. Saya taksangka saya mampu xjumpa awak kan?”, Akim berbicara. 2bulan tidak brjumpa mengundang kejanggalan yg teramat dihati Stacy tidak kurang AKim, Keadaan mereka yg sibuk mengehadkan lagi masa mereka berhubung. Namun Akim bijak berbicara.
          “urm. Saya pun..”, ringkas Stacy berbicara.
          “awak, saya sayang awak sangat2..”, suara Akim sedikit berbisik. Stacy menghela nafas sedalamnya. Airmatanya mengalir, kata2 Akim membuka ruang rindu yg dulunya dikunci agar tidak membuatnya resah. Sayu hati Stacy, rindu pada Akim, sangat2. Setiap detik dia takut meninggalkan Akim, takut untuk ditinggalkan lagi, takut untuk berpisah. Akim berbicara soal cinta ,Stacy lebih selasa menjwab di hatinya, tidak kuat untuk melafazkannya takut ruang rindu ini terbuka lagi, andai kau sambut smua rindu ini kan bagus .. Akim? Aku takut rindu ni jatuh dan terus pergi..

          SAYA JANJI AWAK, KITA TAKKAN PISAH.. WALAUPUN JASAD KITA JAUH, SAYA YAKIN SAYA DIHATI AWAK, AWAK DIHATI SAYA. TAKKAN PISAH...

5 comments:

  1. so romantik la diorang nie..
    i love KIMCY for ever n ever,..

    ReplyDelete
  2. me too !
    suka sgt..
    kimcy in love 4eva

    ReplyDelete
  3. suke sgat baca citer ni. KIMCY best couple 4ever!!!

    ReplyDelete
  4. sO sweet la dOwg brdue nie.. nk agy plzz cpt ckit yew.. yg bgi msj n cOl stcy tu msti mila kn.. huh jhat la die tu.. dafi lak sjjew nk skitkn aty stcy sbek dlu stcy plih akim nOt dafi..

    ReplyDelete
  5. suka sesangat cite ni.. Soo romantic and so sweet.. LOVE KIMCY FOREVER!!! =)

    ReplyDelete