kimcy lover, tekan sini !

Tekan like

Friday, January 21, 2011

jahatnya cinta - part 1

Kasut Supra berwarna hijau kemas dalam pelukan Stacy. Hatinya gembira tiada tara, akhirnya kasut idamannya menjadi miliknya kini. Tapi siapakah gerangan pemberinya? Itu masih suatu tanda tanya !

“banyak-banyak hadiah, tu je ke d belek”, soal Hafiz kepada Stacy.
“yela. Orang yang bagi ne macam tautau je aku nak supra ne, warna hijau lagi tu, menyerlah! Urm. Ko rasa sape bagi?”, soal Stacy lancar.
“i have no idea, dear! Better ko simpan before si Aril datang, dia sure sapu tu kasut..cepat kasi tapuk!”, Hafiz meniru slang Sabah dgn menggunakan ayat ‘kasi tapuk’ yang membawa maksud ‘bagi sembunyi’ .

Stacy tersenyum. Hari bahagianya hari ini bertambah bahagia dengan kehadiran teman-teman rapatnya. Agama dan bangsa bukan penghalang untuk mereka bersatu . 1Malaysia la katanya . Pandangan Stacy kini tepat ke luar tingkap Hotel Promenade , Kota Kinabalu , Sabah. Dia memanjat syukur ke hadrat illahi kerana sambutan ulang tahun ke 20nya kini selesai dengan begitu fun ! Tidak semena-mena ingatannya terimbau peristiwa semasa berada di Lim Kok Wing Univercity.

Imbas kembali ::

Aku memandang jauh kedepan. Rasa tidak puas hati menyelubungi, ‘baru lambat sikit pun, dah kena sound! Dia ni siapa ?’, hati mencebik !
“cik stracie angie anam , hmm . cantik nama . datang pun awal . tahniah”, terkedu stacy mendengar bicara jejaka dihadapannya.
“saya tahu saya salah. Tapi lambat 15 minit ja kan ? Lagipun ni U la, takpe kot nak datang lambat, lecturer pun belum datang, ish! Tepi”, Stacy cuba menyelak dari menjawab soalan bertubi-tubi dari jejaka misteri ini.
“eh, eh, sabar, siapa suruh lari?”, jejaka itu memegang lengan stacy kasar.
“auchh, sakitlah bodoh!”, stacy melepaskan genggaman jejaka itu. Jejaka itu kelihatan serba salah.
“kau nak ape sbnrnya? Siapa kau ne ? mengalahkan lecturer”, Lancar stacy berbicara sambil mengurut-ngurut lengannya yang sakit . Jejaka itu tadi memandang stacy dengan simpati, menyesal menyakiti gadis kecik itu.
“takpe. Awak boleh pergi”, lembut suaranya berbicara. Tanpa merenungnya , Stacy berlalu mengambil tempat disebelah Acha.
“Siapa tu ? errgh! Benci, sakit taw!”, stacy merungut manja . Acha Cuma tersenyum .
“itu dia.. senior kita.. kita tu muda setahun dari kita tau! Paling macho, paling nakal, paling pandai, tu semua dia. Dia suka kacau freshie kat sini..faham2 la kan”, Stacy terkesima.
“senior tapi muda dari kita ? wow!”, Acha terus tersenyum sambil membalas SMS di telefon bimbitnya .
Stacy mengelamun seketika, wajah jejaka itu cuba digambarkan tapi..arghh..gagal ! ‘ish, aku xingat la..’


Beg Converse berwarna baby blue terus disandang oleh gadis kecil molek dari Sabah ini. I-phone berwarna Oren kemas dalam genggamannya. Langkahnya terus maju tanpa henti. Destinasinya untuk ke cafe! Perutnya berbunyi lagu Seri Mersing gamaknya! Rambutnya panjang paras pinggang dibiarkan terbang ditiup angin. Makin di pandang makin comel muka budak sabah ne ! Langkahnya tiba-tiba terhenti...
‘saat aku sendiri..aku bayangkan kamu..dalam dakapanku ini.indahnya kamu didakapanku.cerita kita berdua..’, alunan suara yang memikat sukma. Mata Stacy liar mencari dari manakah empunya suara tersebut. Terhenti pandangannya pada seorang jejaka yang sedang memetik gitar sambil menyanyi dikelilingi oleh ramai rakannya. Stacy membatalkan niatnya untuk ke cafe dan terus terpacak untuk mendengar suara itu lagi.
‘itukan mamat poyo yang kacau aku hari tu.. wah..sedapnya sora dier’, Stacy bermonolog sendirian. Dia benar-benar terpegun mendengar suara itu, dan kini Stacy sudah berada dalam dunia khayalannya sendiri, bertema lagu yang dinyanyikan jejaka itu. Dia menutup matanya , dirinya terus ditiup angin yang sepoi. Aww ! Alangkah indahnya !

Lamunannya terhenti. Terasa rambutnya ditarik.
“auch!”, Stacy terkejut, matanya lantas terbuka.
“hey budak! Nak mengelamun kat ruma, jangan kat sini la!”, Stacy memegang rambutnya sambit memuncungkan mulut. Sepanjang keberadaannya disini, kalau tak disakat pasti dibuli dan sekarang rambutnya ditarik. Erghh., mummy ! i miss you ! Stacy tunduk dan mahu meneruskan langkahnya ke cafe. Namun, satu suara kedengaran..
“hey, guna syampoo Sunsilk lain kali! Tak kuat la rambut awak, baru tarik sikit dah putus, ni !” , jejaka itu tersenyum nakal sambil memegang seutas rambut Stacy yang berwarna kemerah-merahan.
‘tarik sikit? Gila! Dia ingat tak kuat ke dia tarik tu, patutpun sakit , dah tercabut rupanya rambut aku ! errrggh’, muka Stacy yang putih gebu itu mula merah padam. Geramnya tidak terkawal. Jejaka itu tersenyum nakal lantas merenung jauh kedalam rambut itu sambil tertawa.
‘comel juga dia marah’, jejaka itu bermonolog sendiri.

Sesudah sahaja Stacy sampai ke cafe, dia mengambil tempat dihadapan Hafiz dan Acha. Mukanya masih merah, sakit hatinya masih berdarah.
“Arghhh ! Aku taktahan! Aku maw balikk ! mummy , daddy , i miss u”, Stacy menangis sendiri, dia menyembamkan muka nya keatas meja. Dia tertekan.
“Eh, cy, ko kenapa? Astaga.. sabar .. kenapa ne sayang, bgtau la”, Acha terus memujuk Stacy. Hafiz terkedu, diam seribu kata. Stacy mengangkat mukanya, merah! Bibirnya dimuncungkan, airmata membasahkan pipinya yang gebu.
“kamu tawu ! c mamat senior yang jahat tu, dia tarik rambut akuuuu..”, belum sempat Stacy menghabiskan kata-ktanya, dia sudah mula menangis. Hafiz tiba-tiba tertawa, tidak tahan gelak!
“Dia tarik rambut kau ? HAHA! Ingat ini zaman dulu2 ke, nak ngorat tarik rambut orang..Akim..Akim..”
“Apa? Siapa? Siapa nama budak jahat tu?”, Stacy mengelap airmatanya.
“Afiq Akim, senior paling fofular di U ni! Dia tu baik sebenarnya..Cuma nakal sikit je. Ehehe .”, Stacy mengerutkan dahinya.
“Sikit ko cakap ? Dia tarik rambut aku sampai gugur tau ! Dahla sakit bagi malu aku depan orang ramai lagi.. mmg sah budak jahat ! pliz la, aku taknak jumpa dia lagi. Argh !”
“hhahaha. Cy, relax la. Aku pun masa firstyear kat sini kena juga dngn senior2..tapi takde plak kena tarik rambut!”, pecah tawa Hafiz dan Acha.
“kamu ni! Yala. Kamu tu layak la, first year, aku ne bukannya first year okey?”
“yelar, ko kan pindah sini, kira samalah tu , freshie!”
“whatever, Hafiz, orderkan aku orange juice”, Stacy memuncungkan mulutnya tanda masih tidak puashati.
“ish, anak manja nie, order air pun nak suruh aku!”, Hafiz berlalu sambil tertawa.

___________________________________________________

“Akim, jahatlah kau buat dia macam tu! Kesian aku tengok budak tu, siap tarik rambut! HAHA ! tak boleh dimaafkan tu”, luah Shamil sambil ketawa.
Akim tersenyum, “comelkan budak tu!.”. Shamil terkedu dan pecah gelaknya.
“takkan tangkap cintan kot? Hey, Kau ingat dia nak tengok muka kau lagi lepas kau tarik rambut dier? Imposibel ! haha”
“Kalau dia tak jumpa aku, aku akan cari dia. Kau ne, aku tarik rambut dia tanda nak bermanja. Nah! Tengok ne”, Akim menyerah frame gambar yang comel kepadanya.
“Astagfirullahalazim, kau frame kan rambut c budak kiut tu? Haha. Aku tak terfikir pun, allaaaalaa. Dah la frame kemetot semacam, haha, pi simpan, nanti hilang takpasal-pasal kau tuduh aku!”, Akim mengambil frame itu semula. Dia tersenyum sambil menulis sesuatu disisi frame tersebut.

“princess charming ku ..”


8 comments:

  1. I wonder siapa yang buat novel ini HEHE*

    ReplyDelete
  2. Baru baca cite ni.. Best sgt.. =)

    ReplyDelete
  3. best gilak novel nih.. terbitkan lah.. gerenti semua fans stacy and akim akan beli...

    ReplyDelete
  4. Uisshh...ne orang mana yg buat novel ne...orang sabah ka juak??weinaa,best bha novel nya ne...aQ suka!!

    ReplyDelete
  5. betul betul jatuh cinta dengan ceta ni

    ReplyDelete