kimcy lover, tekan sini !


Tekan like

Sunday, January 23, 2011

jahatnya cinta part 2

“Dah siap! Yeaay !”, jerit Stacy sambil memperbetulkan langsir berwarna pink yang bercorak bungabunga yang comel.
“cy , kalau orang masuk bilik kita ne, mesti ingat ne bilik budakbudak tadika yang addicted sangat dengan pink”, luah Acha sambil tersenyum.
“cha, ko ne, manada pink, kaler biru pom ada , hijau, colourful la ni. Alaa. Kau tak bosan ke dengan bilik yang putih je? Tak bernafsu aku tidur . Haha”, Stacy berjenaka .
“okeyla, okeyla tuan puteri . aku mandi dulu!”
“wey, jap , jap. Tunggu aku, aku takut la masuk washroom tu sorang-sorang”, Stacy berlari mendapatkan tuala mandinya.
“urm, kenapa pula? Kau ni cy, manja sangat!”
“whatever la cha, aku just taknak jumpa kakak senior tu”
“yang mana ni?”, mereka bercerita sambil menuju ke washroom.
“yang ntah. Yang suruh aku belikan dia coklat tu la. Ingat? Masi minggu orentasi?”,
“oh, itu ! ingat-ingat! Mila la namanya tu, budak fashion design”
“oh yeah? Patutpun perangai..terlebih sudah !”
“haha. Kau ni cy, kang dia dengar baru kau tau”
“takpe la. Aku memang hangin dengan dia, nasib aku dengar nasihat korang yang tak suruh biadap ngan senior kalau takk..”

“kalau tak apa?”, Mila tiba-tiba muncul . Dia mendekati Stacy. Stacy cuba memberi senyuman namun tiada balasan .
“aku tanya kalau tak apa ?”, Mila bertanya keras.
“kalau tak ? Aku nak hajar kau supya tak kurang ajar lagi dengan freshie!nak ajar tu boleh tapi jangan kurang ajar”, Stacy meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Berani dalam takut.
“wey, kau dengar sini. Adat untuk freshie macam kau ni, mmg kena dikurangjarkan, faham? Jangan nak tunjuk diva kat U ni, faham? Apalagi nak lawan aku, kenal siapa aku?”,
“I don’t know who are you, and don’t ever care who are you, tepi!”, Stacy berlalu terus ke washroom diekori oleh Acha yang hanya mendengar perbahasan antara senior dan junior.
“freshie, kau, jadi lawan aku!”, Mila menunding jari kearah Stacy.
“thanks dear, but u are not my LAWAN”, Stacy terus berlalu. Mila terkedu dengan freshie yang pertama pernah kurang ajar dengannya. Ditatapnya sosok badan Stacy dari jauh, rasa meluat dan menyampah menyelubungi diri. Entah kenapa dia begitu benci dengan gadis cilik ini. Argh!

“cy, .. stacy!”, Acha mengejar Stacy laju.
“what?”, Stacy mencebik, masih geram dengan perbuatan Mila sebentar tadi.
“kau janganlah lawan minah tu, kau tau tak dia tu banyak pengaruh kat U ni, nanti kau yang susah.”, luah Acha.
“chacha, you just relax okay? Chill. Aku tak kurang ajar pun, dia tanya aku jawab lah, aku takmahu kena buli lagi, cukuplah dibuli oleh budak jahat tu!”
“hmm”, Acha yang mulai risau mengeluh. Stacy memandangnya tepat kematanya lantas mendekati Acha.
“chacha, i know , kau risau, tapi kau relaks je, stacy lah ni! Hehe . lagipun aku ni bukannya pernah kena marah kat ruma, sampaisampai sini je, semua orang macam nak kenakan aku je. Tu yang buat aku stress ni”
“Stacy, stacy,, okeylah , pi mandi cepat ! kau tu lau mandi lama bebenor! Haha”, Stacy akur. Kehidupan Acha semakin menyinar dengan kehadiran Stacy di U ini, ceria dan ceria selalu !

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini dalam sejarah ! Nubhan , ex-senior LimKokwing datang ke U semula untuk urusan kerja katanya. Tapi yg menjadi sejarah ..dia terserempak dengan STACY!

Berjaket biru, memakai kacamata hitam, Nubhan berjalan seperti seorang pilot, tak kurang seperti seorang peguam. Muka ala-ala jejaka korea, Nubhan bangga berdiri sebagai ex-senior di U ini. Ramai mengenalinya tapi kurang mendekatinya. Gerun! Anak orang kaya di Negeri Sembilan!

“Stacy! Lajulaaa. Janganlah lambat sangat, nanti kau yang susah. Cepatlaa”, Acha merengut kerana sikap stacy yang suka last minute.
“kau jalanlah dulu, aku pigi sendrik, oke ?”
“taknak, nak sesame gak.cepatlah!”
kejap2, nak cari spek mate aq ne”
“dah jumpa x?”
“ah! Suda, baru ja jumpa”, Stacy mula menggunakan slang Sabah.
“jom!”

Langkah Stacy dan Acha semakin laju mengejar masa. Takut terlambat. Acha mula gelabah, risau di sound lecturer, manakala Stacy Cuma berlagak tenang. Baginya lambat itu sudah perkara biasa.

PARGHH!
“Acha, bagus2 la jalan, jangan kelamkabut! Sikit lagi jatuh!”, Stacy menegur.
“Dia memang tak jth, yang saya kat sini jatuh, mcam mana?”, keras suaranya. Mata Acha dan Stacy bertentang, ada risau dimata mereka. Serentak mereka merenung ke belakang.. arghhh! Dorang dah lanngar orang.
“Sorry awak, sorry”, Acha membantu lelaki itu berdiri, dia mulai gelabah , takut.
Stacy masih bediri seperti tadi. Tiada nota kerisauan diwajahnya. Baginya lelaki itu saja mencuri peluang untuk mengorat gadisgadis di kampus ni. Sebaik sahaja lelaki itu berdiri , matanya memandang gadis kecik dihadapannya. Terpana. Masa seolah terhenti seketika.Nubhan mulai berada di awang-awangan cinta bersama gadis dihadapannya ini.

“Stacy kan?”, soal Nubhan.
“awak kenal dia?”, soal Acha.
“stacy kan?”, soal Nubhan lagi.
Stacy memandang Nubhan dengan hairan. ‘macam dia kenal aku?’, gumam Stacy sendiri.
“ya, saya stacy, kenapa? Awak kenal saya ke?”, jawab stacy sambil menarik Acha untuk berdiri jauh dari lelaki tersebut.
Nubhan menelan liurnya, dia terlepas cakap! Sejak dari awal lagi banyak junior bercerita tentang, Stacy, student baru yang berani melawan girlfriendnya, Mila.
“kalau awak oke, kami pergi dulu, oke?”, sinis sahaja suara Stacy.
“eh, sabar, sabar, “, Stacy menoleh kearah Nubhan.
“Saya Nubhan, ex-senior kat sini, rasanya Acha kenal saya kot”, Nubhan memperkenalkan diri. Stacy mengetap bibirnya sambil terangguk-angguk dan terus berlalu. Nubhan mengeluh, dia tidak dilayan! Argh!

SHAMIL memandang Akim sambil tersenyum, “so, what’s next?”.
“haha! Kau ni tau2 je kan aku nak buat something”
“dah tarik rambut kemarin, dah pulas tangan anak orang, lagi? Haha , kau memang jahat lah kim”
“hahaahha , aku suka tengok dia geram, comel!”, Shamil menarik lengan Akim.
“Tuu diaa dahh datanngg !”, mereka memandang kearah Stacy. Dia berseoangan.

“WOW ! freshie dari Sabah. Perasan bagus, berlagak diva nak ajar senior. Berikan tepukan kepada STACY !”, Mila mengherdik Stacy didepan orang ramai. Kelihatan Akim dan Shamil tergamam. Akim mengenggam buku limanya, geram! Kenapa dia kacau Stacy!
“kau nak apa mila?”,soal Stacy sinis. Kawankawan Mila yang lain tertawa sesama sendiri. Mila menampar muka Stacy! PARRGH! Stacy tergamam, terkejut! Airmatanya mula bertakung, bukan takut, tapi terasa terlalu hina, tersiksa. Akim dari jauh berlari kearah Stacy dan Mila.
“puas?”, soal Stacy kepada Mila dgn lembut sambil berlalu. Akim kini dekat dgn Stacy.
“awak? Nak tampar saya juga? Ke nak tendang saya pula?”, Stacy memandang Akim dengan linangan airmata! Sakit. Akim memegang pipi Stacy yang merah lambat-lambat. Hangat terasa. Stacy memandang Akim , mata mereka bertaut. Akhirnya Stacy melepaskan tangan Akim kasar.
“semua orang kat U ni sama, dan awak kepalanya!”, Stacy berlari menuju ke toilet!

“hey mila !”, Akim mendekati Mila.
“Ye saya, macammana? Terer taka q toche budak tu?”
“hey, kau boleh buli budak lain tapi jangan dia, dia bahagian aku!”
“haha! Bullshit~ kau awas! Kalau kau jatuh cintan dengan budak tu, kita putus kawan!”, ugut Mila kepada Akim. Sememangnya sebelum ini Mila dan Akim selalu bergabung untuk membuli freshie, tapi bagi Akim , Stacy bahagiannya. Dia sahaja berhak keatas Stacy!

DIDALAM toilet, Stacy menangis sepuas-puasnya. Terasa berat di hatinya. Dia terus mendapatkan i-phone nya, didail number mummynya, Pn.Agnes,
“mummy!”, kata Stacy sedikit menjerit, ada getar tangis di suaranya. Pn.Agnes menasihati Stacy dengan selembut-lembutnya. Memujuk hati anaknya yang lara. Ternyata pujukan seorang ibu itu memang berkesan. Bagi Stacy kini Akim dan Mila musuhnya ! Penjahat! Di luar Akim menunggu Stacy dengan tekun, dia begitu risau. Dia mahu menjelaskan segalanya, dia Cuma ingin menolong sebentar tadi , taksangka pula Stacy salah faham!

Hanyunan kaki comel Stacy lambat sahaja keluar dari toilet. Spek mata empat seginya dipakai, Nampak kecomelannya seperti budak sekolah! Pabila saja Stacy keluar, dia sudah melihat Akim berdiri kaku di sebelahnya. Akim yang menyedari kehadiran Stacy segera memegang tangan Stacy. Stacy merenung tajam genggaman tangan Akim, lama, tiada suara. Akim yang faham melepaskan genggaman itu.

“Stacy, are you okay?”
“buat apa awak nak taw, bukankah awak yg rancang benda ni dengan c mila tu? Jangan buat muka suci dengan saya!”, stacy memarahi Akim dah terus mengambil sejumlah wang . Akim terkedu.

“Mulai hari ni, awak jangan dekat dengan saya lagi, awak jangan kacau saya lagi, awak jangan cubacuba nak sentuh saya lagi, cukup semua ni, cukup!”,Stacy meletak wang sejumlah rm500 ketangan Akim. Stacy berlalu pergi, hatinya cukup sakit , bukan niatnya untuk membenci Akim malah dia kagum dengan Akim namun perangai Akim cukup mehiris jiwanya.

SHAMIL memandang Akim yang termenung sejak tadi.
“kim, relaks la, macam takpernah kena buat macam ni”
“dia ni lain la mil”, Akim mengeluh.
“aku ada idea”,
“huh?”
“dia benci kau sebab apa?”, dahi Akim membentuk kerutan.
“sebab aku jahat?”, Akim meneka.
“yes! Jahat sinonim dengan?”
“hey sawit ! kau ingaat ni kelas Bm ke? Nak main sinonim akronim. Hish!”
“sabar la mangkuk! Jahat sinonim dengan jahat la..”, Shamil tertawa.
“hahaha , jadi, apa point kau kat sana?”, Akim bertanya.
“nak jinakkan si budak kecik tu mesti guna cara jahat juga! Hehe”, Shamil tersengih-sengih melihat Akim.
“kau teruskan aktiviti mengacau dia, tapi jangan kasar, biar dia rasa selesa dengan gurauan kau baru kau masuk jarum!”, Shamil menambah.
“bijak juga kau kadang2 ek”, Akim teranggukangguk.
“siapa dulu? Shamil!”, Shamil mengikut slang Indonesia yg slu d lihat d sinetron.

Kertas a4 berwarna biru kini tepat berada dimeja Akim. Di dalam kertas itu jelas tertulis ::

1) Kacau sbb dtg lmbt
2) Sakitkan tangan dia
3) Tarik rambut
4) Malukan dia
5) *curi pencil’s bag dia yg kaler pink-purple
6) *sweater princess dia tu mesti kita culik! Hehe

“oke akim, ni list aku dh buat untuk kau, ada dua tugasan baru”, Shamil
berkata.
“astgfllh, kau nak suru aq mencuri?”
“bukanlah , nanti bg balik lah, ish, ish, ish!”

Akim tertawa, rasanya berat untuk mengenakan Stacy lagi. Tapi itu sahaja caranya dapat dilakukan.

4 comments:

  1. saya suka bila Mila jadi watak jahat !HAHA*
    dafi tak datang jadi penyelamat ke ? :P

    I'm waiting for the next episode !

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. sy suke betul laa mila yg jd jht...good2 penulis yee...hehe...

    ReplyDelete
  4. mmg geram watak mila dlm nih..!!!

    ReplyDelete