kimcy lover, tekan sini !

Tekan like

Thursday, January 27, 2011

jahatnya cinta part 3


Sekotak coklat kemas dalam genggamannya. Bag converse berwarna baby blue jelas kelihatan disebelahnya. Nubhan menanti penuh sabar. Kemanakah gadis kecik ni pegi? Argghh! Rungut Nubhan sendiri. Takut-takut juga kalau Mila ternampak dia berada di sini.

Dari jauh Stacy memerhatikan Nubhan . Dia bingung. Apa tujuan c jejaka yg memakai baju pink ni duduk dekat dgn begnya. Stacy mendekati, spek empatsegi Stacy di buka. Langkah kakinya teratur.

“yes? Sorry. This is my place.”,
“ada cop nama awak ke kat sini?”, Nubhan berjenaka. Lalu Stacy merenungnya tajam lantas dia mencapai begnya. Namun tangannya ditahan oleh Nubhan.
“sorry, just kidding. Hehe . your place..”, Nubhan berdiri memberi ruang pada Stacy.
“ni untuk awak”, Nubhan mengeluarkan coklat itu.
“ouh, thanks but saya taksuka coklat..its okey, u boleh bg org lain . xpe.”, Stacy memberikan senyuman yg ikhlas. Itulah hakikatnya Stacy tidakberapa gemar memakan coklat. Tibatiba Stacy tersedar sesuatu! Pencil’s bag Stacy hilang!
“hey ! mana Pencil’s bag saya?”
“eh, tadi saya dtg mmg xda pa2 pom kt cne, just bag awak n file ni”
“eerrr..geramnyaa! mesti keja budak jahat tu! Arghh! Tepi!”, Stacy menolak Nubhan dan terus mencari Akim.

Hampir setengah jam Stacy mencari Akim, namun bayang Akim pun tidak kelihatan. Keheningan suasana pagi semakin mencengkam. Stacy duduk di suatu sudut meredahkan penat berlari.. Tibatiba..

‘terpegunku melihat kamu..berdetak hatiku memandangmu..dan terus datang mencoba adakah hayalku menjadi nyata..’, suara budakbudak jelas kedengaran. Stacy cuba memasang telinga..
‘mungkin inikah yg d namakan cinta..hati gembira rasa.bila kau kata cintaa’, Stacy tersenyum sendiri, dia meneka yg menyanyikan lagu itu pasti kanakkanak yg berada dalam lingkungan 4-6 tahun. Comel sungguh suaranya ! Stacy memberanikan langkahnya merenung keluar pagar mini di belakang fakultinya.
Langkah diatur dgn teratur. Dengan sedetik sahaja mata Stacy betul2 merenung tajam kearah sekumpulan kanakkanak jalanan yg duduk bersila , semuanya memandang seorang jejaka yg sedang memetik gitar sambil menyanyi bersama. Mata Stacy tidak lekang melihat mereka. Pondok kecil itu betul dikerumuni oleh kanak kanak yg comel. Selesai sahaja kanakkanak itu menyanyi, mereka bertepuk tgn beramai-ramai. Stacy tersenyumm.

“okey, korunx menyanyi dah agak oke skrg. Xmcm dulu dah. Ada kemajuan. So, sbgi hadiah, abg nak bagi ..... tadaaa!”, Akim mengeluarkan Beberapa ice-cream yg d letakkan d dalam satu box putih di blakang nya ! CORNETO!
“Thank u abang ! thank u!”, salah seorg dari kanakkanak itu mencium pipi jejaka itu!
“bang, ni abg punya ek? Asal mcm permpuan punya je, baik bg saya je.. hehehehe”, seorang budak perempuan bernama Mia menegur satu beg pensil yg kemas di sebelahnya.
“ini? Ini takboleh la sayangg”, dia membelai rambut Mia. Dikejauhan Stacy memandang beg pensilnya. Terkejut! Terkedu! Ingin sahaja dia mengambilnya sekarang, namun kanakkanak riang itu seolah-olah mnjdi banteng penghalang utk dia meyerang! Rupanya kau yg amik beg pensil aku..dasar budak jahat! Jaga kau Akim!

“kenapa tak boleh?”, Mia terus menyoal. Pipinya yg gebu kemerahan. Senang dipandang.
“ni gepwen abg punya!”, tersenyum Akim menyebut perkataan girlfriend yg jadi gepwen. Hehe.
“haha. Gepwen? Xsalah kan bagi Mia, abg ng dia belom kawin pom, kalau dah kawin , barula xble bgi Mia! Hehe”, pnjg Mia menjawab :O)
“takboleh la sayangg. Sbb abg tahu dia syg beg pensil ni, kalau abg bg korunx beg pencil ni mesti dia sedih. Kalu dia sedih mesti abg lg sedih tau!”
“kenapa abg xpena bawak dia jmpa kitaorg?”, kini giliran Afiq pula bertanya.
“urm. Sbb dia taktahu abg sukakan dia.”, Mereka semua tergamam. Stacy yg mencuri dgr juga tergamam.
“Kesian abg. Abg baik tapi kenapa gepwen abg xtahu abg suka dia. Ish3, abang, abang usaha taw! Kitaorg support abg.. hehe , abg, abg, abg, citerlah ng kitaorg psl dia, nama dia, mcmna orgnya..”, Mia bijak berbicara.
Akim tersenyum. “oke..nama dia Stacy, dr Sabah. Dia seorang y very-the-happy go lucky! Comel lps tu sgt manja, baik dan suka kaler pink! Hee. Dia ni baik tau, sesuai jd kaka korunx. Hehe,”
“perangai yg abg suka psl dia?”
“dia seorg yg gelabah! Cpt nerves! Hehe, abg suka tgk dia mcm tu, nmpk comel sgt.. kalau boleh abg nk jd prince charming dia slama-lamanya=)”
“prince yg akn selamatkan princessnya dr terus dlm kegelisahan wlu dlm apapun keadaan..:)”, haziq menambah smbil tertawa.
“lagii.. prince yg Nampak jahat tp sebenarnya baik dn syg princessnya!”, Mia menambah lagi. Kemudian kanakkanak itu beramai-ramai berkata..
“PRINCE YG AKAN MENYAYANGI PRINCESS NYA SELAMA DIA MASIH BISA BERNAFAS!”, bersemangat kdgrn bunyinya. Itulah janji Akim kpd budak2 ini, sekiranya dia berjumpa dgn pujaan hatinya, dia akan mnjdi PRINCE YG AKAN MENYAYANGI PRINCESS NYA SELAMA DIA MASIH BISA BERNAFAS!.

Stacy terkedu. Nampak keikhlasan dimata Akim. Rupa-rupanya Akim mencintainya. Semua yg dilakukan Akim Cuma sandiwara utk mendekatkan diri dgnnya.


“eh, cy, baru pulg, dr mana ko ni ? sjak pagi xpulg2.”
“urm, aq stay kat library”, jawab Stacy smbil menguap.
“aku mandi dulu k cy,”, Stacy mengangguk pantas . Stacy merenung kea rah Teddy Bear berwarna pinknya. Dipeluk erat sambil menghenyakkan tubuhnya diatas tilam yg empuk. Fikirannya menerawang sendirian.

Apakah benar wujudnya cinta pertama? Aku seolah terkedu dalam lamunan cinta ini. Kenapa aku ego menafikan cinta yg ada? Satu demi satu persoalan menghimpit diriku, aku seolah terhimpit dlm satu ruang waktu yg menyiksa. Seorang budak jahat yg aku anggap sebagai seorang yg membenciku rupanya adalah org yg mencintai aku! Aku seolah terasa kerdil, memperalatkan cinta yg cuba disampaikannya dgn sifatku satu. Akim, jelaskan padaku, wujudkah itu cinta pertama? Takdir seolah cuba menyatukan kita, dan aku? Aku pula seolah menidakkan takdir. Kenapa engkau begitu sukar meluahkan segala apa yg kau rasa. Kenapa kejahatan itu juga yg kau pamirkan? Inikah yg d namakan jahatnya cinta? Aww. Aku bingung , perlu petunjuk. Luahan hatimu tadi seolah membuat aku termati dlm lantunan rindu padamu. Keikhlasanmu mencairkan ku. Tapi aku tahu kau bukan seorang y mudh meluahkan perasaanmu. Andai itu takdir kita, terperuk dlm kejahatan cinta itu sendiri, berikan aku peluang Akim, peluang untuk menyayangimu. Aku tidak tahu kenapa perasaan ini seolah terkilan, seolah menderita. Sedangkan antara kita sebelum ini tiada istilah cinta! Tapi..dgn sedikit penjelasanmu td membuatkan aku semakin yakin, cinta kita bertaut tp masih belum terungkai. Dan kau, juga aku, bukan merungkai ttpi kita seolah menyerabutkan lagi rangkaian cinta ini. Akim, benarkah ini cinta? Argh. Aku buntuh. Maafkan aku andai aku bukan untukmu..


Stacy, nama yg cukup sempurna. Tersimpan sejuta cinta didalam nama itu, cukup membuatkan aku bahagia. Meluahkan apa yg terbuku tadi, membawa aku terus dlm hempukan cinta yg menggigit. Aku seolah kalah! Kalah mendapatkan cinta Princess Charmingku. Aku sudah menipu diriku, selama 3bulan sudah aku mengenalinya, hati gembira terasa namun tiada berani dilafazkan dgn katakata. Orang selalu mengatakn bhwa cinta dan kasih syg itu tdk semestinya d lafazkan dgn kata2, tapi bgku andai cinta itu tdk lafazkan bgimana kita mmpu merungkaikan hijab cinta itu sendiri? Bermain dgn realiti , itu yg cuba kugapai. Aku lemah andai dia lemah. Aku cuba untuk kuat andai dea mampu kuat.

Dulu aku sempat meragui karamah cinta sejati namun kini, aku kalah, dan aku mengaku, ternyata cinta pertama lg sejati itu mmg ada . tinggal kita yg harus tahu cara bagaiman hndk membuka simpulan itu. Yg pasti simpulan itu terikat mati, ia Cuma mampu d buka oleh apa y d namakan cinta.. Arghh, pwinces ku cayunq kenapa susah utk aku mengatakn, “saya suka awak?”

Susah sangat2. Sedangkan aku menginginkan cintamu, kasih sygmu . kalaulah semudah makan ice cream cornetto utk melafazkan ayat itu, psti ak akan lakukan tiap hari, Cuma aq belum ada keberanian yg mmpu mendorong aku. Cinta kita ibarat koma, tidak permulaan dan yg pastinya tiada terakhir. Aku takut memulakannya dan tidak pernh mahu mengakhirkannya. Aku tidak mahu menipu diriku sendiri, tiada lg kejahatan untukmu. Aku akan jadi Afiq Akim apa adanya. Sejuta cinta Stacy, sukar utk dicapai~ hmmm.

Malam terus tekun menyaksikan dua insan yg sdg ingin bercinta ini bertanya serta menjawab persoalan cinta yg membuku.


Rancak sahaja kakinya melangkah. Dihatinya mula gelisah, berdebar! ARGH ! kenapa pengakuan si dia semlam membuatkan aku gugp utk berjumpa dgnnya! Aku mesti dptkan beg pensil tu. BEG PENSIL- pemberian mummy stacy yg paling berharga bukan dr segi harga tp kenangannya. Kini Akim & rakan-rakannya berada dihadapan Stacy, tetapi mereka tidak menyedari kehadirannya disitu

“Awak”, gugup Stacy meluahkan katakata. Matanya memandang Akim dan rakanrakan Akim y berada di cafe. Angin meniupkan rambut Stacy yg panjang, menampar2 pipi Stacy yang putih. Akim menoleh.
“ye”, ringkas Akim menjawab sambil berdiri berhadapan dgn Stacy.
“bagi balik beg pensil saya!”, tiada renungan untuk Akim.
Rakanrakan Akim yg lain tertawa rancak tapi tidak pada Akim.
“cy, manda kitaorg curik pencil case kau, agak2 la wey.”, kata Shamil smbil tertawa.
“akim, bagilah .”, Stacy memberanikan dirinya memandang Akim.
“saya tak ambil pencil case awak”, Akim merenung Stacy sedalamnya.
“saya tahu lah awak yg ambil, cpt bg balik!”
“saya tak curilah awak, saya tak curi brg awak.”
“kalau awak takcuri siapa lg? Saya tahu la. Don;t waste my time!”
“saya takkan mencuri la!!”, agak kasar nada suaranya.
“kecuali bila saya perlu mencuri”, kali ini nada suara Akim seolah berbisik.
“kan? Cuba aku bgtau saya, bgtau saya skrg juga, benda apa yg awak nk sgt smpi buat awak perlu mencuri ha ? xkan..” ,belum sempat Stacy meneruskan katakatanya, tibatiBA Akim memotong..
“hati awak”, Stacy terkedu mendengar kata2 Akim. Nafasnya seolah tersekat.
“saya akan curi hati awak andai saya takdapat hati awak”, Akim merenung Stacy dalam harapan Stacy jg mempunyai perasaan yg sama dgnnya. Stacy tergamam, dahinya membentuk kerutan-kerutan cinta! Orang disekeliling mereka diam tanpa bicara. Akim mengeluarkan pensil beg Stacy dari begnya.
“nah~ saya tau benda ni penting untuk awak, sorry”, Stacy mengambil pensil beg itu dan terus berlalu, airmatanya bergenang.Akim menghela nafasnya berat, terasa ketat, tapi lega. Akhirnya dia mampu meluahkan kata itu wlupun Cuma berkias, itu sudah cukup untuk tidak terus menyembunyikan perasaanya. Sebelum Stacy berlalu lebih jauh, Akim memegang tangan Stacy, kali ini pegangannya lembut, tidak kasar! Sentuhan cinta~

“saya minta maaf awak”,
“its okay”, Stacy berlalu. Malu!

Butir bicara lecturer di hadapan Stacy seolah tidak kedengaran, pendengarannya masih terperangkap dgn suara bisikan akim,’hati awak’.. ayat itu berulang2 kali bermain di benaknya. Terasa sampai ke jantung! Dia gembira, tapi tidak bijak mentafsirkn rasa bahagia itu. Indahnya cintaaa... ya! Dan jahatnyaa cinta! Stacy membuka beg pensilnya utk mendapatkan pen. Dia sekali lagi terkedu, beg kecil ini dipenuhi dgn kertas yg dikoyak rabak!
“kurang hasam punya budak! Dia main2 kan aku?”, Stacy mengambil semua kertas itu dan mahu membuangnya. Namun, tangannya tiba2 terhenti! Dia terbaca sesuatu dari cebisan koyakan kertas itu..
‘princess charming saya..saya selalu rindu airmata awak..! Nangis la lagi! Nagiiss.. cengeng!!’
Stacy terkejut! Dia mengambil lagi cebisan koyakan yg lain.
‘princess charming saya.. saya suka bila tgk awak marah! . so, marah lg tau?!’

JAHATNYA AKIM NI!

‘princes charming saya.. saya taksuka bila awak happy! Jangan happy lagi tau!’
‘princess charming saya, saya suka bila tgk awak kena tarik rmbut.. nantikan saya tarik rambut awak lagi kay?’
‘princess charming saya .. saya suka bila awak tolak pemberian Nubhan..ala..yg coklat tu.. saya suka! Boleh bla la Nubhan..awak sakitkan je hati Nubhan tu..xkisa pom’

“ERGG!”, Stacy mengeluh. Kini stacy mencapai helaian yg terakhir, yg lebih besar dr cebisan2 tadi

Stacy meneruskan bacaan sehingga habis kuliah, dia memgg kertas itu smpi ke luar dewan smbil membacanya.

‘saya suka bila awak nangis, sbb bila awak nangis saya nak jadi org yg selalu lapkan airmata awak. Saya taknak org lain, awak.saya suka bila tgk awk marah, sbb awk nmpk comel sgtt,biar org lain nmpk awk marah mcm monster, saya tak, saya nmpk awk comel je. Biar saya sorg je tau yg rasa kecomelan awk! Saya xsuka bila awak happy, sbb saya xnak awak happy ng org lain, biar awak takhappy! Kalau nak happy harus ada saya! Hehe . saya suka tarik rambot awk sbb saya tahu tkde org brani tarik rmbut awk kan? Saya nak jadi penarik rmbt awak yg setia, sudi? Saya suka bila awk tolak pemberian Nubhan, sbb dia xlayak tuk awak, saya je layak utk awak!’

Stacy terkesima! Akim kini berada ddepannya. Terasa bahagia.

“sorry la awak,saya terpaksa pentingkan diri”, Akim mengusik Stacy kerana dlm kertas itu td seolah-olah Akim mementingkan dirinya.
“pentingkan diri untuk princess charmingnya taksalah kan?”, Stacy tersenyum. Mata mereka bertaut. Mungkinkah simpulan yg tadinya mati kini sudah terungkai? Jahatnya cinta. Kejahatan yg terungkai disebalik cinta nan suci.
Hari ini ...

Lamunan Stacy tersentak! Baru dia sedar, dia kini berada di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah. Terlalu lama agaknya fikirannya menerawang mengimbas kenangan indah bersama Prince Charmingnya. Namun, kasih mereka tidak kesampaian, ada halangan ditengahtengah. Kadang-kadang airmata Stacy tidak segan mengalir, rindunya pada Akim membuak-buak . Namun , apakan daya mereka tidak mungkin bersatu. Perpisahan mereka sememangnya tiada permulaan, Akim mengakhiri cinta mereka tanpa tanda.

“cy..boleh aku masuk?”, Acha berdiri didepan pintu bilik.
“Masuklah”, dia mengelap airmata yang mengalir, terasa berat seluruh perasaannya.
“kenapa cha?”, stacy menyoal.
“takde pape, just nak tengok kau, kau okay tak?”, Acha memandang Stacy sayu. Dia faham benar perasaan Stacy kala ini.
“Aku rindu Akim, cha”, Stacy mengalirkan airmatanya untuk kesekiankali. Acha tekun mendengar.
“tak sangka akhirnya begini cerita kami, aku yang bodoh! Kenapa berharap dengan orang yang tak pernah sayang ngan aku. Aku ingat dia Prince Charming aku rupanya dia ..PENIPU!”
“Cy, sabar cy, bawa bertenang, bukan niat nak tipu kau, keadaan yang memaksa, memang korang takda jodoh, nak buat macam mana”
“keadaan? Sekurang-kurangnya bagi aku tanda acha. Jangan biarkan aku mcm layang2 yg putus tali. Kau tau tak derita tunggu dia hari2? Tunggu dia sms aku, tunggu cinta dia. Sakit..”, airmata Stacy tidak segan mengalir, pedih.
“cy, sabar ye. Kami ada ngan kau, selalu ada untuk kau”
“tima kasih cha. Kerana selalu ada untuk aku”

Dari jauh Aril dan Hafiz masuk.

“stacy, jgn terlalu mgharap Akim balik ngan kau, tu takmungkin tau”, Aril membuka mulut. Stacy terkedu memandang Aril!
“aku cuba menghadapi kenyataan ril tapi aku gagal melawan perasaan aku. Aku selesa begini.”
“cy, cuba kau bukak hati kau tu, fikir masa depan kau, takmungkin kau dpt balik ngan Akim. Akim dah ada orang lain!”. Mulut Hafiz terlopong! Apa kejadahnya ni ?
“Apa?”, tenang Stacy bertanya.
“cy, masa memisahkan korunx cy, Akim dah memilih jalan hidupnya sendiri, kau pulak kena teruskan hidup kau”
Stacy rebah ke kerusi yg mana tadinya dia berdiri. Akim , kenapa? Selepas kau beri aku ‘kentang cinta’kita, lps kau janjikan , ‘istana potato’ utk aku, n slps kau tawarkan aku jadi princess charming kau, kau pergi dgn org lain? K.e.n.a.p.a ?


“Abg Akim”
“ya Mia?”
“Abang sampai bila nak jaga kami kat sini? Abang kena cari kak Stacy ballik tau, jgn musnahkan masa dpn abg..”
“abg akn ad sini smpi bila2, smpi semuanya selamat, abang taksanggup tgk Mia..”
“abang..abg dh byk berkorban...maafkan Mia..”

7 comments:

  1. sgt sweet..sgt2 suke ayt dlm nie....alangkah besh kalo cite nie djadikan cerita...akim n stacy lakon...besh yee..:D

    ReplyDelete
  2. betul jugak tu Noni...kita buat drama...pelakonnya yg ada dalam novel ne lah!!pasti hit punya!!

    ReplyDelete