kimcy lover, tekan sini !

Tekan like

Sunday, February 27, 2011

Jahatnya Cinta part 7

Awan berarak mendung , kelihatan berona kehitaman di atas kepala kepala manusia. Sang katak juga rajin melalak untuk memanggil sang hujan turun menimpa bumi. Belum sempat hujan dari langit menuruni menimpa bumi, hujan gelenjar airmata Stacy sudah mengalir perlahan lahan. Dia kini sedang duduk menghadap pantai kampung inang nan indah ini. Rindu, itu dirasakan kala ini.
            “aduhh miaaaa! Akak taktahan la macam ni..”,Stacy menjerit sambil menutup mukanya ! Mengeluh tiada habisnya!
            “sabar la kak, akak juga yang pilih nak kerja kat sini, kena tanggung lah . haha.”, Mia membelai belakang Stacy lembut, lagaknya tidak ubah seperti orang dewasa.
            “akak rindu sangat dengan dia mia. Rasanya kan, kalau akak jumpa dia nanti mesti janggal kan?”, Stacy memuncungkan mulut sambil memandang Mia yg sedang menconteng sesuatu di atas gitar buruk yg dulu pernah dimainkan olh Akim untuknya.
            “janggal ? kenapa pula? Dulu masa abang Akim datang sini tu, akak okay je.. siap peluk peluk lagi hokey !”, luah Mia sambil tertawa.
            “haha. Ish, Mia tu lain la. Tu surprise n mmg tak terfikir nak malu2 lagi.. pastu time tu kan masi zaman muda mudi gitu. Haha. Boleh pkai tak alasan?”,
            “chooii ! urm. Betul juga bha. 2bulan lebih takjumpa , mmg janggal kali tu. Tapi.. persoalannya , bila kakak maw jumpa abg Akim?”, Mia menggaru-garu kepalanya yg tidak gatal. Stacy tertawa memandang gelagat Mia.
            “urm. Tak tahu lagi ni mia. Aduh, segannya maw jumpa dia nanti. Taknak jumpa la”, Mia terus menoleh kearah Stacy! Tertawa !
            “amboi, kata rindu tapi taknak jumpa”
            “Er.. ntah lah Mia. Macam akak malu sangat nak jumpa dia, aduii, dulu2 slumber je kan, skg ni alahaii.. T_T”
            “urm.. steady la kak.. itu dinamakan cinta ! ngee”, Stacy tersenyum memandang Mia dan terus ingatannya menerawang mengingat Akim. CINTA.
            “kak, kak dira nk pi johor kan? Buat pa kat sana?”, soal Mia kehairanan.
            “dira? Urm. Dgr kata study kat sana, dapat tawaran”
            “oh ya? Nanti Mia besar nak blaja sungguh2 !”, Stacy tersenyum memandang Mia.Sayang sungguh dia pada Mia, Mia umpama adik kandungnya sendiri, ada tika susah dan senang. Sanggup mendengar luahan hati Stacy walaupun kadang2 Mia sendri masih tidak mengerti apa hakikat hidup yg sebenar. Stacy meluruskan jejari nya, dia senyum memandang cincin berwarna perak di hadapannya, lalu dia dia tersenyum. Adakah itu senyuman rindu ?

* * * * *  * * * * * * * * * *

Akim melepaskan rengusan kasar, dia menghumban pen yg dipegangnya d meja. Fail-fail dimejanya mula bertaburan. Fikirannya kusut. Malam sudah semakin larut namun dia masih berada di studio melaksanakan tugas tugasnya.
            “argh! Tensyen ! penatt !”, luah Akim.
Akim memandang lurus didepan meja memandang i-phone berwarna oren nya. Dia mendapatkannya dan terus menatap wajah princess charmingnya yg tertera.
            ‘urm, lama tak kol dia..’, Akim mengaku rindu namun kerja memanjang kadang2 mengehadkan hubungan mereka. Pantas jejari akim melaksanakan tugas untuk mendail pwincesh kesayangan Akim.

            “hello..”, lembut suara Stacy berbicara. Bergetar jantung Akim mendengar suara si Cik Ketot !
            “haliuuu pwincesh ketot!”, Stacy tertawa kecil di talian, suaranya seperti tidak teruja menerima panggilan dari Akim namun hakikatnya dia SANGAT GEMBIRA TAHAP GABAN
            “sampai hati ..”, Stacy mengecilkan suaranya, merajuk!
            “alala. Napa nie?”,ucap Akim memujuk.
            “awak la. Sibuk memanjang, sampai dah lupa saya kat sini..”, luah Stacy.
            “hehe.. ouh... ni mesti kes rindu ni kan.....”
            “rindu? Urm..maybe~”
            “alahai.. dah lama kapel pun still ckp MAYBE ke ?”, Akim mengusik Stacy, stacy tersnyum sampai ke telinga.
            “okay3.. saya ckp YES. Boleh?”
            “YES apa?”, Akim terus mendesak Stacy utk mengatakn YES, I MISS U , AKIM       
“yesss la.. yess.. yg tadi tu..”,
            “tadiiiii?????????”, Stacy mengetap bibirnya mendengar bicara Akim. Ish Akim ni ! Pura2 takfaham pula, err, geram taw !
            “ok. Saya pun rindu awak.”, Stacy membuat muka semasa meluahkan itu. Alahaiii, malunya nak cakap.. errrrrrrrrrrrr...

Akim tersnyum bahagia mendengar ucapan Stacy.  
            “HAHA. Finally ! heee~ saya selalu igt , selalu rindu awak taw.. tp lately ni faham2 la mmg sibuk sgt,”
            “oh yekew?awak jaga kesihatan, jgn keja byk sgt.. nti sakit..”
            “aik? Sayang juga awak kat saya kan?”, Akim terus mengusik Stacy.
            “hehe.. haruslah sayang.. awakkan ...”
            “aha.. saya??”
            “err.. awak..kan... Putera Pujaan Hati saya!”
            “ouhh, kalau saya Putera Pujaan Hati awak, awak pula..emm.. Puteri Cinta Hati saya !”
            “hmm.. xnaklah, saya nak jadi pwincesh ketot gak !”
            “hahaaa. Okey, itu pasti! Awk je yg akan jd pwincesh ketot akim selama lama lama lamanya... “

Stacy tersenyum bahagia.
            “awak janji?”
            “awak.. sekali kita dah sayng org tu dgn sepnh hti, selamanya dlm hidup kita , kita takkan pernah lupakan dia”, lembut suara Akim sungguh menggetarkan. Satu persatu ungkapan itu meresap ke jiwa. Kata kata cinta membuai rasa, namun ada ragu tersimpan didalam tapi selalu bijak disembunyi.
            “walaupun takdir memisahkan?”
            “awak...satu je saya nak minta ng awak, pliz, jangan ragui cinta saya..”, suara Akim seolah berbisik. Stacy rasa bersalah menyoal soalan yg menyinggung perasaan Akim. Stacy terdiam sejenak, terasa sampai kehati luahan hati akim. Luluh hatinya mendengar luahan seorang kekasih kepada kekasih, jangan ragui cinta saya.. T_T this was so sweet! Terima kasih cinta !
            “tak..”
            “hmm..”
            “cinta awak takperlu diragu sbb..”, Akim tekun mendengar butir bicara Stacy dikejauhan.
            “sbb cinta awak kat hati saya kan..”, Akim senyum sepuasnya di talian, rindu dan cinta membuak-buak. Dia terus mengubah topic perbualan dengan nada suara yang ceria sedang hatinya betul betul derita merindu.
            “rindu sgt tau ngan awak ketot!”
            “ish. Ketoot ! ketoot !”
            “awak masih lg ketot ke? Atau dah tinggi dah? Haha”, soal Akim dgn manja.
            “urm.. makin ketot laaa”, Akim tertawa besar mendengar jawapan Stacy.
            “asal makin ketot?”, soal Akim.
            “urm.. takdew baja potato kat sini nak baja saya supaya jd tinggi..tu la ketot je”, Akim tertawa lagi. Haha.
            “awak dtg la kat Johor ni, byk baja ! baja cinta lagi tau!”
            “cinta? Wah! I liokee! Mahal tak?”
            “kalau awak ada password pwincesh charming, free je”, giliran Stacy pula tertawa. Rindu sedikit semakin terubat.
            “urm. Okay ! nanti saya try!”
            “eh! Awak ada password kew? HAHA”
            “takyah password, kan baja cinta tu mmg saya punya =p”, Stacy terus berjenaka melepaskan rindu.
            “hahaa... mmg awak punya ! selamanya tuk awak sorang..”, luah Akim ikhlas. Stacy mengeluh, takut termakan janji. Janji demi janji ditaburkan demi sebuah cinta namun takut tidak berbalas , itu merupakan igauan buruk Stacy.
            “sudahlah bermain dgn janji..”
            “hmm”, AKim menyedari keresahan dihati Stacy, dia faham, tidak terus mendesak.
            “awak .. skg masing2 dah sibuk.. hm..”, suara Stacy kedengaran sayu. Akim menahan rindu di dada. Nada yg tadinya ceria bertukar sayu semula.
            “takpela. Kalau awak ingat saya time pagi kan... awak pandang langit, cari mana awan yg paling cantik, pastu awak luahkan rasa rindu awak kt awan, kalau awak igt sya time malam pula,..awak pandang langit, cari mana bintang yg paling terang, pastu awak luahkan rasa sayang awak kt bintang tu..”, Akim memujuk hati pwincesh yg juga derita merindu, Akim tahu itu.
            “ahaha, kenapa pula nk luah2 kan kat bintang n awan ni..”
            “sebab bintang n awan yg paling cantik tu akan hantar isyarat cinta awak tuk saya”, Stacy memejamkan matanya semasa mendengar kata-kata Akim, betulbetul meresap ke jiwa. Setiap katakata Akim membuatkan lautan rindu dihati Stacy terus dilanda ombak ombak cinta.

Malam ini terus diisi dgn celoteh cinta pasangan sejoli ini, namun bicara itu terhenti apabila suara Akim tidak berjawab. Alahai, pwincesh dah tertido agaknya . Akim tersenyum, dia yakin Stacy sudah terlelap. Dia bahagia, walaupun jauh, dia masih mampu menidurkan buah hati pengarang jantungnya dengan cintanya walaupun terpisah.

            ‘nunites pwincesh..’, bisik Akim untuk Stacy perlahan.

Cinta datang dan pergi. Sejuta cinta kau aku raih, sejuta cinta itu takkan ku lepaskan pergi walaupun seratus juta dugaan mendatang. Stacy, engkau cinta ,hati ,sayang ku.. inilah sayang ku.



Jaga diri baikbaik.. gonna miss you, dear. Kimsalam akim kay !

Adira mengetap bibirnya , suara Stacy masih terngiang-ngiang di telinga, rasa cemburu membara tatkala perkataan terakhir itu diucapkan. Akim? Huarggh.
Adira merelakan hatinya untuk belajar menerima hakikat bahawa Akim tidak mungkin akan jadi miliknya.

Pandangan mata Adira berlari ke sana sini mencari bayang Akim, belum muncul. Akim ditugaskan untuk mengambil Adira di airport. Rindu Adira pasti terubat sedikit demi sedikit kepada Akim. 

            “Assalamualaikum . ehem !”, akim menyapa Adira yg sedang mengelamun , tersenyum!
            “waalaikumsalam akim !!”, Adira kelihatan begitu teruja. Mahu saja dipeluknya Akim namun dia cuba mengawal dirinya. Fuhh! Memang control !
            “sorry lambat, akim ada keja cket tadi… dira tunggu lama ke?”
            “err. Takla kim. Baru ja”, Adira tersenyum senyum memandang Akim, sedikit peluh kelihatan didahinya, gemuruh berjumpa Akim? Wah !
            “urm, so, jom!”, Akim melebarkan tangannya seperti seorang pelayan yg member laluan kepada pelanggan, Adira tersenyum puas, bahagia, terasa dilayan seperti seorang puteri ! thanks Akim !

Sebelum Adira memulakan pembelajaran di Kolejnya, dia akan tinggal beberapa hari lagi di kampong Akim bersama keluarga Akim. Itu permintaan Stacy sendiri, meminta Akim memberi layanan yang baik untuk Adira.

            “oh, inilah Adira, kawan baik Akim kat Sabah tu. Lawa!”, Adira tersipu malu mendengar ucapan ibu Akim yang sedang duduk berhadapan dengan Adira di ruang tamu. Akim sibuk menekan-nekan skrin i-phone nya disamping mendengar perbualan mereka.
            “hehe makcik.. maafla makcik kalau menyusahkan..”
            “eh, takdala dira. Makcik kamu ni mesti suka juga kalau ada kawan baru kat rumah ni. Akim tu ! lagi suka!”, berpinar-pinar mata Adira mendengar ucapan ibu Akim, Akim seolah tidak mendengar butir kata ibunya, asyik sungguh ber’mesej’ dgn pwincesh !
            “haha makcik…takde maknanya!”
            “betul la dira, dira ni cantik, comel, sopan santun, sesuai dgn Akim!”, Mak Joyah, jiran sekampung Akim menampar bahu Akim setelah menyusik Akim dan Adira. Ibu Akim tertawa. Yang pastinya Akim dalam keadaan blurr, aduhh, mulut mak joyah ni kan , aishh !
            “takde maknanya mak joyah! Siapalah saya ni .. taksesuai ng dira.. haha! Kan dira?”, Akim tertawa kecil semasa menutur kata, Adira terguris dalam, terkejut dgn jawapan Akim. T_t

            “hem..”, adira mengiyakan shja tutur kata Akim.

Petang itu diisi dengan celoteh yang panjang, Adira bahagia dilayan seperti PUTERI dan Akim?

Semakin rindu …
Bilakah masanya?


Masa begitu pantas berlalu, detik detik rindu semakin menghuru harakan ruang rindu di hati masing-masing.  Hari ini, detik ini, cukup masa tiga bulan perpisahan disaluti cinta antara Akim dan Stacy......

            “wey! Penat wey~ rehat kejap! Ughh~”, luah Stacy kepada Acha. Acha memegang bahu Stacy dan ikut merebahkan punggungnya di atas rumput yg kehijauan.
           
Dengan nada yg tercungap-cungap, Acha menyoal..
            “wey, akim taw kew ko kat KL ne?”,
            “hemm.. tak!”,
            “apesal pla?”
            “takyah gtau laa. Nti dia sibuk2 lak nak g KL”
            “wey!”, Acha memukul kepala Stacy!
            “wey ! ko pesal wey!”
            “asal ko tak gtau dia! Dia tu kan dgn dira skrg, jgn biar dorg tu dekat sgt! Apedahh!”
            “hurm, takmungkin Akim mcm tu!”
            “I believe Akim but Adira? Oh no! Tak caya langsung beb! You better watch out, akim tu dah lah hensem, baik hati...”,
            “sudah ! Haha. Jangan puji Akim tu lebih-lebih, migrain aku ! haha”
            “but seriously beb, jgn biar Adira rapat sgt ngan dia. Hem...4 bulan! Bukn masa yg singkat hokey! Macam2 boleh jadi, i think bagus kau jumpa Akim di Johor”
           
Stacy melepaskan hembusan nafas yg berat, setiap kata2 Acha menusuk ke jiwa! Adira? Tolong ! Jangan jadi org ke-tiga, aku tidak rela ! tidakk !

            “hello!”, Stacy menoleh memandang suara itu. WOW !
            “hel...lo..”, dengan gagap Acha membalaskan suara yg menyapa itu, terkejut memandang seorang jejaka hensem, anak pemilik sebuah syarikat terkemuka berdiri dihadapannya. Muka yang macho serta suara yang menggegar jiwa membuatkan Acha terpegun tahap takingatdunia!
            “ingat saya?”, Shahir tersenyum memandang Stacy dan Acha.
            “wait.. let me remember... sha...hir..kan?”, ucap Stacy meneka!
            “tepat sekali! 100 markah utk awak!”
            “wah.. haha.. tak sibuk lak hari ni ek?”, Stacy memandang Shahir yg sedang duduk disebelah Acha.
            “urm. Tak! Heep! Ni kawan awak , name sape?”
            “saya? Saya Acha! U can call me , Chacha!”, Acha menghulurkan tanggannya untuk bersalam.
            “okay .. Acha.. n your frenz  satu lg tu mana ek?”, soal Shahir kepada Stacy.
            “who? Banyak sgt kawan kot!”
            “kawan you yang kat sabah!”
            “ouh, Adira?”
            “yes! Adira, putih2 , kecik2, cantik2”, tertawa Acha mendengar kata2 Shahir!
            “wey, dah la.. asal semua ciri2 dia semua yg baik je! Haha”, Stacy turut tertawa mendengar ucapan Shahir.
            “Sah! Mmg minat Adira laa ni kan?”, luah Stacy sambil mengangkat jarinya!
            “urm.. something like that~ hee”, luah Shahir sambil tersenyum puas !

ALahai Acha ! Melepas lagi.. haha!


Wajah itu kelihatan resah , gementar dan penuh cinta. Rasanya melihat orang yang paling kita sayangi sedang menanti dengan semangat cinta sangatlah indah. Kadang-kadang kemanisan cinta ini la penyebab cinta itu terlalu pilu andai ia terpisah, apatah lg terputus. Aku takut pada cinta ini tapi aku tidak mampu menolakataupun membuang rasa ini jauh, cinta aku pada Akim terlalu utuh sehinggakan aku terlalu lemah untuk melepaskan dia, setiap hari bayang2 hitam menerjahku memaksaku meninggalkan Akim, tapi berbekalkan bayang2 hitam itu juga aku menempuhi hari hari ku dgn kamu, Akim. Mungkin tidak pernah aku zahirkan rasa cinta ini, tapi Akim, bacalah hatiku dgn rasa cinta yg paling dalam, Aku mencintaimu walaupun apa yang terjadi.

            “cy? Pi lah tegur dia!”, Stacy mengangguk pantas, hatinya rindu, sebak melihat Akim berada di depan mata, resah juga tapi gembira!

Hanyunan kakinya lemah dan bergetar, getaran rindu? Akim mengeluh di hadapan Stacy, Stacy tersenyum mendengar keluhan Akim yg sedang membelakanginya! Lantas Stacy memegang tangan Akim perlahan, lembut! Tangan kecil Stacy memaut jemari Akim. Akim terkedu! Tapi cincin di tangan kecil itu menguatkan firasatnya bahawa itu Stacy! Gadis yg dinantinya.

Akim menoleh kebelakang dengan rasa rindu dan cinta yang membuak! Aduh ! kuatkan aku !

            “hai..”, Stacy tersenyum memandang Akim!
            “haliuu budak ketot!”, Akim mencubit pipi stacy lembut. Stacy tertunduk malu. GEMENTAR TAK USAH CAKAP. STACY MEMILIH UNTUK DIAM ! SEGAN GILA KOT !

Acha, Hafiz dan Aril dari jauh melambai-lambai sambil tertawa memandang dua sahabat karibnya akhirnya bertemu setelah masa memisahkan mereka selama 4bulan! Satu trip ke Johor telah dirancang oleh bermeraka berramai-ramai untuk menemukan dua insan ini !

Sepanjang perjalanan ke rumah Akim,  Acha, Hafiz dan Aril tidak habis-habis menceritakan perihal diri dan kisah kawan2 mereka, Akim hanya mendengar dan kadang-kadang mengusik Pwincesh yang dari tadinya hanya tersenyum, ketawa dan mengiyakan, hurm, agak jelas perubahan. Kenapa? Akim berteka teki sendiri.

            “Adira mcam mana?”, terpacul soalan itu dari mulut Stacy!
            “hem.. okaylah.. mcm biasa n memang dia rapat ngn ibu la”, Akim menjawab soalan itu berhati-hati .
            “ouh! Rapat suda? Wah! Dah boleh jadi menantu la tu!”, Stacy memandang keluar tingkap selepas tersenyum memandang Akim.
            “hmm”, Akim mengeluh kecil, aduh, kenapa pwincesh ni! Adira? Takde papa la!

Adira .. adira.. kenapa lah ko ni jadi satu beban untuk aku? Kenapa ? ada kaitan ke ko dgn panggilan yang aku terima dulu? Aduh. Pening !

ACHA DAN STACY tidak mengambil masa yang lama untuk beramah mesra dengan ibu Akim, gelak tawa dan perasaan seperti anak sendiri dengan mudahnya wujud. Akim cukup senang melihat itu, itu pasti!

            “Adira mana makcik?”, tanya Hafiz sambil membuat muka paling comel! Akim tertawa memandang Akim.
           
            “Assalamualaikum”, ucap Adira dengan berbaju kurung kampung sambil masuk kedalam. Semua mata perlahan menoleh kearah pintu. Mereka menjawab salam Adira , mata Hafiz, Acha dan Aril melekat pada Adira, terserlah keayuan Adira! Akim tidak begitu teruja, mungkin matanya sudah tertutup untuk pwincesh! Stacy Cuma menoleh Adira seketika dan terus memandang air dihadapan matanya, cemburu membara. Akim hanya memandang Stacy , berdoa dalam  hati agar Stacy tidak berubah menjadi monster. Oh tidak!

            “Hai dira.. apa kabar?”, Acha menyalam Adira bergilir-gilir dgn Hafiz dan Aril. Dan pastinya Stacy terakhir.
            “ADIRA!”, ucap Stacy smbil memeluk Adira. Adira tersenyum , ntahkan senyum paksa atau tidak, itu menjadi tanda soal!
            “wah cy, makin gebu!”,
            “kau pun bah!”

            “WAH WAH CIK ADIK ! Silalah masuk ke dapur okey, masak ! perut cik abang dah lapar!”, Hafiz tertawa semasa mengucapkan itu setelah ibu Akim membawa Adira menyediakan makanan di dapur.
            “jomlah makcik!”, Stacy berdiri.
            “eh takpelah cy”, Adira menghalang dan terus memegang tangan ibu Akim. Stacy hairan!
            “AHA. Takyah la cy, biar makcik ngan dira ni buat. Dira ni mmg dah biasa buat kerja dapur..”
            “takpelah makcik, biar kitaorg bantu pa yg patut!”, Stacy menambah.
            “eh eh! Takyah susahkan diri, nanti kotor pula ko cy! Mahal tu baju!”, Adira memerli Stacy , memberikan peluru berpandu tahap 7. Amboi! Sejak jadi bakal menantu ibu Akim, potong line Nampak, Adira! Stacy mengeluh dan memalingkan mukanya, sesekali matanya memandang Akim meminta bantuan.
           
            “ibu, bawa je la Acha ngan Stacy tu..”, rayu Akim yang akhirnya dipersetujui ibu Akim. Stacy memang makan hati! Geram! Rasanya kalau takda manusia lain selain dia dan Adira, macam nak tendang minah ni !

Stacy menyiang ikan dengan tekun , kadang-kadang mulutnya petah berbicara dengan ibu Akim, Adira memang taksenang duduk, dirinya terasa dipinggirkan.  Akim dan Aril masuk kedapur dan Hafiz sibuk melihat-lihat keliling rumah Akim di kampung ini.
           
            “hmm.. wanginya !”  
            “choi! Menda yg wangi , masak pun belum! HAHA”, ucap Acha sambil tertawa !
            “baru c teet siang ikan, dah rasa wangi.. tuttt !”, Aril ketawa semasa mengucapkan itu, Ibu Akim yang tidak faham turut tertawa. Adira dan Stacy, keduanya sedang menyiang ikan. Hmm?
            “cy ! bukan camtu la siang ikan, tgk ikan tu dah...”, Adira menegur Stacy. Stacy melepaskan keluhan berat! Dia meletakkan alat penyiang ikan itu ketepi.
            “Nah! Ambik! Buat sendiri, aku ni semua tak pandai, potong bawang pun tak pandai.. ko je la buat..”, ucap Stacy perlahan sambil berpura-pura tersenyum, yang pastinya ibu Akim memang tidak mendengarnya!


Stacy menghumban-humban batu2 kecil kedalam kolam dihadapannya. Sakit hati ! Sakit ! err. Adira, you’re totally different! Err ~
           
            “BENCIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII”, jerit Stacy dgn sepuas hatinya, tiada org disekitar ini memaksanya untuk melepaskn tekanan yg membukit! Rasanya peluru berpandu yg diberikan Adira tadi hendak dibalas dengan BOM ATOM TAHAP 10 ! Namun, hasrat itu dikubur demi nak menunjukkan keikhlasan depan mak mentua! HAHA!

Akim dari belakang menggaru-garu kepalanya, bingung! First day pwincesh kat kampung ni dah stress. Aduh, adira ni pun potong line ! Akim mendekati Stacy perlahan lantas dia duduk disebelah Stacy. Stacy yg terkejut dengan kehadiran Akim langsung tidak memandangnya. Akim menolak Stacy dengan bahunya, lembut.

            “heyyy pwinceshh!”, Stacy memalingkan mukanya kesebelah. Malas nak tgk muka dia ! err. Nampak muka Akim muncul muka Adira! Aish!
            “awak...”, Akim pindah dan duduk bersila berhadapan dengan Stacy yg turut sedang duduk yg gaya yg sama. Alala..comel giler kot pwincesh majok! Meh ABANG AKIM pujuk! ABANG? TEET!
            “alala..mucuk2.. janla majok! Meh abang pujuk kay!”, ucap Akim sambil mengusik Stacy yg sedang muram mencuka. Stacy menahan ketawanya.          
            “chooi! Abang? Takblebla okay!”, terlepas tawa Akim mendengar respon pwincesh!
            “hahaha ... ble la.. abang! Cik taknak jadi adik saya?”, Akim memberi anak rumput kepada Stacy , sekali lagi Stacy menahan tawa! Aduhh... rumput? Lawaklah akim! Orang bagi bunga , kau bagi rumput!
            “taknak! Suh jew laa adira jd adik awak!”,
            “urm! Penat tau saya simpan baja cinta ni tuk awak sbgi hantaran nk jadikan awak adik saya!”, Akim menghulurkan satu frame kecil yang sangat ketot! Buntang mata Stacy! Terkejut! Adik ka abang ka, aku tak kisah suda!
            “errr”, Stacy nak menyambut frame itu tapi Akim cepat menyembunyikan frame itu kembali sambil membuat muka paling comel mengalahkan muka Hafiz tadi!
            “nak tgk!”,
            “takleh!”
            “asal lak?”
            “awak kan badmood!”, ucap Akim sambil tersnyum manja.
            “hrghh!”, rengus Stacy dengan kasar lantas memuncungkan mulutnya dan berhenti menoleh Akim.      
            “mcm la kitew tak badmood, minah sorg tu takhabis habis!”, luah Stacy. Akim tekun mendengar seolah-olah seorang kaunselor sambil mengangguk-ngagguk kepalanya.  
            “ISH! Org kata betul2 , dia main2 lak!”, Stacy menampar bahu Akim. C.O.M.E.L
            “err, sape main2 ? takdelah, tgh dgr ni...”, Akim memegang tangan Stacy, frame ketot tu sudah hilang entah kemana.
            “ala.. awak kena fhmla.. dira tu dah manja sgt ngan mak, bila awak syg dtg td mesti dia rasa agak terpinggir ka pa ke.. thats why dia mcm gelabah sgt tadi... jgnlah amik hati! Kalau nk amik ati gak, meh! Amik hati saya!”, ucap Akim sambil memposisikan genggaman tangan Stacy tadi dibawah dagunya! Kemanjaan Akim terserlah!
           
            “err...”, Stacy melepaskan genggaman Akim, rasa malu diperlakukan sebegitu rupa. Stacy tersenyum malu sambil memandang kearah kolam dibelakang Akim, Akim pun turut tersenyum setelah menyedari itu! Elehh, buat dek konon si ADIK ni, bisik Akim sendiri! Hee~

            “mana baja td awak nk bg tgk?”, Stacy mengubah tajuk, tidakmahu terus melayan perasaan segan itu.
            “urm..taknak bagi tgk laa. !”
            “err.. hmm.. takpelah!”, Stacy berdiri pantas dan membelakangi Akim namun Akim pantas memegang tangan Stacy membuatkan Stacy dengan pantas kembali berhadapan dengannya. Muka Stacy betul2 berada dada Akim. Akim memaut pinggang Stacy lembut  sambil mengeluarkan frame ketot itu! Stacy berdebar dengan posisi cinta yg mendebarkan! OMG~

            “masi igt?”, Akim tunduk memandang Stacy yg ketot berbanding dirinya!
            “rambut?”
            “rambut awak! Second day masuk U, rambut kena tarik sbb menghayal kat tengah jalan!”, Akim mengingatkan Stacy dengan nada yg sedikit berbisik. Alamak! Romantik giler kot Akim, still simpan rambut aku?
            “Oh my god.. Thank you so much“, itu sahaja terluah dari mulut Stacy kala ini, dia betul2 terharu!
            “setiap apa dr awak, saya akan simpan! Lebih-lebih lg cinta awak, saya akn simpan selamanya!”, Akim membongkokkan badannya semasa menuturkan itu menyamatinggikan dirinya dengan Stacy, Stacy tersenyum memandang Akim!
            Stacy medepakan tangannya untuk memeluk Akim, isyarat itu disambut Akim dan bukan sekadar dipeluk tapi terus diangkat ! Akim memutarkan mutarkan badannya, Stacy tertawa diperlakukan sedemikian rupa. Rasa bahagia berjumpa puteri cinta hati, pwincesh ku...

Jangan pernah berjanji untuk saling setia , tapi berjanjilah untuk tidak
menyakiti . jangan pernah berjanji untuk tidak meninggalkannya , tapi
berjanjilah untuk tidak mencampakkannya . & jangan pernah berjanji
sehidup-semati , tapi berjanjilah untuk saling memiliki

Tak kira bagaimana bentuk janji pun org cakap. Yang aku tahu, cinta ini milik kamu pwincesh!

4 comments:

  1. sweet yew stcy ngn akim nie.. xskew ngn adira sjjew nk rsakkn hbngan akim ngn stcy.. loVe shahir la npew die xplih acha npew die skew adira plik2.. i want mOre..

    ReplyDelete
  2. x sabo nk bace part 8...terase romantik..ahaha...

    ReplyDelete
  3. akim and stacy romantic giler.. Geram jugak adira cuba nak rampas akim dr stacy... X sabar nak baca part 8... These story was really nice and the best.. =)

    ReplyDelete
  4. romantik sgt2 .. ske part niey .. ^ ^

    ReplyDelete