kimcy lover, tekan sini !


Tekan like

Sunday, March 6, 2011

Jahatnya cinta part 8

PART 8

            Sebuah kereta peugeout berwarna perak memasuki perkarangan Villa Karmila itu. Semestinya ia dipandu oleh seorang jejaka tinggi lampai berkulit putih dan berjalan penuh bergaya.  Langkahnya tidak terus masuk kedalam banglo empat tingkat itu tetapi kekal menyandarkan dirinya di kereta Peugeot kesayangannya!

            “adira...”, bisik Shahir perlahan. Lantas tangannya menekan2 punat Blackberry Torchnya.

            “hello!”, suara Shahir kelihatan ceria.
            “hello..hye shahir! How r you?”, jawab Stacy dgn ceria.
            “im fine, thank you. So, how about ur holiday?”
            “ehem.. wanna ask my holiday or nak tnya psl tuttt!”
            “haha.. both! Boleh?”
            “urm.. boleh laa.HAHA.. just great la brada kat sini, adira pn sama kot..makin ayu la dira skg! Kalau you nmpk sure jatuh cinta lg sekali!”
            “wah.. boleh pla jatuh cinta lagi?”
            “haruslah boleh wahai En.Shahir! sibuk ke minggu ni?”
            “not at all, kenapa?”
            “why not you dtg Johor? Follow kitaorg holiday kat sini, ehem.. boleh gak jumpa Cik.Siti Adira kitew tu!”
            “HAH! Good idea of you! Set! Tapi tak kacau korang ke?”
            “HAHA. Be yourself, sure takkacau, lagipun keberadaan you time ni amat diperlukan”, luah Stacy – kehadiran Shahir boleh menjadi tembok antara Akim dan Adira. That’s soo great!
            “huh? Why?”
            “errr. Nothing! but are you sure nak dtg?”   
            “very sure, i’ll inform you later kay?”
            “no biggie bro ! wish you luck ! muhaha”
            “haha! Thanks babe! Got to go, take cre!”
            “okay! Bubye!”,

Shahir tersenyum puas. Adira, sikit masa lagi aku nak dekat dengan kau ! woohoo !

*****************************
Malam ini angin bertiup begitu indah, sejuk, nyaman dan tenteram!  Jam sudah menunjukkan jam 2 tepat, sang kelopak mata tekun merayu segenap anggota rumah di kediaman keluarga Akim untuk melelapkan mata, namun tidak ampuh pada mata Stacy! Memang tidur lambat sudah menjadi rutin. Langkah kakinya dibawah rumah keluarga Akim tidak menentu, rasa nyaman. Stacy mengelamun sepanjang saat, menikmati redupnya angin menikmati nikmatnya langit dan ingatannya terus menerawang membuka kotak memori.

            Kalau awak ingat saya time pagi kan... awak pandang langit, cari mana awan yg paling cantik, pastu awak luahkan rasa rindu awak kt awan, kalau awak igt sya time malam pula,..awak pandang langit, cari mana bintang yg paling terang, pastu awak luahkan rasa sayang awak kt bintang tu.Sebab awan dan bintang tu akan sampaikan isyarat cinta awak kat saya!

Stacy tersenyum mengingati bait2 kata yang pernah Akim luahkan untuknya. Bahagia! Stacy mengaku Akim bijak bermain kata, membuai hati yg dulunya kering dan kosong tanpa cinta.

            “hmm.. malam ni ada tak bintang paling cantik?”, soal Stacy bersendirian di pondok kecil dibawah rumah. Matanya meliar mencari bintang yang paling indah.

            “buat pa nak cari bintang yg cantik? Line tak clear ke nak smpikan isyarat rindu terus ke saya?”, suara itu memecahkan keheningan. Stacy terkejut! Dia mencari dimana suara itu, namun kelibat tidak kelihatan. HANTU? Takmungkin!

            “err. Akim?”
            “hmm”, suara itu menyahut tapi tiada kelibat. Stacy gelisah. Jam dua sepuluh minit, hantu mesti sibuk berkeliaran. Arghh!
            “bintang takda yg cantik malam NIIIIIII!”, semasa menutur perkataan ‘NI’ Akim membisikkan ia telinga Stacy. Stacy menjerit!

            “arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh”, Stacy menutup telinganya. Akim di sebelah tersnyum puas, ketawa ! Aril dari tingkap bilik Akim keluar dan menghumban botol air kearah Akim! Semuanya berlaku dalam sekelip mata! WOW!
            “woi Akim. Agak2 la org nak tidor, ko kacau putri ko tu apesall.. hampeh!”
            “hahaha..sorry bro!”, tutur Akim, Stacy membuka matanya dan terus mencubit perut Akim dan memukul tmpar bahu tangan dan apa sahaja yg mampu dicapai Stacy!
            “boleh sakit jntg org ng prangai awak ni tau!”, marah Stacy, mukanya sudah kelihatan merah padam. GERAM!
            “sape suh awak malam2 sibuk cari bintang!”, Akim memeluk Stacy dari belakang. Menghangatkan badan Stacy yg sejuk kedinginan angin malam.
            “awak..nanti ibu Nampak..tak baek la..”, Stacy cuba melepaskan pelukan Akim, tapi tidak Berjaya! Pelukan itu semakin kejap!
            “takpelah! Dah lama xpeluk awak.. rindu!”, Akim mendekatkan mukanya dekat Stacy, Stacy tersenyum.
            “awak cari bintang buatpe pwincesh?”, soal Akim sambil tersenyum memandang Stacy. Stacy menjengkitkan bahunya.
            “err. Ntah! Saya teringat kata2 awak dulu tu.. “
            “tu kan kalau saya jauh ngan awak! Ni dah dekat taknak smpikan isyarat cinta tu?”,
            “hem.. isyarat?”, Stacy mengambil gunting didepannya dan terus memotong sedikit rambut Akim.
            “wey! Main kasar Nampak!”, Stacy tertawa !
            “haha. Igt awak je boleh tarik rambut saya, saya pun boleh gunting rambut awak!”          , Stacy menyimpan rambut Akim disuatu sudut! Suka hati Stacy je gunting rambut anak org kan? Haha.
            “aishh.. tidak hensem suda!”
            “err? Mmg awak tak hensem pun!awak comot!”
            “comot comot pun awak sayang jugak kan?”, Akim cuba mengikat rambut Stacy yg berterbangan ditiup angin. Tapi? Tak rupa mcm di ikat pun?
            “weyy! Apa ni? Ni bukan ikat ni serabaikan! Aduuhh”, Stacy memukul tangan Akim lembut. Akim ketawa lagi memandang Stacy dan terus merebahkan badannya di lantai pondok kayu itu beratapkan langit nan luas terbentang sambil memandang Stacy yg sedang mengikat rambutnya!
           
            “AKU TAKDAPAT TIDUR LA BENGONG!”, Aril keluar dari pintu menuju kearah pondok dgn muka masam mencuka! Stacy dan Akim ketawa , Akim yg pastinya ketawa terbahak-bahak!
            “sape suruh main humban2 botol tadi!”
            “choii! Ni psl pwincesh kau tu la.. jerit kuat sgt kot!”, Aril melabuhkan kepalanya diperut Akim!
            “aduuii.. dah la tuduh pwincesh aku , siap tindih perut aku bagai!”, Akim ketawa sambil membelai perutnya yg sakit.
            “eh! Aku nak bermanja ngan kau pun takleh! Kau tadi peluk2 boleh laa”, Aril ketawa dan terus duduk memandang Stacy. Stacy menelan liurnya dan terus tersenyum, membuat muka innocence! ALAMAK. KANTOI!
                         
            “cy, nah!”, Ari menghumban sweater berwarna hitam kearah Stacy!
            “eh, napa?”, ucap Stacy smbil memposisikan sweater itu menutupi tangannya.
            “ayah akim bg tadi time aku nak kluar!”, kata Aril sambil menguap.
            “APAAAa?”, soal Akim dan Stacy serentak! Mata mereka kelihatan bundar membulat! Alamak! KANTOI kali kedua. Aduh!
            “akim.. ko kalau nak dating pun jgnlah depan rumah, sopan sgt kot! Amik kau. Ayah ko dah nmpk..muhahaha..ampunkan hamba!”, luah Aril sambil berlari masuk kerumah kembali. Suasana kembali hening. Stacy memandang Akim.
            “hurrm.. rasa lain plak kalau ayah awak nmpk kita td..”
            “hurmmm..nak bt macammana, ayah mentua nak skodeng anak & menantu.. mcm na?”, usik Akim. Stacy tertawa!
            “haha. Agak2 lar wey! Dah, jom masuk!”, Stacy menarik tgn Akim untuk bangun.
            “malas!”, Akim menguap-nguap didepan Stacy. Stacy menarik tgn Akim dgn lebih kuat. TAPII...

Stacy yg terjatuh ke atas Akim, Akim terus bangun dan mengangkat Stacy menuju ke atas! MANIS ! Angkat menganggkat bertambah sayang. =p

            “WEYY... turun2.. nak turun!”, Stacy memukul tgn Akim ganas! Tapi tidak mendapat reaksi dri Akim, Akim Cuma ketawa dn terus menganggkat Stacy.
            “akim! Saya ckp turun, turunlah!”, marah Stacy! Akim akur.
            “kalau abah awak nmpk lg camne?apalah!”, Stacy membetulkan rambutnya yg berserabut sedikit.
            “takpelah! Biar boleh terus kahwin ngan awak!”,
            “choi!”, Stacy berlari mendaki anak tangga diekori oleh Akim dgn perlahan. Akim sedari tadi Cuma tersenyum, senyum, tak perlu kata apa-apa ! =p

            “kalau insomnia menyerang, miscall Akim tau! Nti Akim temankan!”, Jerit Akim kecil dri bilik sebelah. Stacy tersenyum, bahagia. Kalau Akim dah tua nanti, tetap giler kentang camne ke? =)


*****************************

            “Hutan tu takjauh dari sini, ambik masa 2jam je. So, kita camping kat sana! No merungut pasal nyamuk pasal panas pasal apa2 lg laa. Faham?”, arah Aril kepada rakan-rakannya. Akim tertawa melihat Acha yang sudah menunjukkan ciri-ciri mahu merungut!
            “Shahir lebih kurang 5mins lagi sampai, kita tunggu dia dulu kay!”, Stacy membuka mulut. Adira dan Hafiz mengerutkan dahi. TAK FAHAM!
            “Shahir mana ni?”, soal Hafiz, Adira mengangguk-angguk.
            “Shahir la. Anak bos besar kat KL tu, tak igt ke dira? Kita pernah jumpa dia kat Sabah?”,
            “err. Tak ingat laa. Nantilah tgk muka dia, baru igt kali ar”, Adira menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Bingung! Shahir mana lagi nii?
            “hem..”, Stacy mengiyakan saja kata2 Adira.

            “Assalamulaikum... dan helo lo lo lo everyone!”, Shahir menyapa 6 orang sahabat yang sedang rancak berbual. Masing masing menoleh kearah suara itu!
            “w’slm”, serentak mereka menjawab salam itu. Lantas Stacy berdiri dan mendekati Shahir, riak wajah Adira berubah, sah! Dia dah ingat kat mamat shahir yang minat kat dia ni!
            “hah guys! Ni la shahir!”,
            “hye shahir”, Akim berjabat tangan dengan Shahir, begitu juga mereka yang lain. Tapi tidak pada Adira, dia tidak bersalam dgn Shahir. Malu atau menyampah?

Perjalanan satu jam ke hutan itu memakan kepenatan tanpa batasan. Budak Bandar bila masuk hutan jadi macam rusa la jadinya! Perjalanan mereka kali ini ditemani abang angkat Akim- Farid Kamal.

            “AUCH!”, Adira menjerit semasa meredah semak belukar. Badannya yang putih melepak itu dikikis oleh ranting ranting tajam.
            “eh dira. Okay ke?”, soal Akim. Acha memandang Stacy, menyampah ngn Adira! Sakit sikit pun nak merungut!
            “sakitlah akim..kulit dira ni sensitif sikit..kita rehat kejap leh x?”, saran Adira. Yang lain semua bersetuju kerana masingmasing mahu melepaskan lelah.
            “Adira, lain kali pakai baju lengan panjang, selamat cket .”, pesan Abang Farid kepada Adira yang sedang duduk di sebuah kayu sebesar dua pemeluk manusia.
            “sama gak citer dia bang, kena juga ranting2 tajam tu!”, jawapan Adira membuatkan mulut Acha gatal untuk menjawab , syukurlah Stacy menghalang Acha dari melazer minah ayu-wannabe ni! Stacy bangun dan mendekati Adira yg masih sibuk merungut segala macam perkara dengan Hafiz, Hafiz pun turut melayannya, mengiyakan , Shahir jauh tersudut di hujung. Malu menegur Adira.
            “ISH! Malaslah mcm ni!”, luah Adira dan terus berdiri. Stacy memegang bahunya, dengan sekali hentak Adira terduduk kembali ke bongkah kayu yg diduduki Adira tadi sbelum berdiri.
            “semua org kat sini pun budak Bandar juga tapi kitaorg boleh je tahan smua ni..”, kata Stacy sambil tersenyum 3 saat dan terus berlalu. Sempoi dan memang menusuk jantung Adira. AMBIK KAU BOM ATOM TAHAP 3! TAHAP 10 nanti , aku simpan for the next !

Stacy meneguk air dalam botolnya. Peluh didahi jelas kelihatan, penat ! dalam masa 15minit atau 20 minit kami akan sampai ke dalam hutan, tempat kami diam nanti.  Shahir mendekati Stacy.
           
            “babe, aku takut la nak tgur Adira”,
            “hem.. rugilah..”
            “dia mmg rapat dgn Akim ep?”
            “err! Don’t know!”
            “muhaha! Ayat jeles dowh!”
            “tau takpe..haha!”

Akim melihat dari jauh gelak tawa Shahir dan Stacy. Tetiber rasa cemburu menerpa! Akim mendekati dua ‘s’ itu, Stacy dan Shahir.
           
            “selalu gak ke masuk hutan , shahir?”, soal Akim sambil duduk menyapa bumi disebelah Stacy yang sedang meluruskan kakinya ditanah. Stacy tersenyum tapi tidak menoleh kearah Akim.
            “hem.. bolehla.. good activity, though!”, Shahir tersenyum dan terus berlalu dari situ mendekati Adira dan lainlain. Mungkin faham isyarat dari Stacy tadi.
            “hem..so shahir tu ada chance nak tackle u kew?”, Stacy menoleh kearah Akim setelah mendengar tutur bicara Akim. Akim membuat muka innocent! CHOI!  Dia yang sibuksibuk ngan Dira aku pula yang kena !
            “Well yeah, shahir nak tegur Adira since dari tadi but YOU yg asyik enterframe. Apa kes?”, nah! Amik kau satu bom-mini dari aku! Nak cembura buta kat aku konon~ HAHA. Stacy terus berdiri meninggalkan Akim,. Okay! Akim tersipu. Faham. Dah terkena. Senyum je pandang pwincesh kalau camni~ hee 

***************************** 

Farid merenung Stacy, Acha dan Aril didepannya. Unggun api yang Farid sediakan cukup memanaskan badan mereka. Kadang kala kicauan burung menyemarakkan suasana malam dalam hutan. Memang epic!

            “Abang farid. Nyanyi la sikit!”, Acha menyaran. Farid tersenyum dan terus memetik gitar.
           
            Bila cinta.. kini tak lagi bermakna yg kurasa kini hanyalah nestapa ditinggalkan cinta masa lalu.. dulu kau tawarkan manisnya janjimu dan kusambut itu dengan segenap hatiku..

Suasana menjadi hening. Hanya kedengaran getar suara Farid mendendangkan lagu Bila Cinta dengan alunan gitar yang membuai. Acha menghayati bait-bait lirik itu, terutamanya Hafiz, adakala sampai tertutup mata. =) Stacy terpegun, memandang Farid tepat, mendalami bait lirik dan menhayati melodi indah itu. Sunnguh asyik, hutan menjadi tempat yang sesuai saat ini. Perfect.

            “Hmm..”, Farid menamatkan nyanyiannya.
            “sedap..syahduuu..”, Hafiz memuji Farid. Farid Cuma tersenyum.  
            “yeah! Thats soo great!”, puji Stacy pula. Stacy memandang sekeliling, mana Akim, Aril dan Adira? 3 A takda skg ni!
            “Babe, kau tunggu kat sini, aku nak cari yg lain jap k”,luah Stacy. Mata Acha membulat.
            “eh babe. Kau igt ni KL ke? Ni hutan laa. Kalau kau hilang nanti, camne? Adui.”, marah Acha.
            “err. Kau ikutlah aku!”, Acha mengangguk malas.
            “abang, kitaorg nak cari adira, akim, aril. Korang stay sini je la”, acha bertutur.
            “EH! Jangan! Biar abang cari, nanti hilang ke ada masalah ke susah nanti”
            “eh! Takyah takyah! Lagipun kitaorg nak ke sungai jap, nak cuci2 muka. Korang tunggu sini je la k wahai abang2”, Stacy menolak . Hafiz dan Farid menyiakan sahaja, ke sungai je kot ?
           
*******************************

Akim melihat batang tubuh Adira sedang duduk di atas batu besar ditepi sungai. Akim mendekati Adira perlahan dan terus mengambil tempat sebelah Adira.
           
            “napa sorang2 kat sini ni?”, soal Akim perlahan. Lembut sahaja.
            “hem..saja..nak tenangkan fikiran”, Adira menoleh kearah Akim.
            “dira okay tak ni?”
            “okay la kim...takkan tak okay..”
            “akim Nampak dira mcm moody je sejak akhir2 ni..”
            “eh~ akim pasan?”
            “prasan la. Akim kenal sgt ngan dira ni, biasanya ceria. Kenapa ni dira? Citer kat akim, manalah tau boleh bantu dira kan..”
            “akim nak bantu dira?”
            “hemm.. kalau boleh?”
            “betul ne?”, soal Adira.
            “akim tau kan perasaan dira kat akim?”, Akim terkesima dgn soalan Adira. Terkejut beruk. Adira.. aish!           
            “dira pun tau kan perasaan akim kat stacy..”
            “hem.. dira takkisah akim.. tapi dira sayangkan akim..”, Adira menggenggam tangan Akim. Air Matanya bergenang.
            “dira...”
            “akim..pliz.. dira sanggup jadi orang kedua di hati akim..asalkan akim sayang dira mcm akim syg stacy..”
            “dira.. akim..taktahu..akim bingung..”
            “akim, pandang dira. Cakap ngan dira, akim tak sayangkan dira”, Adira memegang muka Akim lembut dengan kedua tangannya.
            “dira.. jangan macam ni dira..”,
            “akim, dira taksanggup tgk akim dan stacy bersama.. sakit hati dira..”, Adira melenyapkan sentuhannya dan terus menutup mukanya. Menangis teresak-esak. Tersedu sedan.  Akim mengeluh panjang. Alahhaii.
            “dira .. pliz don’t cry!”, Akim memegang tangan Adira. Mata Adira yang kemerahan memandang Akim dgn renungan simpati. Akim tertekan. Dia sayang Adira, tapi cintanya untuk Stacy.
            “akim.. akim sayang dira kan?”.
            “dira..”
            “akim cakap akim! Akim sayang dira kan!”, Adira memukul bahu Akim bertubi tubi lagaknya seperti orang kurang waras- hakikatnya dia terlalu mencintai Akim. Akim menahan tangan Adira dan cuba menenangkannya. Adira terus memeluk Akim dengan tangisan yang tidak berhenti.
            “akim..cakap akim..”, Adira menagis di dada Akim. Akim masih berdiam.
            “argghhhh!”, Adira sedikit menjerit sambil memegang kepalanya.
            “napa ni dira?”
            “migraine dira menyerang ni”
            “jom, kita balik dira”
            “taknak! Akim cakap kat dira akim sayang dira kan..”, Adira melabuhkan kepalanya kembali ke dada Akim. Akim mengeluh . Berat.
            “ya.. akim sayang dira”, terasa berat hati Akim meluahkan itu. RASA BERSALAH MENUSUK JIWA.

*********************************

Pagi itu Stacy sudah terpacak awalawal di depan khemah bersama Farid yang sibuk membuat minuman. Mata Stacy kelihatan bengkak, semalam tak cukup tidur agaknya.

            “hem.. mesti taklena tidur kan?”
            “hehe.. aha bang.. sakit badan.. tambah2 lagi kaki ni smlm jatuh. Sakit sgt”, luah Stacy dengan terbatuk.
            “hem..tu la org cakap takyah jalan semalam nak juga..  nah ! minum ni dulu k..”, Farid memberi Stacy secawan minuman panas. Stacy duduk bersila diatas tanah memandang Farid dengan sayu. Penat. Farid kaku melihat pandangan Stacy, dengan cermin mata empat seginya, memang comel Stacy ni!
            “napa pandang abang camtu?”, Farid tersenyum memandang Stacy.
            “haha~ sorry! Takdelah. Jgn takut. Haha”. Farid tertawa. Akim muncul dari belakang dengan membawa kayu api. Stacy memandang Akim, wah! Dah bangun rupanya, ingatkan masih tidur lagi.
            “monin’”, sapa Akim. Stacy Cuma tersenyum, Farid memukul Akim mengisyaratkan untuk mendekati Stacy.
            “haliuu pwincesh!”, Akim mengambil tempat disebelah Stacy dan terus meneguk air yang ada ditangan Stacy. Nakal! Belum sempat Stacy menjawab sapaan itu, Akim menujah dgn soalan seterusnya.
            “Adira dan Acha masih tidur?”, Stacy mula merasa mual apabila nama Adira sahaja yang singgah dibibir Akim.
            “Acha, yes! Adira, taktau. Belum Nampak dia dari semalam!”, Akim mengerutkan dahinya. Eh! Dira, kat mana pula? Kata semalam nak lepak depan khemah seblum aku terlelap tu. Hurmm. Getus Akim sendirian.
            “Adira takmasuk khemah ke semalam?”, Farid pula bertanya.
            “hurm.. ntahla.. tak prasan pula.. igtkan tadi dia dah bangun..”, jawab Stacy selamba.
            “eh awak ni~ adira kan kawan awak. Ni hutan ni, kalau jadi apa2”, marah Akim dan terus berdiri mencari Adira. OKEY! STACY AMAT TERASA DGN KATA2 AKIM.
            “manalah saya tahu Adira pi mana, dia kan suka jalan sorang diri”, marah Stacy pula.
            “yelar, dah korang taknak temankan dia! Asyik nak pulaukan dia!”, Akim tidak puas hati dgn jawapan Stacy, Akim risau akan Adira. Lebih2 lagi Adira tu kesayangan maknya.
            “siapa pulaukan adira haa?”,
            “ahhhhh!”, suara Adira memecahkan suasana. Semua mata tertumpu kearah barat. Adira! Akim berlari mendapatkan Adira. Hafiz dan Aril yang baru sedar juga berlari mengikuti Akim , semestinya mereka tersedar dari lena akibat pergaduhan antara Stacy dan Akim. Stacy masih kaku berdiri. Farid mengekori Kumpulan jejaka itu perlahan dan kembali kepada Stacy dalam masa yang singkat.
            “dah  la tu cy, Akim risau tu! Jangan amik hati...”, Stacy mengerutkan dahinya. Memuncungkan mulutnya. Marahnya kali ini tiada tara. Sakitnya sampai ke ulu hati.
            “adira macamna?”,
            “tergelincir kat dlm airterjun, katanya nak cuci sweater tadi pagi.”
           
Akim, Aril dan Hafiz memimpin Adira kearah kumpulan khemah mereka. Baju Hafiz dan Akim basah kerana menganggkat Adira yang terseliuh kaki akibat jatuh dari Air terjun. Akim memegang sweater yang dicuci Adira, lagak Akim seolah cuba menyembunyikan sweater itu namun mata Stacy sempat menangkap. Dia memang kenal benar dgn sweater itu! Stacy memandang mereka, Stacy terdiam , hatinya menangis. Terkejut! Sweater aku bg akim kan? Kenapa dgn Adira? Hatinya terasa panas membara. Kakinya yang sakit sudah tidak terasa.

            Ni tuk awak! Janji kat saya sweater ni awak pakai sorang..takde sorang pun leh pakai..ni hanya tuk awak..janji?
            Okay pwincesh! Sweater ni bukti pwincesh dah tima cinta Akim.
           
Dialog antara Akim dan Stacy itu berpuing-puing di kepala Stacy. Peristiwa semasa mereka baru mengingat cinta di Lim Kok Wing bertayang semula. Stacy menahan airmatanya. Sakit. Acha keluar dari khemah dan bingung dengan keadaan diluar khemah. Acha mendekati Stacy, mata Stacy mengandung airmata. Stacy masuk kedalam khemah dan mengambil bag nya dan terus masuk kedalam belukar- mahu keluar dari hutan ini dan balik! Acha menghalang kerana perjalanan keluar dari hutan akan menempuhi byk rintangan. Boleh membahayakan nyawa. Stacy melangkah laju, Akim menangkap bayang Stacy. Akim meletakkan Adira diriba Hafiz dan terus mengejar Stacy.

            “sayang , tunggu!”, Akim menarik lengan Stacy.
            “auch!”, Stacy memegang lengannya. Sakit.
            “er..sorry!”, Akim cuba menyentuh Stacy tapi Stacy menjauh.
            “pwincesh..im soo sooryy”, Akim mengekori Stacy yg berjalan terinjut-injut. Kenapa stacy jalan mcm tu? Getusnya.
            “pegi!”
            “pwinceshh..”, Akim menahan Stacy dengan kuat. Akim memegang tangan Stacy bersaksikan belukar kehijauan.
            “sudah akim!”, Stacy melepaskan tangan Akim.
            “syg, bagi akim explain..”
            “hey! Dgr sini. Saya tahu saya ganas, perangai taklah “wanita” sangat kan. Tapi saya takkan pernah rasa nak buli Adira tau! Pegilah balik ngan Adira. Pegi!”, Stacy menahan airmatanya dari mengalir.
            “and one more. Makan janji awak!”, Stacy mengambil sweater dari bahu Akim dah membuangnya ketanah. Marahnya memuncak. Akim bingung, lalu berusaha mengejar Stacy yg sudah mulai menjauh. Farid mendekati mereka laju.
            “akim . akim urus dorg,biar abang hantar stacy pulang. Give stacy ruang nak tenangkan diri dulu k! Korang siap2 , kita keluar hari ni”, Akim menganguk bingung.
            “Jgn bgtau adira, nanti tambah masalah lg”, pesan Farid lagi.


****************************

Langkah Stacy semakin perlahan, kakinya semakin sakit. Lalu kerana semakin lemah dia terjatuh, Farid dari belakang memegang Stacy untuk tidak terus terhempap. Stacy menolak tangan Farid kasar, dan terus duduk kepenatan ditanah. Nafas mereka berdua tercungap cungap.

            “aish cy. Kalau jalan tu jgn laju sgt, pnat abang kejar”, luah Farid. Stacy tertawa kecil, terasa lucu.
            “arghhhhhhhhhhhhh!”, jerit Stacy menggegarkan hutan.
            “hemm”, Farid mengeluh.

Stacy mula menangis, rasa sakit tadi memang tidak mampu ditanggung. Airmata mengalir perlahan. Stacy mengelap airmatanya, senyap, tiada bunyi. Tidak mahu simpati dari Abang Farid. Farid tunduk memandang lantai, simpati dgn Stacy.

            “dah salah jalan dah ni”, Farid mengeluh penat. Anak matanya memandang Stacy.
            “soory..”, perlahan jawab Stacy.
            “takpe..”, ucaP Farid  sambil mengelap airmata Stacy perlahan menggunakan lengan jaketnya. Simpati. Stacy terdiam dan terus menghalang tangan Farid dari terus mengelap.
            “its okay”, bisik Stacy perlahan, tangan Farid masih dalam genggamannya. Farid yg sedar dengan kejanggalan itu terus melepaskan genggaman tgn stacy. Stacy tunduk, malu diperlakukan seperti itu. Suasana menjadi senyap seketika.
            “erm. Stacy jgnlah sedeyh, akim just risaukan adira. Kan adira tu kerap sgt sakit lately ni”
            “takdelah, takmarah pun.”
            “erm. Yelarr.. takmarah kan..”, bisik Farid menyindir. Stacy geram melihat riak muka Farid.
            “arghhhhhhhhh! Bencccccci!”, Stacy menolak Farid.
            “auch! Sakitlah!”, Farid mengusap pipinya yg ditolak Stacy tadi.
            “saya benci dgn dia ! benci!”, luah Stacy. Farid mengeluh, ganas giler pompwan bila marah. Ugh~
            “sudahlah! Jom jalan, kang tak jumpa jalan pulang pula, makin dilayan budak ganas dan ketot mcm awak ni, kang tak sempat kahwin pla saya. Jom cepat!”, Farid merungut sambil menarik tangan Stacy yg kecil itu. Stacy memuncungkan mulutnya tanda protes. Dah la adik angkat kau buat aku sakit hati ni kau pula nak tambah! Ish!
            “Slowly laa.. kaki saya kan sakit ni!”,marah Stacy.

***************************
Akim duduk risau di pondok kecil ditepi rumahnya memandang langit, detak nafasnya bergerak seiring dengan kerisauannya. Jam sudah menunjukkan jam 5 petang, Stacy dan Farid belum sampai. Mengikut tempoh masa biasa, Cuma mengambil masa 2 jam meredah hutan itu.

            “aku rasa bersalah wey, patutnya aku yg kejar dia tadi!”, luah Akim.
            “hem..kita tunggu abang farid dulu, kalau smpi setengah jam lg baru kita cari kalau dorg xpulang lagi!”,cadang Hafiz.

            “Assalamualaikum”, ucap Farid sambil memimpin Stacy berjalan seolah mengajar seorang budak yang belum pandai berjalan.
            “waalaikumsalam”, serentak Hafiz dan Akim menoleh. Matanya bertaut diwajah pwincesh yg kelihatan lelah. Dengan automatiknya Akim mendekati Stacy.
            “kenapa ney?”, soal Akim perlahan ke Farid sambil menolak tgn Farid dan menggantikannya memimpin Stacy. Farid mengetap bibirnya. Stacy membiarkan sahaja dengan muka sugul, monyok.
            “kaki terseliuh”, simple jawapan Farid dan terus berlalu. Hafiz pun sama, terus menuju ke atas dengan laju , memberi ruang untuk Akim dan Stacy berduan.
            “jalan slow laa syg”, Akim menegur Stacy yg seakan-akan berlari marathon 100meter. Hrrr =,= mesti pwincesh still marah ney. Omg~
            “slow? Buatpe? Biar skali patah kaki ni kalau boleh!”, bentak Stacy kasar, tapi tangannya masih ketat memaut lengan Akim, dia mengaku memang kakinya sakit yang amat.
            “awak ni kan..”, bisik Akim bersalah.
            “baru skg laa nak sibuk? Kaki orang sakit dari semalam, ada awak kisah?”, marah Stacy sambil melangkah perlahan, semakin sakit rasanya kakinya. Apa taknya, dahlah hati sakit ditambah pula dengan kaki, makin sakit lah jawabnya. Akim bingung, semalam? Adui! Asal aku taktahu? hmm.
            “awak okay tak ni, kalau tak meh saya angkat?”,
            “takpayah!”, marah Stacy terus menolak tangan Akim.
Belum sempat dia meneruskan perjalanan , kaki Stacy terus sakit dan menyebabkan Stacy hampir terjatuh menghempap bumi sekali lagi. Mujur Akim cepat menyambut batang tubuh Stacy.
            “aduuiii”, Stacy memegang kakinya, sakit!
            “kan saya dah ckp, awak ni memang degil kan, meh saya angkat je”, marah Akim dan terus menganggkat Stacy seperti dalam cerita korea. Stacy akur, kakinya benar2 sakit!. =.= sangat romantic, bersaksikan awan mendung dan angin yang sejuk, Akim menganggkat Stacy. Stacy rebah dalam pelukan Akim, seperti puteri beradu yang khusuk beradu dan diangkat oleh putera raja impian hati.
            “kat sana ja”, bisik Stacy, suaranya masih kesakitan.
            “kenapa pula?”
            “nanti ibu awak nmpk, kat pondok tu je.”, Akim mengeluh mendengar bait bicara Stacy. Kadang2 lelah rasanya untuk terus menyembunyikan hubungan ini. Erm. Sembunyi atau tidak memberitahu? Adakah itu suatu perkara yang sama? Hmm.

Sebaik sahaja Stacy merebahkan punggungnya diatas lantai pondok, Stacy memaut tangan Akim keras, kakinya terasa semakin sakit. Tapi lidahnya tidak mampu menuturkan rasa sakit itu atau dalam kata lain malas nak mengada-ngada.

Akim terus mendapatkan pergelangan kaki Stacy dan mengurut kaki Stacy perlahan.
            “Kat mana sakitt?”, soal Akim sambil mengurut-ngurut kaki Stacy dengan penuh khusyuk, dengan sentuhan cinta yang paling suci! Stacy memandang Akim, bergenang airmatanya melihat kerisauan Akim. Tapi rasa sakit dihatinya masih kuat berbekas.
            “urm. Nanti kita minta mak joyah tolong urutkan lagi k, dia pandai tgk2 kaki t’seliuh mcm ni!”, saran Akim sambil mengambil tempat betul2 disebelah Stacy. Awan semakin mendung, hujan turun perlahan-lahan. Akim memandang Puteri Cinta Hatinya yang sedang tunjuk kelelahan, sesekali rambutnya terbang ditiup angin. Sumpah! Akim rasa bersalah, bersalah kerana terlalu termakan pujukrayu Adira dihutan semalam. Akim tidak mampu menipu perasaannya, setiap cinta yang wujud dihatinya, semua milik Stacy, tersimpul mati untuk Stacy. Hanya dia.

Stacy membisu , membatu. Malas untuk bercakap, dadanya terasa berat , hatinya merontah kesakitan. Akim rindu. Walaupun dekat tetap rindu. Hurm. Bergaduh macam ni pun Akim dah rasa rindu sangat nak tgk pwincesh yang manja tu, hmm. Akim mmg takdapt hidup tanpa pwincesh. Akim memaut bahu dan kaki Stacy serentak , memposisikan Stacy diatas ribanya. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Jantung Stacy yang hangat tadi kini berdegup kencang, rasa hati ni macam nak menjeriit! Gembira tapi marah. Malu pun ada. Tak patah ke tangan Akim asyik angkat aku ne?

Akim memeluk Stacy ketat dari belakang. Dagunya betul2 berada di bahu kanan Stacy. Stacy menutupmatnya yang berair, rasa sangat dihargai. Berada dalam dakapan Akim seolah cinta Akim itu semuanya tersalur padanya dan bersatu dalam satu ketentuan cinta yang sangat indah. Hembusan nafas Akim seolah memujuknya dalam khayalan, terasa asyik! Dalam keadaan hujan jatuh melimpa bumi, suasana sejuk menyelubungi. Tapi, rasanya pwincesh takperlu risau, prince ada menghangatkanmu.

            “sejuk?”, soal Akim perlahan, terasa begitu romantic ditelinga stacy.
            “hemm”, Stacy mengiyakan, kepalanya betul2 jatuh di dada Akim. Pelukan Akim semakin kejap, menghangatkan tubuh Stacy. Suasana terasa hening Cuma deraian hujan yang bingit membising. Jujur Stacy dan Akim menyenangi keadaan ini. Rasa sakit Stacy seolah dibius sementara, Akim rela memujuk dalam dakapan cinta. Stacy merasakan dirinya seolah bayi yang ketat dalam pelukan Akim, dalam marah ini cinta semakin mekar membunga, keadaan bijak mengatur masa. Hujan, Petang, Marah dan Rindu semua bersatu kala ini.

            “awak?”, Akim terkedu melihat pipi Stacy basah dek airmatanya yang mengalir, Stacy mengelap airmatnya perlahan.        
            “takde papa”, Stacy menggeleng bersaksikan hujan.
Akim tunduk sedikit memandang pwincesh ketot didalam dakapannya yg sedang mengalirkan airmata cinta, dia menyentuh dagu Stacy dan mengangkatnya mendongak kearah wajah Akim.
            “awak, plizz. Forgive me?”
            “awak jahat bila marah saya”, luah Stacy serius, bukan sekadar mengharap simpati. Pertama kali Akim memarahinya setelah meraka menjalin hubungan cinta.
            “saya takmarah awak..”, luah Akim pula.
            “saya sayangkan awak..”, tambah Akim. Stacy menghela nafasnya. Terasa sesak seketika. Kata2 Akim mnyesakkan nafasnya, arh!
            “saya minta maaf sangat2, saya tahu saya salah. Pliz, jgn menangis pwincesh”, Akim menyapu pipi Stacy , mengelap airmata yg mengalir. Stacy masih tunduk membisu.
            “Akim takleh tgk pwincesh nangis..”, luah Akim jujur.
            “saya rindu awak”, baru Stacy mula berbicara. Akim memandang Stacy sayu. Luahan Stacy itu betul2 menyerap kejiwa, terasa sampai kehati. Maafkan akim, pwincesh.
            “saya pun rindu awak juga.pliz, jgn nangis lg?”, Akim membelai wajah Stacy. Soalan Akim itu dibalas pelukan lembut dan lemah dari Stacy, Stacy tidak mahu menjawab, lebih baik berdiam. Akim, jujur, hati ini masih sakit, sakitnya dalam. Rasanya sukar tuk diubati, tapi karena ketulusan cinta engkau aku rebah dalam pelukan cinta. Saya takboleh janji tuk tidak menangis Akim.. Awak tau tak, hari2 saya menangis. Menangis untuk awak, menangis takut hilang dari awak. Rasanya Tuhan memang dah temukan saya tuk awak, dan kunci hati saya tuk awak kan? Kalau takdir menemukan awak ngan Dira dalam pelamin yg sama, rasanya saya berani akur, menerima dgn hati terbuka. Saya taktipu, saya memang cemburu tgk awak ngan dira tapi kalau awak happy dengan dia, saya sanggup undur diri asal awak bahagia. Kebahgiaan awak tu adalah kebahagiaan saya. Saya rasa bodoh bila cinta mati untuk awak, tapi Akim , rasa ni sangat indah. Indah sangat. Rasanya saya sorang je ke rasa macam ni, awak rasa tak pa yang saya rasa?

            “cinta saya hanya tuk awak sorg pwincesh, takkan ada orglain dpt”, bisik Akim ketelinga Stacy seolah memahami resah dihati pwincesh ketotnya. Akim juga sakit, derita melihat pwincesh menangis. Pliz, jangan menangis pwincesh ;( Akim juga lemah . Melihat walau setitis airmata pwincesh.

*************************

Langkah Stacy berjalan dibantu oleh Akim, hentakan kaki mereka bersatu menaiki tangga, semua mata tertumpu kearah mereka. Ibu Akim kelihaatan resah dan mendekati Stacy, begitu juga Acha.

            “dah jumpa mak.joyah? mcm teruk sgt kaki ni, stacy okay tak?”, soal Ibu Akim kerisauan. Stacy blur dengan soalan Ibu Akim, Stacy memaut jari kelingking Akim, meminta jawapan, Akim tersenyum , terasa lucu.
            “urm..abang bagitau ibu, yang akim hantar stacy pi rumah mak joyah tadi..”, Farid berpura2 membuat muka tersenyum memandang Stacy dan Akim, mengisyaratkan supaya menyambung drama ini.
            “oh..aha! tadi kitaorg nak pegi ruma mak..joyah..tapi hujan...”, Akim menyambung drama itu dengan suara yg agak gagap. Menipu! Memanglah gagap.
            “aha..lagipun tadi kitaorg berdua je, so takjadi pegi, takkan nak pergi berdua kan?”, tambah Stacy. Kata kata Stacy itu membuatkan mata Akim sedikit membulat. Eleh! Kalau tak pegi ngan saya, awak nak pegi ngan sape lagi? hmm !
            “aha..betul juga tu..stacy pegilah mandi dulu, rehat..nti ibu buatkan bubur, Stacy mcm nak demam ja ni”,
            “urm..takyah susah2 makcik, biar saya makan apa yg ada..”, Stacy mencuba melangkah perlahan dibantu Acha dan Dira.
            “ish. Takpe. Ibu buatkan..”, Stacy mengangguk malas. Dia sempat menjerling kearah Akim, begitu juga Farid. Secalit senyuman terukir ikhlas. Matanya kelihatan kuyu.

Stacy duduk di hujung tangga rumah kampung milik keluarga Akim itu. Rambutnya dibiar terurai, fikirannya masih melayang. Kepalanya terasa berat, pening. Memang sah aku demam!

            “panasnya badan”, Farid memegang dahi Stacy dan terus duduk disebelah Stacy.
            “abang..terkejut saya!”,
            “dah makan ubat ke?”, soal Farid.
            “hemm..dah..akim bagi td”
            “jadi, dah okay dgn akim?”
            “hmm..okay? ntahla..”
            “kenapa ntah..”
            “saya mmg takleh marah ngan dier lama2 tp abang tau..sakit sgt kat sini”, Stacy memegang dadanya.
            “cy, benda kecil je. Lupakan kay?”, Farid menambah.
            “hmmm. Kecil?”, itu bukan soalan tapi memprovok. Tanpa dipinta memori Stacy terbuka. Bayangan Akim dan Adira sedang berpelukan sambil mengucap cinta semalam tertayang tanpa dipinta. Airmatanya bergenang. Dia menahan sakit dihatinya, betul2 tajam menusuk jiwa. ‘Akim sayang Dira..’, saat bicara itu terluah, terasa seluruh urat sarat Stacy terputus. Jiwanya tertekan.
           
Akim..biarkan aku berpura2 tidaktahu.
Aku terlalu lemah untuk kehilangan kau.
Cintai aku selama aku masih milikmu.
Andai takdir memisah, rasa cinta itu akan kujadikan semangat.
Semangat untuk aku terus melangkah.
Tanpa cintamu.

5 comments:

  1. So sweet, romantic sgt.. Semoga akhirnya mereka akan bersatu.. =)

    ReplyDelete
  2. xsngka adira cmnie hrap jew bek upew yew blkang stacy die tu kwan mkan kwan,pew ntah.. cian shahir..

    ReplyDelete
  3. Sweet Couple tpi Menyedihkan.. ='(.nk nangis aseww...

    ReplyDelete