kimcy lover, tekan sini !


Tekan like

Monday, January 31, 2011

jahatnya cinta part 4


Akim memandang Mia sendu. Ada garis pilu di wajahnya.
“Mia, mia taksalah, kalau abg biarkan Mia dan kawan-kawan kena jual kat luar negeri, igt abg leh idup tenang Mia? Selagi abg hidup, abg akn jaga korang smpi Berjaya”
“makaceh bang” , Mia memeluk Akim. Rasa sedih menyelubungi Mia. Akim menghilangkan diri bermula dari satu kejadian dimana ayah kandng Mia dtg ke pondok kanak-kanak jalanan dan ingin menjual kesemua merka keluar Negara. Akim lah yg dtg menyelamatkan merk shngga hampir terkorban nyawa. Oleh krna itu, Akim terpaksa meninggalkan KL dn tggl di satu daerah pedalaman di Johor.
“abg, kitaorg dh besar la bang, ble hidup sendiri dah~ abg carilah kak stacy balik, mesti dia rindu abg..”
“takpe la haziq, kalau abg cri dia mesti dia lg terluka,nmpk je dia tu hyper semacam..tapi hati dia lmbt tau..n mungkin dia dah dgn org lain kot. Abg xnak kacau hidup dia ziq , sudahlah, dah siap kerja rumah ke ni?”, Haziq dan Mia tersenyum dan terus berlari untuk menyiapkan kerja rumah. Bagi merka Akim la ayah , Akim lah abang, Akim la segalanya.


Dahulu pernah rambutnya panjang menyinggah pinggang namun kini dia seles menjadi Stacy yg baru. Berimejkan rambut pendek dr seblumnya, Stacy mahu bangkit menjalani hidup tanpa seorrang yg bergelar AFIQ HAKIM! Stacy semakin matang dan meniti arus kehidupannya, tiada lagi manja seperti dulu.
Menolak tawaran untuk membuka studionya sendiri, Stacy memilih untuk menjadi guru sambilan di sebuah pelosok di Sabah. Selama ini ketenangan cuba dicari tapi belum ditemu, dan bagi Stacy mungkin ketenangan itu ada di sebuah kampung yg tenang~ Muzik! Ya, muzik yg menyatukan dia dan Akim.. Airmatanya bergenang lagi.
Matanya memandang lengkuk-lengkuk awan yg bergulung membentuk renda paling indah seolah menggambarkan perasaannya kala ini. Bahagia! Hidup dalam kalangan orang yg bersederhana dalam hidup, tanpa perlu tekanan memikirkan kehidupan yg sementara ini. Stacy memijak rumput disini , melangkah ke sawah padi milik Pak.Malik. Langkah kakinya teratur. Lalu di mengambil tepat di satu pondok di sekitar sawah padi itu , terasa nyaman ditiup angin yg segar tanpa pencemaran. Di kampung ini , kereta tidak dibenarkan masuk , Cuma mampu diparkir kan di luar kampung ini.
“selamat petang kak ..”, Stacy menoleh wajah comel milik seorang budak perempuan.
“samat petang..hye~ meh la sini duduk ngan kaka”
“hehe. Trimas kak~ nama saya Mia!”, Mia menghulurkan tangannya untuk berjabat tgn dgn Stacy. Stacy menyambutnya dan tersenyum. Dalam pada itu , ingatannya terus teringat kepada MIA – yg pernah meminta beg pensilnya dgn Akim. Hmm.
“oh Mia.. comel nama tu..umur berapa Mia?”
“umur saya 9 tahun! Saya anak angkat ayah Malik..”
“hehee , comellah Mia ni, oke, so Mia , apa yg menarik kt kg ni?”
“mcm2 kak, semuanya natural beauty .. haaha”
“Mama Mia nda marah ka Mia jalan2 sorg2 ni?”
“nda la kak, Mia manada mama.”, pertuturan slang Sabah anak kecil ini mengundang hiba di hati Stacy, rupanya Mia anak yatim. Stacy dan Mia juga menggunakan perkataan ‘nda’ yg membawa maksud Tidak.
“urm , jadi Mia tinggal ng ..ayah malik?”
“betul la tu., hehe, kaka ni dr Bandar ke?”
“ya..dari KK ..mia pernah p KK?”
“takpernah la kak, pekan tu prnah la, kalau p KK nda pernah lg. Lgpun Mia suka suda hidup di sini bt pa maw p jauh2”, petah Mia bertutur. Stacy termenung lagi, tutur bicara budak ini betul2 mengembalikan ingatannya dimana situasi Akim dan Mia yg berbicara psl dirinya suatu ketika dahulu. Dadanya terasa seakan sempit, rindunya kembali membuak. Akim, aku nak peluk kau..rinduunyaaa..
“kaka takda boyfriend?”, Mia memandang Stacy.
“takde”, Stacy tunduk , berat untuk meluahkannya.
“eh, akak, nama siapa bha? Smpai skrg lom tawu lagi ni..”
“hehe, ya bha pulak, nama kaka , stacy!”
“stacy?susahlah nak sebutt.. urm.... Mia pggl kaka kak Chichi je la k?”, Chichi? Haha , tak pernah lg kot orang panggil aku chichi.
“urm, oke, haha , chichi..”, Stacy berstuju melayan karenah Mia.


Dia tidak tahu adkah benar keputusannya kali ini. Akim bersetuju untuk mencari Stacy di Sabah. Chaq, abang Stacy sudah memberitahu bahawa Stacy ada di sebuah kampung di Sabah, Cuma dimanakah tmpt itu sahaja belum diketahui.
Hatinya berdebar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA ). Untuk melangkah menemui gadis yg ditinggalkannya tanpa berita. Princess charming saya, Akim akan bina semula istana potato kita. Pasti!!!
Satu pengagihan rasa yg meruncing di kamar hati Akim semakin mendesak. Dia kaku , dia takud menemui Stacy.
“Assalamualaikum dik, boleh tumpang tanya?”, Mia menoleh kearah Akim.
“Fikri, kau pegang pancing ni” , Mia memberikan pancingnya kpd Fikri dan terus mendekati Akim.
“ya bang. Abg nak tanya apa?”, Mia memandang Akim dr atas ke bawah.
“dik, abg nak cari Imam Zali, adk kenal x?”
“Imam zali? Kenal betul bha! Tu naa..ruma dia..”
“oh, makaceh dik....”
Mia memandang Akim dari jauh. Rasa pelik dgn pertuturan bahasa Akim, mesti org semenanjung, gumamnya sendiri.
“fik, jom jumpa kak chichi..kita reppoottt ada org asing dtg kg kita!”. Fikree dan Mia berlari mendapatkan Stacy yg kini berada di Pantai.


“kaaak.. kaakk!”, Stacy menoleh.
“kak, kakak tawu ada org td dtg..lelaki ni.. mcm org semenanjung!”, rancak Mia bercerita.
“hmm. Biarlah dia..”
“urm. Tapi lelaki tu pakai cincin di tgh2 jari dia nee...mcm kak chichi jugak.. hehe”, Fikreee pulak menambah.
“cincin kaler silver?”
“yup, knp kak?”, Fikree bertanya. Stacy menggeleng menidakkan, menutup rawan di hati. Stacy dan Akim memang memakai cincin yg silver di jari tengah mereka, satu kebetulan atau suratan takdir sehingga mereka ditemukan dan kini dipisahkan. Stacy mengeluh, baginya dia gagal memadamkan nama Akim dari sisi hidupnya.

Akim stu persatu bayang bayang mu dtg mnjelma mengiringi setiap detak jantungku, setiap darah yg mengalir ini kau iringi.. boleh kau tinggalkan aku? Berhenti mengiringiku..terlalu sakit dan pedih, akim.. tapi aku turut merasa bayanganmu itu yg meberikan aku segenap semangat .. ya, itu aku akur..
Kau tahu akim? Setiap hari aku tertawa, setiap jam aku senyum, setiap minit aku cuba menyenangkan hatiku sendiri, setiap saat aku cuba utk gembira..
Tapi setiap hari itu juga aku tersiksa, setiap jam itu juga aku lemah , dan setiap minit itu aku tewas, dan untuk setiap saat dlm hidupku aku seolah mati, mati dlm mainan cinta ini. Aku berpura tegar meninggikan ego yg ada cuba menafikan cinta kita. Tapi aku gagal, kuat sungguh cinta ini, sayang ini,

akim..
Akim...
Akim...

Aku mahu menjadi princess charming kau, aku mahu akim..
Tolong akim, tolong? Walaupun kau jauh, beri aku semangat Akim untuk terus hidup dengan kau walaupun sendiri aku mahu kau ada, selalu ada walaupun cuma sekadar bayangan. Kehadiran kau dlm bentuk bayangan sudah cukup menyembuh luka di dada ini. Betapa perit hati ini tertusuk panah cintamu. Dulu yg indah kini bertukar derita..dulu mekar kini layu. Kadang kadang aku menyalahkan diriku kenapa jatuh cinta dgn seorang Akim? Tapi aku yakin , takdir mempertemukan kita ada hikmah, mungkinkah derita ini bertukar indah suatu hari nanti...


Teet teet..
hye cy..how’s ur day kt kg 2? Oke x? Sorry lama x msg u, i sibuk ni.. cy, i miss u so damn much , dear..
Stacy membaca message daripada Dafi. Dia tersenyum kelat.

Stacy : Just fine. How bout you? U taw, kg ni very the indah.. hehe..hope u’re with me now menikmati udara pantai yg ...verry baik punyeerr.. haha

Dafi : Series dear? Wah, don’t worry, i’ll go there for you. Wait for mee..

Stacy : Wah? Wait for u? Haha.

Dafi : haruslah...stacy...

Stacy : ya?

Dafi : I love you so much, take care, i gtg ..

Stacy mengetap bibirnya, kata2 Dafi yg terakhir membuatkan dia bingung. Dafi sering saja hadir dalam hidupnya menagih kasih,namun tiada pernah berbalas. Cintanya hanya mampu dibuka oleh..sultan potato..andai ada seorang sahaja lelaki di dunia ini pun tinggal didunia, Stacy tetap akan setia hanya untuk Akim. Hatinya terkunci mati, tersimpul mati, terzip seketat-ketatnya utk Prince Charmingnya. Stacy tersenyum, dia dapat merasakan cinta Akim masih melekat dihatinya, seolah masih segar dan tidak pernah layu. Stacy kini belajar menghadapi kenyataan , walau Akim tidak ada, tapi dia yakin cinta yg pernah Akim berikan dulu cukup membuatkan dia mampu berdri sampai ke hari ini atas dasar cinta yg kukuh. Namun , kadang-kadang keadaan seolah mendesak Stacy untuk memberi peluang kepada Dafi kerana itu saja yg mampu memberi Stacy peluang melupakan Akim. Beri Dafi kasih sayang dan simpan cinta utk Akim? Adakah itu hipokrit? Stacy sendiri tidak tahu.
Akim, biarpun kau bukan yg pertama..aku yakin kau yg terakhir..


“Jadi Akim? Macam mana kampung ni, dah bawa kamu jalan2 ni, okay ka?”, soal Imam Jali sambil memegang bahu Akim.
“Alhamdulillah imam, semuanya okay. Cantik kampung ni..”, luah Akim sedikit mengeluh.
“nak, kamu dtg kmpg ni maw cari apa sebenarnya.Bukan sekadar mengembara kan?”
“hmm. Bijak imam meneka..saya cari cinta imam, cinta saya tertinggal di Sabah..saya nak cari dia, tapi taktahu nak mula dari mana..saya Cuma dpt tahu dia berada di sekitar sini..”
“semoga kamu Berjaya Akim..kamu anak yg baik..pencinta..yg setia..”, airmata jantan Akim bergenang. Perkataan pencinta yg setia itu betul2 menusuk hatinya. Layakkah dia menjadi pencinta yg setia ? sedangkan dia dulunya pergi meninggalkan princessnya terkapai-kapai.
“terima kasih imam”, Imam meninggalkan Akim seorang diri dibendang Pak.Malik. Akim termenung, dia sudah rindu pada Mia , Haziq, dan yg lain. Tapi rndu dan cintany pada Stacy lebih kuat, dia gagahkan diri untuk mencari Stacy.
“hey,, mmg betul2 cinta aku tertinggal di Sabah..hmm”, Akim bercakap sendirian sambil tertawa .
“mcm na boleh tertinggal tu..?”, lembut suaranya menyapa telinga Akim. Datangnya bersama angin yg sepoi dan nyaman, seindah gadis dihdapannya ini yg tersenyum manis .
“assalamualaikum..”, gadis itu menyapa.
“waalaikumsalam..hye..”, Akim menjawab.
“jadi, apa yg tertinggal kat Sabah..hehe”, Adira mengambil tempat di seblah Akim.
“haaa...urm. forget it..”, Akim memandang Adira.
“ok...okayy..urm, btw, saya Adira..”,
“saya Akim..”, Akim berdiri sebaik sahaja Adira duduk. Dia seolah-olah menjauhkan dirinya dari Adira. Adira terkejut tapi Cuma menyembunyikan rasanya itu.
“Saya menggangu ka?”, Adira menyoal .
“urm..taklah.”, suaranya sedikit berbisik
“okay, kalau mcm tu, jom saya bawak awak ke pantai, pantai sini mmg kelasss gitue”, Akim menggangguk sambil mengekori Adira, tidak mahu menghampakan Adira.
Langkah mereka terhenti setibanya di pantai. Hati Akim berbicara sendiri, indahnyaaa! Adira tersnyum sahaja sejak tadi.
“Gitar?”, Adira memberikan Akim sebuah gitar buruk berwarna lumpur.
“eh, sape punya ni?”, Akim mengambil gitar itu sambil membuang kotoran dari gitar tersebut.
“takde sape2, gitar ni mmg kat sini, takde siapa berani main..”, Akim mengerutkan dahinya..
“kenapa pulak?”
“sebab sumpah pokok ni..”, Adira tersenyum.
“sumpah?”
“orang dulu2 kata, dekat pokok ni ada sepasang kekasih yg suka main muzik.n dorg mati kat sini sebab tak diketahui..dan gitar tu ada masa dorg mati..n dipercayai sape yg main gitar ni akan d timpa benda yg sama..kecuali..”
“kecuali?”, sambil Akim memetik gitar tersebut, tiada gundah dihatinya langsung.
“kecualii, kalau bunga2 kat pokok ni jatuh kat bahu sebelah kanan org tu..kalau jatuh kt bahu sebelah kanan, maksudnya dia akan jumpa cinta dia yg tlh hilang..”, Akim memandang Adira yg sedang tersenyum disebelahnya , dan terus memandang bahunya yg dijatuhi bunga dr pohon ini.
“haha!buat2 cerita ke awak ni?”, Akim mengambil bunga itu dan tersenyum.
“no komen,hehe, okay, sekarang awak nyanyi la satu lagu, kata pemuzik...”, tanpa menoleh Akim memulakan nyanyiannya..dengan semangat cinta yg berkobar-kobar, Akim menyanyikan lagu JANJI yg dicipta khas untuk princessnya suatu ketika dulu...

Cubalah kau mengerti
Perasaan hatiku
Ku cinta kamu
Hanya itu aku tahu

Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku

Aku akan selalu
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu

Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku

Aku janji padamu
Akan mencintaimu

Takkan menduakanmu’

Dibaris terakhir lagu itu, Akim sedikit berbisik. Hatinya luluh mengingati Princess hatinya. Rindu sangat melekat. Adira mendengarnya, ada sayu d suara Akim. Setiap baris lirik yg dinyanyikan Akim penuh perasaan, Adira tunduk dan ingatannya menerwang mengingati kisah-kisah yg pernah dikongsi Stacy dgnnya. Akim, takdir menemukan korg. Tinggal masa sahaja yg menunggu.
AKim juga Stacy masing-masing dalam lamunan rindu yg paling syahdu. Mereka terasa mereka jauh, sedangkan mereka dekat. Dekat bukan sedakar di hati tapi takdir juga mendekatkan mereka. Satu lagi kebetulan, Akim dan Stacy merindui sesame sendiri, berada di pantai yg sama, dgn cinta yg sama, dan pasti hati yg sama...

“hye cy ..buat pa tu?”, Adira masuk kedalam bilik dan menghempaskan badannya keatas katilnya yg berada disebelah katil stacy.
“urm...buat nii..”, Stacy menjawab seolah berbisik, rasa bersalah untuk menjawab. Adira yg ingin tahu mendekati meja Stacy. Matanya terpaut pada satu kad hari jadi. Dibacanya, ‘happy potato day, my prince charming’..
“sorry la dira, aku bukannya taknak belajar melupakan dia tp..”
“potato day?”, Adira memandang Stacy sambil tersenyum.
“akim cakap kalau dia birthday, dia nak namakan hari tu potato day..”, sebak Stacy mengeluarkn kata-kata.
“Cy, kuat betul cinta kau dgn Akim kan?”, Adira mengambil tmpt disebelah Stacy. Stacy menjawab persoalan Adira dgn gelengan.
“aku suda cuba dira..tapi..”, Stacy mengalirkan airmata.
“cy, sudalah tu..buat apa kau mau tipu diri kau sendiri.. aku rasa Akim memang untuk kau cy..”,Adira memandang Stacy sayu, dia belum mahu menceritakan kisah dia berjumpa dgn Akim setelah Mia dan Fikree memberitahunya kehadiran lelaki asing.
“kenapa kau ckp mcm tu?”
“sbb aku yakin..bukan sekadar percaya..mcm mana kuat cinta kau dgn akim, mcm tu juga kebetulan cinta tu boleh berlaku..miracle do happen , cy!”, Adira menaikkan semangat untuk Stacy.
‘aku nda mahu tgk kau nangis selalu cy..tolong ba tegar!’, gumam Adira sendiri. Akhirnya dua sahabat itu berpelukan, Adira menangis sepuasnya dibelakang Stacy, dia tidak mahu Stacy tahu bahawa dia turut lemah melihat Stacy yg semakin lemah dari hari kehari. Adira yg terkejut dgn kehadiran Akim semakin yakin Stacy untuk Akim, dan Akim untuk Stacy.



“KALAU aku bgtau kau , kau jgn terkejut..”,Adira memulakan bicara didepan Akim yg sedang memainkan gitar buruk yg kononnya ada sumpahan itu.
“umm..apa? kau ni dira..macam2..”,
“stacy..”, ringkas Adira bercakap. Adira memandang Akim tanpa secarit senyuman. Jantung Akim seolah direntap kasar, terkejut bukan kepalang.
“dari mana dira tau psl sta..”, belum sempat Akim menjawab, Adira menyambung bicaranya.
“stacy atau panggilan manja princess charming. Prince dier suka ngan dier sebab dia ni jenis cpt gelabah dan nerves? N prince nya juga pernah berjanji..akan jadi PRINCE YG AKAN MENYAYANGI PRINCESS NYA SELAMA DIA MASIH BISA BERNAFAS”
“ CUKUP ! cukup Adira!!”, Akim menghumban gitar buruk itu dan terus berdiri menghadap sawah bendang di hadapannya. Dia seolah hilang bicara.
“cukup? Bukan kau nak cari stacy ? Tuhan tu maha adil akim.. Destinasi pertama yg kau pergi utk cari Stacy ternyata berhasil.”
“haa?”, akim bingung!
“yg kau ni lembab sangat kenapa? Stacy ada kat sini..Stacy ada di pantai skrg..dekat dgn jeti..”, Adira menepuk-nepuk bahu Akim tanda semangat smbil tersnyum. Akim memandang Adira gembira..tiada tara! Hatinya melonjak gembira! Dia terus berlari..
“Akim!”,Adira menghumban gitar buruk itu kepada Akim. Tanpa memberi persoalan Akim menyambut gitar buruk itu sambil tersenyum dan terus berlari untuk mendapatkan Stacy..


Dari jauh Akim memandang sekelilingnya, mencari sosok tubuh Stacy. Namun tiada klue yg menunjukkan Stacy ada disana, Cuma nelayan2 dan kanak-kanak kecil bermain-main. Akim tunduk, rasa dipermainkan oleh Adira. Rasa hampa.
“ho wo wo..seluruh jiwaku hanya dirimu yang aku mahu..”, kedengaran satu suara yg rutin ditelinga Akim..Akim memandang kearah suara itu. Dahinya berkerut memandang gadis berambut pendek di hujung sana. Dia yakin itu Stacy!
Akim mendekati Stacy..
“ saya suka awak..”, jantung stacy seolah direntap kasar. Terkejut. Biar betul? Suara....
Stacy memalingkan badannya dgn laju, dia terkejut, mulutnya terlopong. Dihadapannya kini PRINCESS CHARMING nya.

“Cubalah kau mengerti
Perasaan hatiku
Ku cinta kamu
Hanya itu aku tahu

Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku

Aku akan selalu
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu”, 

Akim mendendangkan lagu JANJI dgn suaranya yg menahan tangis, butir2 lirik juga tidak jelas disebut, hanya esakan dan melodi yg penuh syahdu. Akim mengalirkan airmatanya tanpa silu, dia memandang Stacy. Stacy turut menangis memandang Akim, Stacy tidak mampu memandang Akim, dia Cuma tunduk dan menangis mendengar bait2 lirik yg menggambarkn janji Akim padanya. Akim melepaskan gitar buruk itu ke tanah. Perlahan dia mendekati Stacy , belum sempat dia menyentuh Stacy, rambutnya ditarik kasar sehingga membuatkan Akim terjatuh. Kini Akim terjatuh benar2 dihadapan Stacy. Stacy menangis teresak-esak, Akim memandang Stacy dgn simpati, dia tidak pernah berniat untuk menyakiti princessnya itu walau sedikit pun. Cinta dan kasihnya tidak pernah pudar.
“awak jahat! Jahat !”, Stacy memukul tangan AKim kasar, Akim tersenyum lantas memeluk Stacy, pukulan Stacy sebentar tadi termati dengan pelukan hangat Akim. Stacy melabuhkan kepalanya di dada Akim, rindu nya terubat. Pelukan Akim menyejukan jiwanya yg marah tadi. Akim membisikkan sesuatu ke telinga Stacy..
“bagi Akim peluang tanam kentang cinta kita balik, boleh?”, ekor mata Akim memandang Stacy yg ketat dalam pelukannya. Kini, dia meleraikan tangannya yg di kunci oleh pelukan Akim dan Stacy membalas pelukan Akim. Dia menangis tanpa bicara. Akim meleraikan pelukan itu dan terus memegang dagu Stacy sambil berkata..
“sorry pwincez?”, Akim memandang Stacy dgn renungan kasih sayang. Stacy dengan muka monyoknya tadi kini tertawa kecil kerana sikap Akim yg dari tadi seoalh mendesakknya untuk menjawab kata-kata Akim. Akhirnya , Stacy mengangguk pasti sambil tersenyum.
“pentingkan diri untuk princess charmingnya taksalah kan?”, Stacy mengulangi kata-kata yg pernah diberikan dulu pada Akim sewaktu Akim meminta maaf dgnnya dulu. Akim tersenyum memandang Stacy.

“OH ! ini rupanya boipwen kak chichi!hye MIA in the house!!”, Mia keluar dari tmpt persembunyiaanya sambil tertawa kecil.
“MIA?”, Akim dan Stacy serentak menyebut nama Mia.
“wah..memang pasangan serasi bersama la.. nak sebut nama Mia pun serentakk.. hehe”, Akim menarik Mia dekat dgn mereka dan terus memluk Mia, dia membayangkan Mia-JOHOR yg berada dgnnya, Stacy turut memluk Mia. Jika dipandang dari jauh, jelas kelihatan satu pasangan bahagia bersama ANAK mereka. TANDA TANYA menyelubungi, adakah mereka mampu BERSATU? Dalam gembira Stacy gundah kerana Akim muncul disaat cinta Dafi untuknya sedang mekar.SATU persoalan yg selalu bermain d benak STACY, kenapa rentetan kisah hidup aku mesti ada jahatnya? Hmm. Jahatnya cinta..

4 comments:

  1. pling trbek la cete nie.. cngt2 bes, sweet n sy nk bce lgi..

    ReplyDelete
  2. terbaek2!!!!!!
    cam ne dafi and stacy jumper?

    ReplyDelete
  3. sy ada kwn nama cycy...urang sabah bha...muka nya sama adira...

    ReplyDelete
  4. Sy tggu part 12 ... Please smbung.... Wlupun akim dan stacy dah kawen dah ada ank pon ahhahaa

    ReplyDelete