kimcy lover, tekan sini !


Tekan like

Saturday, April 16, 2011

Jahatnya Cinta - Part 10 ( by GHOSTWRITER)

Pagi itu cuaca kurang baik,hujan turun dengan lebat.Aktiviti pada pagi itu terpaksa dibatalkan.Para peserta kem diminta berkumpul di dalam dewan dan diberi kelongggaran untuk melakukan hal masing-masing sambil diperhatikan oleh para fasilitator mereka.Dalam kesejukan pagi itu,Farid duduk dibahagian belakang dewan tanpa ada gangguan.
       “Langkah mayat Akim dulu..”,kata-kata Aril malam tadi masih terngiang-ngiang ditelinganya.
        “kenapa Akim yang hadir dulu dalam hidup Stacy..?..kenapa bukan aku??”,bisik hati kecil Farid.Matanya tidak berganjak daripada memandang Stacy yang rancak berbual dengan Acha dan tanpa Farid sedari tindakannya itu disaksikan oleh Aril.

Di satu sudut dewan.
         “kak Stacyyyyyyy......”,Aishah menjerit memanggil Stacy yang kelihatan tekun bercerita dengan Acha.
        “kak Acha korang tak nak panggil  ke?”,Acha sekadar bergurau     dengan mereka.
        “jomlah..anda berdua amat dialu-alukan”,tambah aishah sambil tergelak kecil.
       “i like...”,ringkas jawapan Acha sambil mengatur langkah mengekori Stacy ke tempat Nad dan kawan-kawannya.
     “hah,apa kes panggil akak ni..ce cite ce cite”,soal Stacy sambil meniru gelagat Ucop Wilcha dalam filem Hantu kak Limah balik rumah.Acha tergelak kecil melihat aksi sahabat baiknya itu.
    “takde apa2 la kak Stacy..saje nak story2 dengan akak berdua...hehhehe..”jelas Aishah lagi.Nad dan kawan-kawannya yang lain hanya menganggukkan kepala tanda setuju dengan kata-kata Aishah tadi.Stacy dan Acha hanya memerhatikan gelagat mereka yang kelihatan benar-benar mahu mereka berdua meluangkan masa bersama.

                           *******************************
Di luar dewan,hujan masih turun dengan lebat.Cuaca pula makin sejuk sehingga adakalanya kedinginan pagi itu terasa bagaikan menusuk ke tulang.Dari jauh Akim merenung pwinceshnya yg kelihatan rancak berbual dengan sekumpulan pelajar.Rindunya pada Stacy sudah tidak dapat digambarkan.Kem yang mereka hadiri membataskan masa mereka berdua untuk ‘berdating’.Sedang AKim khusyuk merenung pwinceshnya itu,tiba-tiba...
         “hmm..jauh termenung...”sapa Adira yang mengambil tempat duduk disebelah Akim.
        “eh,Dira..mana ada Akim termenung”,ringkas jawapan Akim yang masih terkejut dengan kehadiran Adira yang duduk disebelahnya.
        “Akim tak join diorang ke..?”,soal Adira yang cuba mengalih perhatian Akim apabila menyedari mata Akim masih tidak berganjak daripada memandang Stacy.Dia geram sebab Akim seperti tak mengendahkan dirinya.
         “join sape”,soal Akim pendek.
          “tu..Aril,Hafiz dan Farid kat sana tu”,beritahu Adira sambil memuncungkan mulutnya ke tempat Hafiz dan sekumpulan pelajar.
           “nantilah kot,Akim nak duduk sini jap”,jawap Akim acuh tak acuh,kurang selesa dengan kehadiran Adira yang duduk disebelahnya.
              “Akim..emm Dira..err..dira..”,tergagap-gagap Adira hendak hendak meneruskan kata-katanya.
               “ada apa Dira..??”,soal Akim bingung dengan tingkah laku Adira sebentar tadi.
                “hmm,takde apa2 la..boleh taktolong Dira keluarkan mineral water dari bilik stor belakang dewan tu?”,Adira sengaja menukar topik perbualan.
               “okay..kat mana?,jomlah”,Akim setuju dengan permintaan Adira lantas bangun dan mengatur langkah ke bilik yang dimaksudkan tadi sambil diekori Adira daripada belakang,gembira kerana Akim mahu membantunya.

                      ***********************************
Di dalam dewan,Stacy dan Acha masih rancak bercerita melayan karenah peserta-peserta kem.Hubungan mereka sudah seperti adik-beradik,gelak ketawa mereka kedengaran satu dewan.
                “akak nak pegi tandas jap”,beritahu Stacy.
                “okey,cepat tau..nanti terlepas cerita best pula”,usik Nad.
                “hahahahah,ye lah mak cik”,seloroh Stacy yang sedia untuk         melangkah keluar dewan.
                “Cy,kau nak aku temankan ke?”,Tanya Acha pula sambil mengeluarkan telefon bimbitnya yang berbunyi daripada poket seluar.
                “takpelah,aku pergi sorang pun dah cukup..”,jelas Stacy yang terus berlalu menuju ke tandas.Acha turut melangakah keluar untuk menjawab panggilan telefon tadi.Sementara itu,Farid yang duduk dibelakang dewan hanya memerhatikan setiap langkah yang disusun Stacy.Dia cuba menahan perasaannya terhadap Stacy selagi mampu.Berjayakah dia melalui dugaan itu..??.
                            ******************************
Di dalam bilik yang terletak dibelakang dewan pula Akim dan Adira sibuk mengatur mineral water untuk diberikan kepada para peserta kem nanti.Sesekali Adira sempat menoleh ke arah wajah lelaki yang disayanginya itu.Mahu saja dia memeluk tubuh jejaka itu seerat-eratnya tapi dia cuba menahan perasaannya.
         
         “Akim...”,Adira memanggil Akim lembut.
         “hmm,ada apa Dira..?”,Akim hairan dengan kelakuan Adira yang cuba meluahkan sesuatu.Tiba-tiba,tanpa segan silu airmata Adira mengalir.Akim yang berdiri dihadapan Adira menjadi kelu tanpa bicara.
          “eh,Dira..kenapa ni..??..Dira sakit ke..?”,lembut suara Akim mengajukan soalan kepada gadis yang sedang menangis dihadapannya sambil kedua-dua tangannya memegang bahu Adira.
           “Akim sayang Dira tak..??,Akim terkejut dengan pertanyaan itu.Pantas tangannya dibahu Adira tadi diturunkan.
            “...Dira sayangkan Akim,Dira betul-betul tak kisah kalau Dira jadi orang kedua dalam hidup Akim asalkan Dira dapat bersama dengan Akim..Dira akan tetap tunggu Akim...Dira takkan berhenti untuk luahkan perasaan cinta Dira ni kat Akim..”,tersekat-sekat suara Adira meluahkan perasaannya kepada Akim.Ini bukannya pertama kali dia meluahkan cintanya dan Akim pula sedar akan perasaan Adira terhadap dirinya.Akim kelu untuk berbicara,sukar untuknya berkata-kata dalam keadaan Adira yang masih menangis.
            Mana mungkin aku dapat mencintai Adira..hati ini suda aku serahkan sepenuhnya kepada Stacy,hanya dia yang layak menerima cintaku.Arrgghhh,kenapa aku yang jadi pilihan kau Adira..mana mungkin aku akan menduakan Stacy...”,bisik hati kecil Akim.
            “Dira...emm,Akim...”,belum sempat Akim menghabiskan kata-katanya,tiba-tiba....
PANNNGGGGGGGGGGGGG...kedengaran seperti benda jatuh di luar dewan.Akim bergegas menjenguk ke luar dewan,kelihatan sebuah tong sampah terbaring ditengah-tengah laluan jalan ke dewan.
           “ni mesti kucing punya kerja ni..”,Akim bercakap sendiri sambil tangannya membetulkan tong sampah tadi dan terus bertemu Adira.
           “ bunyi apa tadi tu..?”,Adira bertanya kepada Akim.
           “takde apa,tong sampah jatuh je..”,ringkas sahaja jawapan yang diberikan Akim.
           “Akim belum jawab pertanyaan Dira tadi”,Adira mengingatkan Akim tentang perbualan mereka tadi.
           “Dira..Akim rasa ni bukan masa yang sesuai untuk kita bercakap soal ni..Akim minta maaf,akim tak dapat nak berfikir buat masa sekarang..kita uruskan dulu benda yang patut.”,jelas Akim yang berharap agar Adira faham akan maksudnya sebentar tadi.Akim mengangkat kotak mineral water yang diaturnya tadi dan terus melangkah keluar dari bilik itu.Adira kecewa dengan sikap Akim yang kelihatan seperti tidak mempedulikan perasaannya.Dengan perasaan tidak puas hati,Adira melangkah mengekori Akim masuk ke dalam dewan dengan mata yang masih merah.
Akim sibuk mengagihkan minuman kepada para peserta kem sambil diperhatikan oleh Adira.Hatinya masih sakit dengan tindakan Akim yang tidak menghiraukan perasaannya sebentar tadi.Dari jauh,kelihatan Akim mengambil tempat duduk disebelah Hafiz yang sedang rancak bercerita dengan Aril.Akim cuba melupakan kata-kata Adira sebentar tadi,matanya meliar mencari susuk tubuh pwincesh ketotnya tetapi tiada.

         “0i mak cik,kau apsal..monyok semacam je aku tengok”,soal Acha ,hairan melihat kelakuan Stacy yang moody selepas balik daripada tandas.
         “takdelah Cha,ni hah..kepala aku ni tiba-tiba buat hal..sakit..mungkin cuaca sejuk sangat kot”,Stacy menjelaskan keadaannya kepada Acha.
           “kau nak ubat tak?”,soal Acha lagi,kesian melihat Stacy yang kelihatan tidak bermaya.
           “takpelah Cha,aku masih boleh tahan sakit yang ni..kau tak payahlah risau sangat ok”,Stacy meyakinkan Acha dengan penjelasan yang penuh dengan makna tersirat.
           “aikss,Cy kau ada sakit lain lagi ke??..baik kau bagitau aku sekarang”,Acha memaksa Stacy memberitahunya.Acha tertanya-tanya maksud kata-kata sahabat baiknya tadi.
           “eh,takdelah Cha..mengarutlah kau ni...don’t worry,aku okaylah..”,Stacy melemparkan senyuman kepada Acha.Tangan sahabatnya itu digenggam erat untuk meyakinkan tidak ada apa-apa yang  berlaku.
          “Cy,aku dengar malam nanti ada fasilitator baru nak join kem ni..itupun aku dengar dari perbualan Farid dengan pak cik Razak.Tapi aku tak pastilah pula betul ke tidak”,Acha memberitahu Stacy berita yang baru didengarinya sebentar tadi.
          “oklah tu,bertambah juga kakitangan kat kem ni kan..hmm,lelaki ke perempuan Cha”,soal Stacy ingin tahu.
           “entah Cy,rasanya lelaki kot..”,jawab Acha ragu-ragu sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Stacy yang menyaksikan gelagat sahabatnya itu hanya tergelak kecil.

Sepuluh minit berlalu begitu sahaja.Kelihatan Farid memegang microphone di atas pentas dewan seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan.
     “perhatian semua...malam nanti kita akan menerima seorang lagi fasilitator baru yang nak join kem ni..”,umum Farid ringkas.
     “siapa..?”,soal Hafiz ingin tahu.
    “tak tau lagi nama budak tu..tapi yang saya tau dia datang dari KL”,jelas Farid yang turut tidak tahu nama pemuda yang akan menyertai mereka itu.
     “kita tunggu je la malam nanti”,tambah Farid lagi.

                     **********************************
Malam melabuhkan tirainya,jam didinding menunjukkan pukul 8 malam.Semua peserta kem sudah mengambil tempat duduk masing-masing,begitu juga dengan para fasilitator.Encik Daus dan Abang Farid tidak kelihatan di dalam dewan kerana menjemput fasilitator yang datang dari KL itu.Semua yang berada di dalam dewan jelas sudah tidak sabar menantikan fasilitator baru.Stacy dan Acha yang duduk dibarisan belakang khusyuk bermain dengan handphone masing-masing.Beberapa minit kemudian,dewan menjadi riuh rendah dengan bunyi tepukan tangan para peserta.Encik Daus,Farid dan fasilitator baru berdiri di bahagian hadapan dewan. 
           “Dafi..??”,terpacul nama Dafi dari mulut Acha.Stacy yang duduk disebelahnya terkejut,berderau darahnya tatkala nama Dafi disebut.HABISLAH.
          “macam mana dia boleh tau pasal kem ni..??”,soal Stacy hairan.
          “errrr...aku kot yang bagitau dia pagi tadi”,jawab Acha lambat-lambat,menyesal dengan ketelanjuran mulutnya pagi tadi.
          “dia ada call aku tadi,nak Tanya pasal kau Cy..tu yang aku terlepas cakap yang kita join kem ni..aku minta sorry la Cy..”,Acha menjelas perkara sebenar kepada Stacy.
          “alahai Cha,takpela..asalkan dia tak buat hal kat sini sudah”,Kata Stacy.
                              ************************
“nama saya Gadafi bin Ismail..panggil Dafi pun dah cukup..berasal dari KL..cara bekerja dengan saya mudah je,fun and focus.”,Dafi memperkenalkan dirinya seperti yang disuruh.
“comel..handsome and stylo..”,pujian nakal diberikan oleh salah satu peserta kem.
“status..??”,soal Aidil yang juga merupakan peserta kem itu.Soalan wajib!!..
“hahaha..single dan masih mengharap”,jawapan Dafi membuatkan Stacy tersentak.Blurrr..peserta-peserta mengerutkan dahi mereka,hairan dengan jawapan Dafi sebentar tadi.
“Cinta ditolak ke bang”,soalan berani mati daripada Jen.
“Choiii,muka jambu camni takkan ada yang tolak kot..rugi..rugi..??”,sambung Aishah sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Pecah ketawa peserta-peserta kem  di dewan itu.
“Sudah!”,tegas Aril,geram melihat peserta-peserta kem yang terlalu nakal.Tak boleh dibagi muka!!
                            ***********************
Dari jauh Acha memandang Dafi.CURIGA!!..LINE CLEAR bisik hatinya apabila melihat Dafi kini keseorangan.Laju kakinya mengatur langkah ke tempat Dafi.
“Fi,buat apa kau datang sini..??”,soal Acha berterus terang.
“Saje..suke-suke..tapi program ni Nampak menarik kan..”,selamba jawapan Dafi membuatkan Acha geram.Poyo!!
“kem ni menarik ke atau kau saje nak jumpa Stacy?”,seloroh Acha geram dengan Dafi.
“mungkin”,pendek jawapan Dafi.
“ishhh,sengal betul la mamat jambu ni..loyar buruk pula..nasib baik Stacy tak marah aku tau..”,ngomel Acha di dalam hati dan terus berlalu pergi meninggalkan Dafi bersendirian.

Aktiviti pada malam  itu tamat dengan jayanya.Stacy dan Adira selesai menghabiskan kerja mereka.Adira kelihatan seperti hendak bercakap dengan Stacy yang sedang khusyuk menghadap Iphone miliknya.
“Cy..bila kau nak balik Sabah??”,Adira membuka cerita dengan soalan yang panas.Stacy geram.
“hmm,entah..lepas aku kawin dengan Akim kot...hehehe..”,Stacy menjawab soalan panas Adira dengan jawapannya yang cool.
ambik kau bom atom tahap 10 aku..”,bisik hati kecil Stacy.PUAS.
“hahaha..apalah kau ni Cy,ke sana pula kau fikir”,Adira cuba bertenang untuk menutup rasa cemburunya yang membuak-buak.Geram dengan jawapan Stacy sebentar tadi.
5 minit berlalu.
“korang borak apa ni..?”,soal Akim yang baru muncul dihadapan Stacy.
“takde apa-apa..borak hal pompuan je..”,jelas stacy sambil membetulkan rambutnya yang sedikit terjuntai ke depan.
“hmm..Dira gerak dulu la..”,Adira meminta diri untuk pergi,tidak sanggup untuk melihat aksi mesra yang bakal tercipta.Stacy hanya melihat Adira berlalu meninggalkan mereka berdua.
”ayu sangatlah..”,bisik hati Stacy,geram melihat Adira.
“hmm,saya rindulah dengan awak..sehari tak jumpa bagaikan disiat-siat hatiku ini..tidakkah engkau rasa apa yang ku rasa?”,Akim berpuisi didepan pwincesh ketotnya,sengaja mau mengusik.
“ye ke...buktikan”,Stacy sengaja mahu menduga pwinch kesayangannya itu.
“hmm,boleh..mari dekat sini,saya nak peluk awak..biar semua orang tengok kite”,akim mengusik Stacy lalu berdiri menghampiri Stacy yang duduk dihadapannya.Biar betul!!
“awak jangan nakk cari pasal tau..ishhh..malu laa”,muka Stacy yang putih itu bertukar merah.Mulutnya dimuncungkan sedikit.
“hahahah..alalala,pwincesh ketot Akim ni dah merah muka dia..malu eyh..??”,usik Akim lagi,bahagia melihat pwinceshnya begitu.

Tiba-tiba...
“ehems..ehems..”,beberapa suara sumbang kedengaran,sepantas  kilat juga Akim dan Stacy menoleh ke arah suara tadi.Alamak..Acha,Nad,Aishah dan Jen...
“wah,comel..padanlah abg Akim dengan kak Stacy ni..romantiknya”,kata Aishah yang seronok melihat pasangan itu.
“betul..betul..betul..”,serentak Nad dan Jen mengeyakan kata-kata Aishah tadi sambil mengangguk-anggukkan kepala meraka tanda setuju.
“hahahaha..pandailah korang..nak gossip la tu”,Akim menjawab sambil ketawa.Stacy yang duduk dihadapannya turut ikut ketawa mendengar kata-kata Aishah sebentar tadi.
“hah,tengok tu..budak-budak tu pun cakap kita  cute..”,Akim masih lagi dalam mood mengusik Stacy.Geram gilerr kot Stacy dengan Akim..hahaha...
“eley,perasanlah tu...”,Stacy mencubit lembut lengan Akim.
“ouchhh..sakitlah..”,gurau Akim yang belum puas mengusik Stacy yang membiarkan saja Akim mengusap-usap lengannya yang dicubit tadi..manja sangat kot Akim ni..
Tett..tett..tett..tett..(1 message received),Stacy membuka inbox iphonenya..
                 Saya rindu awak sangat2..klu bleh skrg jg sy nak peluk
                 Awk..i miss u my pwincesh..-Akim
Stacy tersenyum membaca mesej yang diterimanya tadi sambil matanya memandang Akim yang duduk dihadapannya.Mata mereka bertaut.Rindu dalam hati kian membuak-buak.
“heheheh..”,Stacy tergelak kecil.
“haisshh,apsal gelak pula..?”,soal Akim manja.
“haruslah..muka awak cumil sangat kot camtu..hahahah”,kini giliran Stacy mengusik Akim.
“ye ke..awak baru tau ke saya ni comel..?”,seloroh Akim.
“saya tak perasan pula awak ni comel...baru hari ni Nampak camtu..hari-hari lain awak comot..hahahahaha”,Stacy masih mau mengusik Akim.
“alaa,comot-comot saya pun awak sayang juga kan...takpelah,saya comot untuk awak sorang je tau..”,kata-kata Akim tadi membuatkan Stacy blur sebentar.
“owhhhh...okay”,jawapan yang ringkas daripada Stacy sengaja membuatkan Akim geram.
“okay je ke..merajuk la tu kan..kan..kan..”,akim cuba mengambil hati pwinceshnya .Stacy mengambil keputusan untuk berdiam diri,malas mahu melayan usikan-usikan Akim..
padan muka,nak sangat usik aku kan..rasakan bom atom new version aku ni..silent mode,meletup tapi tak berbunyi..kikikikiki”,Stacy bermonolog sendiri,matanya sempat menjeling ke arah Akim tanda protes.

Tett..tett..tett..tett...iphone Stacy berbunyi..1 message received.
             pwincesh hati saya,janganlah merajuk,
            pwincesh hati saya,saya sayang awak sangat-sangat,
            pwincesh yangku sayang,saya rindu awak sangat-sangat
           pwincesh yang saya rindu,hanya awak pwincesh dihati saya.
Stacy tersenyum lebar selepas membaca mesej daripada Akim sambil jari-jarinya sibuk menyentuh skrin iphone miliknya.
Tett..tett..tett..tett..tiba giliran Akim membuka inbox iphonenya.
           Pwinch hati saya,saya pun sayang awak sangat-sangat,
           Pwinch hati saya,saya rindu awak juga,
          Pwinch yang saya rindu,awak tak nak pujuk saya ke,
         Pwinch yang saya sayang,hanya awak pwinch dihati saya.
Akim tersenyum lebar selepas membaca mesej daripada Stacy.Bahagia diperakukan begitu.
“eley,sini jap”,Akim memanggil Stacy sambil tangan kanannya menunjukkan kerusi kosong disebelah tempat dia duduk.
“hmm,knp??..awak nak pujuk saya ke..”,soal Stacy hairan,lalu  mengambil tempat disebelah Akim.
“haishhh,taklah..rapat lagi...”,kata Akim ambil tersenyum memandang Stacy yang kelihatan bingung dengan sikapnya.Stacy hanya menurut kata-kata Akim lalu merapatkan lagi kedudukannya  betul-betul disebelah kanan pwinchnya itu.
“hmm..errr...ce citer ce citer rindu yang macam mana tu..hahahhaha”,Akim masih mahu mengusik pwinceshnya.
dah agak dah...sabar je laaa..”,bisik hati kecil Stacy yang sudah dapat mengagak usikan Akim tadi.Pecah ketawa mereka berdua,semua mata tertumpu pada mereka.ALAMAK kuat sangat kot volume suara.Dafi dan Farid hanya mampu menahan hati melihat kemesraan itu.Adira yang dari tadi memerhatikan gelagat Akim  dan Stacy jelas kelihatan cemburu dan geram tapi dia cuba untuk relaks.Mukanya kelihatan pucat semacam.
kenapa mesti Stacy yang ada disisi Akim..kenapa Stacy yang Akim sayang..kenapa bukan aku..??..Akim,Dira sayangkan Akim...”,bisik hati kecil Adira,lalu melangkah keluar dari dewan.

                            ******************************
Kemesraan Akim dan Stacy semalam masih segar dalam ingatan Adira.Geram dan cemburu menguasai dirinya,pandangannya dibuang ke luar dewan.Mukanya kelihatan tidak bermaya sejak semalam,tiada senyuman terukir dibibirnya.Dewan utama senyap kerana peserta-peserta kem sedang melakukan aktiviti diluar bersama fasilitator yang lain.Adira termenung jauh...
    “sorang je”,sapa Shahir.
    “hmm..”pendek saja jawapan Adira,malas  mahu menjawab soalan Shahir tadi.
     “muka Dira Nampak pucat..Dira sakkit ke..??”,soal Shahir,risau melihat keadaan Adira.
     “taklah.Dira  ok je..mungkin penat sikit je kot..Shahir tak ikut yang lain ke..?”,Adira sengaja mengubah topic perbualan mereka.
     “tak..Shahir baru je habis buat keja kat dalam bilik tu tadi”,jelas Shahir sambil menunjukkan jarinya ke arah bilik yang dimaksudkan.
     “...Dira..”,lambat-lambat Shahir bersuara...”hmm..Dira tau kan perasaan Shahir kat Dira...”,Shahir memberanikan diri untuk berterus terang tentang perasaanya.
   “tau..tapi Dira belum ready lagi..bagi Dira masa ok..”,Adira menjawab dengan yakin.Wajah Akim kini bermain-main dimatanya.
   “Shahir tak nak paksa Dira,Shahir sanggup tunggu..”,Shahir kecewa dengan jawapan Adira sebentar tadi,namun dia tidak mahu berputus asa.Wajah Adira ditatapnya..”cantik..bila agaknya Adira ni nak jatuh cinta kat aku”,bisik hati Shahir.

Masa beerlalu dengan pantas,suasana dewan menjadi riuh rendah semula,peserta-peserta kem baru sahaja selesai menghabiskan aktiviti mereka.Jam didinding menunjukkan pukul 1.30 petang iaitu waktu untuk mereka berehat dan menunaikan solat zohor,masing-masing menyiapkan diri untuk aktiviti seterusnya.Akim sibuk menguruskan PA system untuk aktiviti seterusnya.Khusyuk sangat kot Akim ni...
     “nah..”,Stacy menghulurkan Nescafe 3 in 1 kepada Akim.
      thanks..air je ke..??..makanan takde..??”,usik Akim.
      “ada...tapi yang tu kena ambik sendiri..”,selamba Stacy menjawab sambil mengambil tempat duduk disebelah Akim.Wajah pemuda itu ditatapnya tanpa berkelip.Rindu sangat kot..
      “kenapa pandang saya macam tu..??”,soal Akim yang hairan melihat kelakuan Stacy yang tidak berkelip memandangnya.”saya tau la saya ni comel kan..”,sambung Akim lagi sambil tergelak kecil.
      “choii,perasan lebih la awak ni..”,seloroh Stacy,ketawa mendengar kata-kata Akim  sebentar tadi.
Aril dan Acha datang menghampiri mereka.
    “oi Korang,sudah-sudahlah kot...asyik nak berkepit je..”,ujar Acha sekadar ingin bergurau.Aril yang berdiri disebelahnya hanya tersenyum.Jeles kot..hahaha..
    “jealous la tu..”,kata Akim sengaja mahu mengusik Acha.
“eee..takde maknanya..aku pun boleh buat dengan...”,kata-kata Acha terhenti...”err,maksud aku..aku pun boleh berkepit dengan boyfriend aku nanti..”,cepat-cepat Acha membetulkan ayatnya.Muka Aril yang putih bertukar merah.
“eh,Cha ayat macam nak cover line je..hehehe..”,usik Akim lagi,Stacy disebelahnya hanya tergelak kecil.
“Kim,petang nanti jadi tak..?”,Aril yang tadinya diam terus membuka mulut.
“jadi kot..”,ringkas jawapan Akim.Stacy yang duduk disebelahnya mengerutkan dahi..
“korang nak pegi mana..??”,soal Stacy ingin tahu.
“adalaa...”,jawab Aril sambil tersenyum lebar.
“ala Cy,diorang ni nak ke pekan jap..nak beli barang sikit..tak hairan pun..tu pun nak rahsiakan”,Acha memberitahu Stacy tentang plan Akim dan Aril.
“hahahah..ha’ah,kami nak ke pekan jap..nak ikut tak”,Akim bertanya kepada pwinceshnya.Stacy hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu ikut.Habis sahaja waktu rehat,mereka kembali melakukan kerja masing-masing.Semua aktiviti dilakukan di luar dewan pada hari itu.Stacy,Adira dan beberapa fasilitator lain kelihatan sibuk mengatur peralatan-peralatan yang hendak digunakan untuk aktiviti mereka.Memang berbaloi join kem ni,sangat menyeronokkan..peserta-peserta kem turut kelihatan enjoy.
                    
“hujannnnnnn....”,jerit salah satu peserta kem.Adira dan beberapa fasilitator yang lain mengiringi mereka masuk ke dalam dewan.Di tengah-tengah padang,Stacy,Hafiz,Dafi dan dua lagi fasilitator yang lain basah kuyup dek kerana terkena hujan.
“nasib baik,aktiviti ngam-ngam nak habis kan...”,kata Dafi yang sedang membantu Hafiz mengemas barang.
“Cy,baik kau masuk dalam la..nanti kau demam pula”,Hafiz menyarankan agar Stacy pergi ke tempat teduh,Dafi yang berdiri disebelahnya hanya mengangguk-anggukan kepalanya tanda setuju dengan kata-kata Hafiz.
“choii..jahat mulut kau Fiz..nantilah,dah memang keja aku kan,takkanlah nak lepas tangan pula..lagipun sekali sekala main hujan memang best..”,Stacy tidak mahu berganjak.Seronok sangat kot kena hujan.
                               **************************
Tabir malam berlabuh...tiada bintang pada malam itu..semua peserta dan fasilitator sudah berkumpul di dewan kecuali Adira dan Stacy.Stacy masih belum keluar dari bilik.Kepalanya terasa sangat berat bagaikan hendak pitam dan badannya pula terasa sejuk.selepas beberapa minit berehat,kepalanya semakin berat namun dia gagahi juga,baginya program ini harus dimanfaat sepenuhnya.Stacy mengatur langkahnya ke dewan.
Stacy masuk ke dewan dengan kepala yang semakin berat,namun dibibirnya masih terukir senyuman.Akim yang menyedari kehadiran Stacy asyik memandang pwinceshnya sehingga bahunya ditepuk beberapa kali oleh Hafiz yang sedar akan kelakuan nakal Akim tadi. Stacy yang kelihatan comel memakai sweater berwarna merah jambu mengambil tempat duduk disebelah Akim.
“Cy,jom makan..”,pelawa Acha.
“tak nak la Cha..aku masih kenyang lagi ni..nanti kalu aku lapar pandailah aku cari eyh..kau makan la dulu..”,Stacy cuba menyembunyikan keadaannya yang loya dan tidak berselera untuk makan.Akim hanya tersenyum mendengar jawapan daripada Stacy yang kelihatan memeluk tubuh kerana kesejukan.Hafiz rancak berbual-bual dengan Akim..manakala Dafi pula  mencari peluang untuk bercakap dengan Stacy sejak mula-mula sampai ke kem tetapi gagal.
Tiba-tiba..
“kak Adira pengsan..!!!!!”..salah seorang peserta kem menjerit.Akim yang terdengar jeritan itu terus berdiri dan berlari mencari Adira sambil diekori Shahir,Dafi Dan Acha.Stacy yang duduk disebelah Akim terkesima dengan tindakan Akim sebentar tadi.Kelihatan Akim sedang mengangkat Adira masuk ke dalam bilik rehat,Stacy hanya mampu melihat dari jauh.Dia memujuk hatinya supaya tidak memikirkan perkara lain.
     “...Dira sayangkan Akim,Dira betul-betul tak kisah kalau Dira jadi orang kedua dalam hidup Akim asalkan Dira dapat bersama dengan Akim..Dira akan tetap tunggu Akim...Dira takkan berhenti untuk luahkan perasaan cinta Dira ni kat Akim..”,terngiang-ngiang suara Adira dalam ingatannya ketika ini.Dia sudah cuba untuk melupakan peristiwa kedua yang sangat mengguris hati wanitanya,tetapi gagal.
biarlah aku berpura-pura tidak nampak apa yang berlaku..biarlah aku yang menanggung kesakitan ini selagi aku mampu asalkan Akim masih berada disisi aku..walaupun aku tak pasti sampai bila..”Stacy berbicara di dalam hati..matanya sudah mula berkaca,namun dia cuba menahan air jernih daripada mengalir dipipinya...

1 comment:

  1. erk?xde next part keW ??biLe Lg naK kuaR ??cptla GHOSTWRITER. .

    ReplyDelete